SAFARI DI MUSIM THE GREAT MIGRATION

Pengembaraan menyaksikan migrasi haiwan di benua Afrika teragung di dunia.

ATURCARA PERJALANAN

10 Aug - 18 Aug 2019

9 HARI 7 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Nairobi

Day 2 : Nairobi

Day 3 : Lake Naruku

Day 4 : Maasai Mara

Day 5 : Maasai Mara

Day 6 : Lake Naivasha

Day 7 : Lake Naivasha

Day 8 : Lake Naivasha - Nairobi

Day 9 : Nairobi - Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ FULL BOARD TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Nairobi

2. Kenderaan

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Hotel/Campsite)

5. Insuran perjalanan**

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

8. Makanan Halal


PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Belon panas di Maasai Mara

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi


Tertakluk kepada terma dan syarat

**Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

RM 12, 590 / pax ( Single)

RM 12, 290 / pax ( Couple )

RM 12, 090 / pax ( 2-11 Tahun)

GROUND

RM 9, 090 / pax (Single)

RM 8, 790 / pax (Couple)

RM 8, 590 / pax ( 2- 11 Tahun)

WARGA SINGAPURA

SGD 4,200 / pax ( Single)

SGD 4,100 / pax ( Couple )

SGD 4,040 / pax ( 2-11 Tahun)

GROUND

SGD 3,030 / pax (Single)

SGD 2,930 / pax (Couple)

SGD 2,870 / pax ( 2- 11 Tahun)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

harga

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR

Pengembaraan akan bermula menuju ke Nairobi, Kenya dari Kuala Lumpur. Keseluruhan perjalanan akan mengambil masa 16 jam termasuk transit.

HARI KEDUA

NAIROBI

Kita akan tiba di Nairobi pada hari kedua selepas 16jam perjalanan, kita akan check-in penginapan, berehat dan free and easy sebelum sesi briefing pada belah petang.

HARI KETIGA

NAIROBI - LAKE NARUKU

Pagi ini kita akan bersarapan dan terus ke Tasik Nakuru.

Tasik Naruku terletak lebih kurang 200km ke utara dari Nairobi.

Tasik ini sangat terkenal dengan flamingo, dan burung-burung yang unik.
Sebelah petang kita akan menaiki jip untuk pemanduan petang, menyaksikan migrasi haiwan untuk kali pertama.

HARI KEEMPAT

LAKE NARUKU - MAASAI MARA

Hari ini kita akan ke Maasai Mara National Reserve, sebuah perkampungan kaum Maasai yang terkenal. Pahlawan kaum Maasai akan menocang rambut mereka, memakai jubah berwarna merah, memegang lembing, pasti menarik perhatian orang luar. Mereka sangat terkenal kerana kemampuan mereka menjinakkan singa, dan bertarung dengan haiwan liar.

Meneroka kawasan simpan Maasai seluas 700 kaki persegi merupakan idaman setiap traveller. Kawasan ini penuh dengan haiwan buas dan haiwan liar, serta lanskap yang cantik.

Kita akan makan tengahari dan berehat pada tengahari dan memulakan pemanduan pada belah petang sehingga terbenamnya matahari.

HARI KELIMA

MAASAI MARA

 

Pagi ini kita akan meneroka tanah simpan Maasai Mara seharian, sebelah pagi kebiasaannya cuaca akan sejuk, dan menjadi waktu yang sesuai menyaksikan singa, cheetah, dan harimau belang mencari sarapan pagi mereka di sekitar tanah berumput.

Kebiasaanya haiwan ini akan menjadikan impala (rusa) ataupun babi hutan sebagai sajian mereka.

Kita akan kembali pada belah petang di Maasai Mara, sebelum bertolak ke Lake Naivasha pada hari esok

HARI KEENAM

MAASAI MARA - LAKE NAIVASHA

 

Pagi ini sebelum sarapan pagi, kita akan meneroka tanah simpan Maasai Mara pada kali terakhir. Bukan mudah untuk ke Afrika, jangan kita membuang masa dan meneroka tanah yang asing ini.

Selepas waktu dhuha kita akan kembali ke kem dan ke Lake Naivasha.

Sebelah petang kita akan check in, dan mengambil peluang untuk meneroka memandu di Lake Naivasha pula sehingga matahari terbenam.

HARI KETUJUH

GREEN CRATER, LAKE NAIVASHA

 

Pagi ini kita perlu bersiap dengan pakaian trekking, kita akan menjelajah tasik gunung berapi Green Crater melalui jalan yang berenjut-enjut di penjuru Tasik Nairobi, merentasi rumah hijau yang besar di mana lokasi pembiakan bunga ros dan bunga-bunga lain di besarkan untuk eksport keluar negara.

Kita akan memulakan trekking kita megelilingi Crater dan berpeluang untuk menyaksikan antelop, dan zirafah dari jarak yang dekat!

HARI KELAPAN

LAKE NAIVASHA-NAIROBI

 

Pagi ini kita perlu bersiap untuk keluar daripada Taman Negara dan ke Nairobi. Kita dijangka untuk tiba di Nairobi pada tengahari dan check in untuk penginapan terakhir serta free and easy di kota Nairobi sebelum pulang ke Malaysia ke-esokkan harinya.

Kita berpeluang untuk menjelajah kota ini, sambil membeli ole-ole terakhir di Kenya.

HARI KESEMBILAN 

NAIROBI - KUALA LUMPUR

 

Pagi ini kita akan sarapan pagi, dan bersedia ke airport untuk puang penerbangan ke Kuala Lumpur dari Nairobi.

HARI KESEPULUH

KUALA LUMPUR

 

kita akan tiba di Kuala Lumpur selepas 16 jam perjalanan

PENGINAPAN

Penginapan kita adalah kawasan kem yang selamat untuk didiami.

KENDERAAN

Kita akan menggunakan van / jip untuk kembara ini. 1 kenderaan memuatkan 6 orang peserta, dan semua akan berpeluang duduk di tepi tingkap, manakala bumbung van boleh dibuka untuk semua mendapatkan pemandangan terbaik.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf