KASHMIR & TAJ MAHAL

Kashmir, kecantikan yang tak tergambar oleh perkataan dan pesona keabadian cinta Taj Mahal

ATURCARA PERJALANAN

4 Nov - 12 Nov 2019

9 HARI 7 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Delhi

Day 2 : Delhi - Agra

Day 3 : Agra - Delhi

Day 4 : Delhi - Srinagar

Day 5 : Srinagar - Pahalgam

Day 6 : Pahalgam - Srinagar

Day 7 : Srinagar - Gulmarg - Srinagar

Day 8 : Srinagar - Delhi - Kuala Lumpur

Day 9 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan sepanjang perjalanan

3. Penginapan 

4. Makan (half-board)

5. Insuran perjalanan**

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar 

2.Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

4. Visa india

Tertakluk kepada terma dan syarat

** Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

HARGA

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 6,300 / pax (single)

RM 6,000 /pax (berdua atau lebih)

RM 5,800 /pax (2-11 tahun)

RM 1500 /pax (0-23 bulan)

GROUND

RM 5,300/pax (single)

RM 5,000 /pax (berdua atu lebih)

RM 4,800 /pax (2-11 tahun)

RM 1000 /pax (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 2,100 / pax (single)

SGD 2,000 /pax (berdua atau lebih)

SGD 1,940 /pax (2-11 tahun)

SGD 500 /pax (0-23 bulan)

GROUND

SGD 1,770 /pax (single)

SGD 1,670 /pax (berdua atu lebih)

SGD 1,610 /pax (2-11 tahun)

SGD 340 /pax (0-23 bulan)

NOTA PENTING​

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - DELHI

Pengembaraan kita bermula dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Delhi. Kita dijangka tiba sekitar lewat petang dan akan terus ke penginapan untuk check in dan kemudian ke restoran halal untuk makan malam. Seterusnya berehat setelah seharian diperjalanan dan kerana keesokannya akan menempuh perjalanan diawal pagi.

HARI KEDUA

DELHI - AGRA

Selepas rehat malam tadi, bersarapan dihotel dan check out untuk menuju ke Agra. Sesi taaruf akan diadakan samada selepas sarapan ataupun didalam perjalanan menuju ke Agra. Kita bertolak awal pagi ke Agra supaya sempat sampai di Agra untuk makan tengahhari walaupun agak lewat sedikit sekitar pukul 2ptg. 

Chek in hotel dan berehat. Kemudian kita akan cuba mencari pemandangan matahari terbenam berlatarkan Taj Mahal. Kemudian akan makan malam sebelum berehat untuk persediaan awal pagi esoknya.

HARI KETIGA

AGRA - DELHI

Hari ini, seawal pukul 5.30 pagi kita akan ke Taj Mahal, Bukan sahaja waktu ini sangat menarik dengan cahaya golden hournya, ia juga tidak sesak dengan pengunjung yang lain. Juga sekiranya kita melawat waktu musim panas, mengelakkan cuaca yang panas waktu tengahhari. Sekitar pkl 9 kita akan pulang ke hotel untuk bersarapan dan seterusnya check out untuk menuju ke Delhi.

Kita akan makan snek didalam perjalanan untuk mengalas perut kerana ketiadaan restoren halal didalam perjalanan dan akan makan sesampainye di Delhi pada waktu petang.

HARI KEEMPAT

 DELHI - SRINAGAR

Selepas sarapan dan check-out, kita akan bertolak ke lapangan terbang untuk ke Srinagar. Kita dijangka tiba sekitar tengahhari dan selepas pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Srinagar yang agak banyak, kita akan menuju ke hotel untuk simpana bagasi dan kemudian makan tegahhari. 

Selepas solat, kita akan menuju ke Tasik Dal untuk bersiar-siar menaiki Shikara atau sampan tradisional Kashmir yang dihias indah dengan bunga-bungaan. Jangan lupa saree atau sekurang-kurangnya shawl untuk dapat feel macam dalam filem hindustan.

HARI KELIMA

SRINAGAR - PAHALGAM

Selepas sarapan dan check out, kita akan meneruskan perjalanan ke Pahalgam. Ia terletak kira-kira 7,200 kaki dari atas laut. Tempat ini masih penuh dengan keindahan alam semula jadi dan kurang pembangunan. Perjalanan sekitar 3 jam dan kita akan menikmati pemandangan gunung-gunung dan sungai yang mengalir. Kita juga akan berhenti dibeberapa tempat untuk menikmati kehwa atau chai masalla dan juga untuk membeli saffron keluaran Kashmir dan juga beberapa kacang seperti almond dan walnut dan beberapa berries.

HARI KEENAM

PAHALGAM - SRINAGAR

Pagi ini kita masih mempunyai masa untuk bersiar-siar disekeliling hotel, melihat-lihat perkampungan orang Pahalgam dan juga mengambil gambar-gambar pemandangan beserta orang-orang tempatan.

Kita akan bersarapan dan check-out sekitar pukul 10 pagi untuk pulang menuju ke Srinagar.

Sampai di Srinagar, kita akan makan tengahhari sebelu menuju ke Masjid Jamia Srinagar yang berusia lebih 600 tahun. Sekitarnya juga terdapat banyak kiosk-kiosk dan kita boleh ambil peluang untuk shopping kain-kain cotton yang cantik-cantik.

HARI KETUJUH

SRINAGAR - GULMARG - SRINAGAR

Selepas sarapan, kita akan meneruskan perjalanan ke Gulmarg. Buat yang takut akan terkena AMS (Acute Mountain Sickness) bolehla bersedia dengan ubatan dari Malaysia ye. Waktu kita datang adalah pada musim sejuk jadi Gulmarg akan penuh dengan salji yang memutih. Disini kita akan menaiki gondola atau cable car dari Gunung Kongdoori ke Apharwat Peak untuk menikmati pemandangan pergunungan yang indah dengan sedikit bayaran tambahan. Boleh juga cuba beberapa aktiviti tambahan disini seperti belajar bermain ski ataupun bermain snowmobil.

Kalau nak duduk sahaja sambil menikmati chai masalla dan pakora sahaja pun boleh, kita duduk kat warung-warung dia. Boleh try meggi masalla dia, terbaik rasanya.

HARI KELAPAN

SRINAGAR - DELHI - KUALA LUMPUR

Pagi ini agak santai, bergantung kepada penerbangan kita, kita akan bersarapan dan ke lapangan terbang untuk penerbangan menuju ke Delhi. Sampai di lapangan terbang Delhi, kita akan berehat sebentar, boleh nak menikmati KFC disitu yang halal sebelum pulang menaiki penerbangan di malam hari ke Malaysia.

HARI KESEMBILAN

KUALA LUMPUR

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Sebagai satu peringatan, ya benar, saya sudah membuat perjalanan KASHMIR DAN TAJ MAHAL  bersama Rarecation. ​

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan mengginap di hotel bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk twin atau triple sharing. 

KENDERAAN

KENDERAAN

Kita akan menaiki bas pesiaran hampir keseluruhan masa kembara. Mungkin perlu menaiki van di beberapa tempat. Tidak digalakkan untuk membawa 1 almari untuk kembara ini kerana boleh shopping jika tak cukup baju.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf