KASHMIR & TAJ MAHAL

Switzerland of the east, pengembaraan meneroka keindahan kawasan pergunungan Kashmir dan keunikan lambang cinta Taj Mahal.

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
46364805764_fe4a955cbb_z.jpg

KUALA LUMPUR - DELHI

Hari Pertama 

Pengembaraan kita bermula dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Delhi. Kita dijangka tiba sekitar lewat petang dan akan terus ke penginapan untuk check in dan kemudian ke restoran halal untuk makan malam. Seterusnya berehat setelah seharian diperjalanan dan kerana keesokannya akan menempuh perjalanan diawal pagi.

47036002152_55721ab8d3_z.jpg

DELHI - AGRA

Hari Kedua

Selepas rehat malam tadi, bersarapan dihotel dan check out untuk menuju ke Agra. Sesi taaruf akan diadakan samada selepas sarapan ataupun didalam perjalanan menuju ke Agra. Kita bertolak awal pagi ke Agra supaya sempat sampai di Agra untuk makan tengahhari walaupun agak lewat sedikit sekitar pukul 2ptg. 

Chek in hotel dan berehat. Kemudian kita akan cuba mencari pemandangan matahari terbenam berlatarkan Taj Mahal. Kemudian akan makan malam sebelum berehat untuk persediaan awal pagi esoknya.

40133459493_ddfc072422_z.jpg

AGRA - DELHI 

Hari Ketiga

Hari ini, seawal pukul 5.30 pagi kita akan ke Taj Mahal, Bukan sahaja waktu ini sangat menarik dengan cahaya golden hournya, ia juga tidak sesak dengan pengunjung yang lain. Juga sekiranya kita melawat waktu musim panas, mengelakkan cuaca yang panas waktu tengahhari. Sekitar pkl 9 kita akan pulang ke hotel untuk bersarapan dan seterusnya check out untuk menuju ke Delhi.

Kita akan makan snek didalam perjalanan untuk mengalas perut kerana ketiadaan restoren halal didalam perjalanan dan akan makan sesampainye di Delhi pada waktu petang

46325796122_d113391605_z.jpg

DELHI - SRINAGAR

Hari Keempat

Selepas sarapan dan check-out, kita akan bertolak ke lapangan terbang untuk ke Srinagar. Kita dijangka tiba sekitar tengahhari dan selepas pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Srinagar yang agak banyak, kita akan menuju ke hotel untuk simpana bagasi dan kemudian makan tegahhari. 

Selepas solat, kita akan menuju ke Tasik Dal untuk bersiar-siar menaiki Shikara atau sampan tradisional Kashmir yang dihias indah dengan bunga-bungaan. Jangan lupa saree atau sekurang-kurangnya shawl untuk dapat feel macam dalam filem hindustan.

45654293194_99a8c9447e_z.jpg

SRINAGAR - GULMARG - SRINAGAR

Hari Ketujuh

​Selepas sarapan, kita akan meneruskan perjalanan ke Gulmarg. Buat yang takut akan terkena AMS (Acute Mountain Sickness) bolehla bersedia dengan ubatan dari Malaysia ye. Waktu kita datang adalah pada musim sejuk jadi Gulmarg akan penuh dengan salji yang memutih. Disini kita akan menaiki gondola atau cable car dari Gunung Kongdoori ke Apharwat Peak untuk menikmati pemandangan pergunungan yang indah dengan sedikit bayaran tambahan. Boleh juga cuba beberapa aktiviti tambahan disini seperti belajar bermain ski ataupun bermain snowmobil.

Kalau nak duduk sahaja sambil menikmati chai masalla dan pakora sahaja pun boleh, kita duduk kat warung-warung dia. Boleh try meggi masalla dia, terbaik rasanya.

45653467424_7047d76e52_z.jpg

SRINAGAR - PAHALGAM

Hari Kelima

Selepas sarapan dan check out, kita akan meneruskan perjalanan ke Pahalgam. Ia terletak kira-kira 7,200 kaki dari atas laut. Tempat ini masih penuh dengan keindahan alam semula jadi dan kurang pembangunan. Perjalanan sekitar 3 jam dan kita akan menikmati pemandangan gunung-gunung dan sungai yang mengalir. Kita juga akan berhenti dibeberapa tempat untuk menikmati kehwa atau chai masalla dan juga untuk membeli saffron keluaran Kashmir dan juga beberapa kacang seperti almond dan walnut dan beberapa berries.

46326301952_b00d1691ce_z.jpg

SRINAGAR - DELHI -

KUALA LUMPUR

Hari Kelapan

​Pagi ini agak santai, bergantung kepada penerbangan kita, kita akan bersarapan dan ke lapangan terbang untuk penerbangan menuju ke Delhi. Sampai di lapangan terbang Delhi, kita akan berehat sebentar, boleh nak menikmati KFC disitu yang halal sebelum pulang menaiki penerbangan di malam hari ke Malaysia.

46326275842_c093431667_z.jpg

PAHALGAM - SRINAGAR

Hari Keenam

​Pagi ini kita masih mempunyai masa untuk bersiar-siar disekeliling hotel, melihat-lihat perkampungan orang Pahalgam dan juga mengambil gambar-gambar pemandangan beserta orang-orang tempatan.

Kita akan bersarapan dan check-out sekitar pukul 10 pagi untuk pulang menuju ke Srinagar.

Sampai di Srinagar, kita akan makan tengahhari sebelu menuju ke Masjid Jamia Srinagar yang berusia lebih 600 tahun. Sekitarnya juga terdapat banyak kiosk-kiosk dan kita boleh ambil peluang untuk shopping kain-kain cotton yang cantik-cantik.

IMG_6592.jpg

KUALA LUMPUR

Hari Kesembilan

​InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Sebagai satu peringatan, ya benar, saya sudah membuat perjalanan KASHMIR DAN TAJ MAHAL  bersama Rarecation. ​

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan mengginap di hotel bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk twin atau triple sharing. 

Pengangkutan

Kita akan menaiki bas pesiaran hampir keseluruhan masa kembara. Mungkin perlu menaiki van di beberapa tempat. Tidak digalakkan untuk membawa 1 almari untuk kembara ini kerana boleh shopping jika tak cukup baju.

Penginapan

Penerbangan

 

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 01 - 09 Apr 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA :

MEDIUM RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan.

 

Kembara MEDIUM RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare. Jadual padat sedikit namun kebiasaannya malam adalah Free n Easy. 

Cuma untuk Jepun, pastikan anda bersedia untuk berjalan kaki dengan banyak

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 6,300 / pax (single)

RM 6,000 (berdua atau lebih)

RM 5,800 ( 2- 11 Tahun)

RM 1,500 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 5,300 / pax (single)

RM 5,000 (berdua atau lebih)

RM 4,800 ( 2- 11 Tahun)

RM 1,000 (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

***perlepasan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 2,250 / pax (single)

SGD 2,150 (berdua atau lebih)

SGD 2,090 ( 2- 11 Tahun)

SGD 650 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 1,770 / pax (single)

SGD 1,670 (berdua atau lebih)

SGD 1,610 ( 2- 11 Tahun)

SGD  340 (0-23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf