JEPUN

Satu satunya kembara yang membawa kita mengembara ke 3 destinasi utama di Jepun iaitu Tokyo - Osaka - Kyoto menaiki keretapi laju. Mengembara seperti orang Jepun, bersedia untuk  melangkah lebih dari 10,000 langkah sehari.

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
45722710005_1d0cc879a1_z.jpg

KUALA LUMPUR - OSAKA

Hari Pertama 

Selamat datang ke Jepun. Penerbangan kita akan mengambil masa sekitar 6 jam. Setibanya di airport kita akan terus penginapan dan berehat, bersedia untuk pengembaraan kita esok

47113484322_2d5908ec7e_z.jpg

OSAKA- KYOTO - OSAKA

Hari Kedua

Seawal pagi kita akan menaiki Shinkansen menuju ke Kyoto. Di Kyoto, kita mengembara ke arashiyama, meneroka hutan buluh, berbasikal, bagi yang berminta, boleh juga mencuba pakaian traditional jepun sambil menaiki beca mengelilingi kawasan ini. Lokasi kedua kita di Fushimi Inari, kuil utama di Fushimi, menariknya kuil ini mempunyai senibina klasik jepun yang sangat cantik.

47113470542_a9deb43308_z.jpg

OSAKA - TOKYO

Hari Ketiga

Rasakan pengalaman menaiki "Bullet train" melalui perjalanan sejauh 500 km dalam masa 2 jam 30 minit sahaja. ​Jangan tidur, kerana sepanjang perjalanan ke sana pemandangan cantik Gunung Fuji sedang menanti.

46251413935_b679308537_z.jpg

TOKYO - KAWAGUCHI

Hari Keempat

Tidak sah jika kita tidak singgah ke Kawaguchi, rumah kepada ikon Jepun, Gunung Fuji. Kita akan melihat sendiri keindahan Gunung Fuji dari tasik Yamanakako. Tasik yang terbesar dengan pemandangan terbaik untuk melihat gunung Fuji

31908490947_edaaa7937b_z.jpg

TOKYO - KUALA LUMPUR

Hari Ketujuh

Sedar tak sedar, selesai sudah pengembaraan kita di Jepun, jika ada ruang masa untuk kita menghabiskan baki duit yen yang ada. Mungkin untuk membeli sedikit cenderahati sebagai kenangan kembara kita. Pastinya cenderamata terbaik adalah kenangan manis yang di abadikan didalam foto-foto perjalanan ini. Jangan risau setiap foto yang di ambil oleh kapten kami akan kami berikan anda. Cenderamata teristimewa dari Rarecation

46637339641_a07ec5005d_z.jpg

TOKYO

Hari Kelima

Hari ini kita akan mengembara di kota metropolitan terbesar di dunia. Waktu ini nak menjadi sebahagian umat manusia yang melintasi shibuya crossing, lintasan pejalan kaki tersibuk didunia. Ambil masa juga untuk lawati taman-taman di tokyo dan naik tokyo tower

45772164505_2e03bb222b_z.jpg

TOKYO DISNEYLAND

Hari Keenam

Ini lah hari yang di tunggu-tunggu bagi anak anak juga bagi sesetengah mak budak. 1 hari penuh kita alami pengalaman ajaib di Disneyland Tokyo. Terdapat 2 pilihan, sama ada anda ingin pergi ke Disneysea atau Disneyland, untuk anak-anak disneyland menjadi pilihan pertama mereka.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Penginapan pilihan kita adalah antara Homestay (Apartment/Banglo), Hotel atau Mobile home, di mana penginapan kita akan  mempunyai dapur dan ruang tamu, mudah untuk memasak dan makan beramai-ramai.

Pengangkutan

Kita akan menggunakan coaster yang selesa untuk kembara ini. 

Penginapan

Penerbangan

 

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 20 Nov - 26 Nov 2019

  • 29 Nov - 05 Dec 2019

  •  

  • 23 Jan - 29 Jan 2020

  • 30 Nov - 06 Dec 2020

  • 07 Dec - 13 Dec 2020

  • 14 Dec - 20 Dec 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Tokyo Disneyland

7. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

8. Baju Rarecation edisi terhad

9. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA :

MEDIUM RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan.

 

Kembara MEDIUM RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare. Jadual lebih padat namun kebiasaannya malam adalah Free n Easy. 

Cuma untuk Jepun, pastikan anda bersedia untuk berjalan kaki dengan banyak

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 7,540 / pax (single)

RM 7,240 (berdua atau lebih)

RM 7,040 ( 2- 11 Tahun)

RM 1,900 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 6,040 / pax (single)

RM 5,740 (berdua atau lebih)

RM 5,540 ( 2- 11 Tahun)

RM 1,400 (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

***perlepasan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 2,660 / pax (single)

SGD 2,560 (berdua atau lebih)

SGD 2,500 ( 2- 11 Tahun)

SGD 780 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 2,010 / pax (single)

SGD 1,910 (berdua atau lebih)

SGD 1,850 ( 2- 11 Tahun)

SGD 470 (0-23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf