IRAN 

Menelusuri Sejarah Mencari Ibrah 

ATURCARA PERJALANAN

16 Okt - 25 Okt 2019

10 HARI 9 MALAM

Bermacam cerita yang kita dengar di kaca televisyen tentang negara ini yang tidak pernah kita jejaki, namun adakah benar ia seteruk yang didakwa?

 

Bersama kami bermusafir selama 10 hari 9 malam melalui satu pengalaman yang pasti berbeza. Menjadi sang pengembara mencari sejarah dan kebenaran agama.

 

Lanskapnya yang begitu memukau pasti membuatkan kita tak kelip mata menikmati pemandangan negara yang moden namun kaya dengan tinggalan sejarah dan adat resam budaya yang masih kekal ada.

 

Adakah anda sudah bersedia? 

PAKEJ

1. Penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur - Tehran
2. Tiket penerbangan kelas ekonomi

3. Makan di hotel Half Board

4. Khidmat Kapten selaku jurugambar

5. Pengangkutan disediakan

6. Semua lokasi berbayar

7. Insuran

8. Kelas Asas Fotografi / Smartphone

9. Hoodies Khas Rarecation 

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan tengahari

2. Perbelanjaan peribadi

3. Caj Tambahan Bagasi
4. Tips kepada pemandu pelancong dan bas

5. Lain-lain kos lawatan yang tiada di dalam aturcara

Tertakluk kepada terma dan syarat

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 40 ORANG

RM 8,990 /pax

RM 8,690 (couple)

RM8,190 ( 2 - 11 Tahun )

GROUND

RM 6,990 (solo)

RM 6,690 (couple)

RM 6,190 (2 -11 tahun)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej, hotel dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan.

POLISI VISA

Visa dikeluarkan oleh kerajaan tempat negara dipohon.

Kelulusan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa negara berkenaan dan keputusan adalah muktamad tanpa diberitahu sebab-sebab penolakan jika permohonan ditolak.

Pihak Rarecation Travel tiada bidang kuasa pada perkara tersebut.

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

Berlepas dari KLIA dan tiba di Imam Khomeini International Airport, Tehran. Selesai urusan check out kita akan terus bertolak ke Dizin.

 

Dizin ski resort terletak di utara Tehran di pergunungan Alborz  dan hanya 71 km kearah utara Tehran, Iran.

 

Lif ski tertinggi di ski resort ini mencapai 3,600 m (11,800 kaki), menjadikannya salah satu daripada 40 ski resort tertinggi di dunia. Musim sejuk di Dizin berlangsung lebih lama daripada ski resort di Eropah (dari Disember hingga Mei) kerana kedudukannya yang tinggi.

HARI KEDUA

Kita akan ke Ramsar, salah sebuah bandar yang sangat istimewa. Pantai laut Caspian dan Alborz gunung-gunung sangat dekat antara satu sama lain di bandar dan gunung-gunung ditutupi dengan pokok-pokok. Dengan menaiki kereta kabel telecabin, kita akan dibawa dari pantai laut ke puncak gunung.

 

Istana Ramsar adalah kediaman yang padat dan sederhana dengan kawasan seluas 600 kawasan meter persegi Ia adalah sebuah bangunan segi empat tepat yang merupakan tinggalan sejarah lama dan dihiasi dengan karya-karya pengukir dan pelukis Iran yang terkenal.

 

Barisan hadapan istana terdiri daripada batu marmar yang diukir oleh seniman tempatan. Bahan-bahan biasa yang digunakan adalah plaster dan cermin di samping marmar. Terdapat juga dewan penerimaan atau dewan pusat di tempat yang diperbuat daripada kayu lama. 

HARI KETIGA

Hari ini kita bermalam di Foman. Selepas sarapan pagi memandu ke arah foman dan bermalam disana. Antara tempat menarik ialah di Ghale rud khan yang terletak 25 km kearah barat daya dari bandar Fuman utara Iran di wilayah Gilan. Ia adalah kompleks ketenteraan yang telah dibina semasa era Sasanian (224-651) dan kemudiannya dibina semula semasa era Seljuq oleh Nizari Ismailis.

 

Istana ini dibina di atas dua hujung gunung dengan keluasan 2.6 hektar (6.4 ekar). Arkiteknya telah memanfaatkan ciri-ciri pergunungan alam semula jadi di dalam pembinaan benteng itu.

Selain itu, sungai Castle Rudkhan berasal dari puncak sekitarnya dan mengalir dari selatan ke utara.

Selain itu kita akan menerjah ke kebun teh dan merasai pengalaman memetik daun teh yang lembut. Kita akan ambil daun itu dan kembali ke kilang untuk melihat semua langkah pemprosesan yang menjadikan daun hijau menjadi minuman teh  kegemaran kebanyakan penduduk di negara ini. 

HARI KEEMPAT

Selepas sarapan pagi kita bertolak ke arah desa masoule (Jarak Masuleh adalah kira-kira 60 km kearah barat daya Rasht dan 32 km kearah barat Fuman). Kampung ini terletak 1,050 meter di atas paras laut di tebing Alborz (atau Elburz) berhampiran pantai selatan Laut Kaspian.

 

Kampung ini sendiri mempunyai perbezaan ketinggian setiap 100 meter. Selain itu kita akan melalui Masouheh-Rood-Khan sebuah sungai yang melalui bandaraya, dengan air terjun yang terletak hanya 200 meter jauhnya dari kampung itu. Makan tengahari & makan malam disertakan.

HARI KELIMA

Hari ini kita akan bermalam di Qazvin. Pagi elepas sarapan pagi kita bertolak ke Qazvin.

 

Antara tempat Rare yang akan kita lawati adalah Alamout castle. Pada 1090 AD, Alamut Castle telah dirampas sebagai kubu gunung di bawah pimpinan Hasan-i Sabbah dan sehingga 1256 ia menjadi tempat kegiatan yang kuat untuk Shi'a

 

Untuk sampai ke sana, kita perlu merentas gunung gunung yang dipisahkan oleh lembah yang luas. Disana pemandangan yang sangat luas dan sangat indah dengan pemandangan keemasan yang tersebar di seluruh landskap.

HARI KEENAM

Selepas sarapan pagi kita terus memandu ke arah Kashan. Nikmati persekitaran kehijauan di Fin Garden, Taman Parsi yang tertua di Iran yang pernah menjadi kompleks Hammam (rumah mandi) untuk bangsawan.

 

Selain mempunyai interior dalaman yang berwarna-warni, taman ini ditanam dengan pokok-pokok cemara yang hidup sehingga 500 tahun.

 

Borujerdiy & Tabatabaei House (Rumah Borujerdi & Tabatabaei) adalah rumah muzium yang bersejarah di Kashan. Hari ini kita bermalam di Kashan

HARI KETUJUH

Hari ini kita akan pergi ke gurun matin abad eko-resort yang terletak 6 km jaraknya dari Lebuhraya Tehran-Isfahan, kira-kira 60km di selatan Kashan, salah satu tarikan utama di Iran Tengah.

 

Matin abad adalah padang pasir yang indah dengan pemandangan Pergunungan Karkas di selatan yang disifatkan oleh warna kemerahan yang unik. Kampung ini merupakan salah satu kampung  yang tertua di Iran dan yang menariknya kita boleh meet the local dan beramah mesra dengan penduduk kampung disana terutamanya semasa perayaan dan upacara tradisi.

Disini kita akan dapat pengalaman yang sangat berbeza, dengan kawasan berbukit pasir dan semua aktiviti luar yang berkaitan. Kanak-kanak juga sangat terhibur dan teruja. Makanannya yang ada disana sedap dan lazat. Mereka juga menawarkan makanan tradisional Iran.

HARI KELAPAN

Hari ni kita menuju ke kampung Abyaneh dimana Abyaneh adalah sebuah kampung di Daerah Luar Bandar Barzrud, di Daerah Pusat dari Natanz County, Wilayah Isfahan, Iran. Pada tahun 2006, penduduknya adalah seramai 305 orang, dalam 160 keluarga.

 

Kita akan menonton langit pada waktu malam yang penuh bintang. Kita akan berbaring di pasir emas padang pasir, mengembara ke padang pasir dengan menaiki unta yang tenang serta menunggang bukit-bukit pasir di atas basikal atau papan selaju. 

 

Tempat yang bersejarah dan eksotik ini yang merupakan destinasi yang sangat popular di Iran.

HARI KESEMBILAN

Sewaktu dalam perjalanan balik ke Tehran, kita akan temui senibina Parsi dan Barat di Istana Golestan yang pernah berkhidmat sebagai kediaman diraja pada abad ke-19.

 

Kita akan teruskan perjalanan ke ibu kota Iran dengan melawat Muzium Negara untuk melihat koleksi arkeologinya, serta Muzium Perhiasan Nasional yang memaparkan koleksi barang kemas yang paling berharga di dunia. 

Akhir sekali kita akan ke airport dan bersedia untuk pulang ke Malaysia.

PENGINAPAN

Seperti kebiasaan, kita akan tinggal di Apartment dan ada kalanya kita akan tinggal di hotel. Untuk merasai tempat tinggal seperti penduduk tempatan, kita juga akan duduk di kawasan padang pasir yang lengkap dengan keperluan dan viewnya lebih hebat dari hotel lima bintang. 

KENDERAAN

Sebahagian besar perjalanan kita akan menaiki coaster yang selesa dan sesuai untuk

kapasiti peserta kembara kita. Ada sesetengah perjalanan kita akan menaiki Jeep

Untuk mendapat maklumat lanjut sila hubungi kami melalui whatsapp/telegram/call talian 017-2267533 (Haji Saiful Nang), 016-6261801 (Capt Harun) 

Itinerari ini mungkin berubah untuk kebaikan semua. 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf