IRAN

Pengembaraan bumi Parsi, penuh penggalian sejarah islam yang tidak diceritakan.

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
817-467575.jpg

TEHRAN - SHIRAZ

Hari Pertama

Tiba di Imam Khomeini International Airport, Tehran. Flight kita akan sampai awal pagi jadi kita akan terus ke hotel untuk refresh dan sarapan pagi. Sesudah itu kita akan meneruskan perjalanan kita ke Shiraz dengan domestic flight.

 

Banyak architecture dan monumen bersejarah yang menarik di Shiraz. Selepas check in kita akan explore tempat-tempat tersebut antaranya:

 

Hafez Tomb, Karim Khan Citadel, Eram Garden dan juga Vakil Bazaar / Hammam. 

 

*bergantung pada kesesuaian masa

glass_Nasir_ol-Mulik.jpg

SHIRAZ - ISFAHAN

Hari Kedua

Kita akan teruskan perjalanan ke Isfahan tapi sebelum itu kita round dulu Shiraz sampai puas. Orang kata kalau pergi Iran tak pergi Masjid Pelangi tak sah. Apa yang menarik masjid ini adalah keunikan rekabentuk dan warna masjid yang sangat cantik. Jangan risau anda hanya perlu posing sahaja nanti kapten akan ambilkan gambar dan anda boleh upload terus ke facebook atau ig anda. Bila semua tengok mesti jealous punya. Selain itu kita juga akan ke:

 

Quran Gate, Persepolis, Necropolis dan Pasargadae.

 

*bergantung pada kesesuaian masa

 

Bila sampai di Isfahan, jika cuaca mengizinkan kita terus layan sunset di Khajoo dan SiosePol Bridge. Nak tengok ada lagi ke tak air sungai yang mengalir melaluinya. Selalu orang yang berkasih sayang akan jadikan tempat ni sebagai meeting point. Mana tau boleh jumpa other half dekat sini. 

Iran-Visa-On-Arrival-Imamzadeh-Saleh-Shr

ISFAHAN

Hari Ketiga

Selesai sarapan pagi kita akan teruskan pengembaraan ke seluruh pelusuk Isfahan mencari Masjid yang ada disana, antaranya: 

 

Masjed Jameh, Imam Mosque, Sheikh Lotf Mosque.

 

*bergantung pada kesesuaian masa

 

Jangan risau pasal makan kerana kita akan makan yang sedap sedap berdekatan dengan Bazaar Gheisarieh. Boleh rasa local food dan pencuci mulut yang sedap. Juga tengok tengok barang lain untuk dibeli sebagai cenderamata di bazaar ni. Sediakan cash yang mencukupi kerana ada tempat yang tidak boleh dibayar pakai kad.

Camp-matinabad.jpg

ISFAHAN - MATIN ABAD

Hari Keempat

 

Hari ni kita menuju ke kampung Abyaneh dimana Abyaneh adalah sebuah kampung di Daerah Luar Bandar Barzrud, di Daerah Pusat dari Natanz County, Wilayah Isfahan, Iran. Pada tahun 2006, penduduknya adalah seramai 305 orang, dalam 160 keluarga. Kemudian kita akan terus ke Matin Abad.

 

Matin abad adalah padang pasir yang indah dengan pemandangan Pergunungan Karkas di selatan yang disifatkan oleh warna kemerahan yang unik. Kampung ini merupakan salah satu kampung  yang tertua di Iran dan yang menariknya kita boleh meet the local dan beramah mesra dengan penduduk kampung disana terutamanya semasa perayaan dan upacara tradisi.

 

Disini kita akan dapat pengalaman yang sangat berbeza, dengan kawasan berbukit pasir dan semua aktiviti luar yang berkaitan. Kanak-kanak juga sangat terhibur dan teruja. Makanannya yang ada disana sedap dan lazat. Mereka juga menawarkan makanan tradisional Iran.

Tempat yang bersejarah dan eksotik ini yang merupakan destinasi yang sangat popular di Iran.

masouleh village.jpg

FUMAN - RAMSAR

Hari Ketujuh

 

Selepas sarapan pagi kita bertolak ke arah desa masoule (Jarak Masuleh adalah kira-kira 60 km kearah barat daya Rasht dan 32 km kearah barat Fuman). Kampung ini terletak 1,050 meter di atas paras laut di tebing Alborz (atau Elburz) berhampiran pantai selatan Laut Kaspian.

 

Kampung ini sendiri mempunyai perbezaan ketinggian setiap 100 meter. Selain itu kita akan melalui Masouheh-Rood-Khan sebuah sungai yang melalui bandaraya, dengan air terjun yang terletak hanya 200 meter jauhnya dari kampung itu. Makan tengahari & makan malam disertakan.

uz5.png

MATIN ABAD - QAZVIN

Hari Kelima

 

Selepas sarapan pagi kita terus memandu ke arah Qazvin melalui Kashan. Nikmati persekitaran kehijauan di Fin Garden, Taman Parsi yang tertua di Iran yang pernah menjadi kompleks Hammam (rumah mandi) untuk bangsawan.

 

Selain mempunyai interior dalaman yang berwarna-warni, taman ini ditanam dengan pokok-pokok cemara yang hidup sehingga 500 tahun.

 

Borujerdiy & Tabatabaei House (Rumah Borujerdi & Tabatabaei) adalah rumah muzium yang bersejarah di Kashan. Hari ini kita bermalam di Kashan

dizin iran.jpg

RAMSAR - DIZIN

Hari Kelapan

 

Kita akan ke Ramsar, salah sebuah bandar yang sangat istimewa. Pantai laut Caspian dan Alborz gunung-gunung sangat dekat antara satu sama lain di bandar dan gunung-gunung ditutupi dengan pokok-pokok. Dengan menaiki kereta kabel telecabin, kita akan dibawa dari pantai laut ke puncak gunung.

 

Istana Ramsar adalah kediaman yang padat dan sederhana dengan kawasan seluas 600 kawasan meter persegi Ia adalah sebuah bangunan segi empat tepat yang merupakan tinggalan sejarah lama dan dihiasi dengan karya-karya pengukir dan pelukis Iran yang terkenal. Selepas itu kita akan bertolak ke Dizin.

 

Dizin ski resort terletak di utara Tehran di pergunungan Alborz  dan hanya 71 km kearah utara Tehran, Iran.

 

Ski lif tertinggi di resort ini mencapai 3,600 m (11,800 kaki), menjadikannya salah satu daripada 40 ski resort tertinggi di dunia.

alamut1.jpg

QAZVIN - ALAMUT  - FUMAN

Hari Keenam

 

Hari ini kita akan bermalam di Qazvin. Pagi elepas sarapan pagi kita bertolak ke Qazvin.

 

Antara tempat Rare yang akan kita lawati adalah Alamout castle. Pada 1090 AD, Alamut Castle telah dirampas sebagai kubu gunung di bawah pimpinan Hasan-i Sabbah dan sehingga 1256 ia menjadi tempat kegiatan yang kuat untuk Shi'a

 

Untuk sampai ke sana, kita perlu merentas gunung gunung yang dipisahkan oleh lembah yang luas. Disana pemandangan yang sangat luas dan sangat indah dengan pemandangan keemasan yang tersebar di seluruh landskap.

tehran-golestan-palace-Mirror-Hall.jpg

DIZIN - TEHRAN

Hari Kesembilan

 

Sewaktu dalam perjalanan balik ke Tehran, kita akan temui senibina Parsi dan Barat di Istana Golestan yang pernah berkhidmat sebagai kediaman diraja pada abad ke-19.

 

Kita akan teruskan perjalanan ke ibu kota Iran dengan melawat Muzium Negara untuk melihat koleksi arkeologinya, serta Muzium Perhiasan Nasional yang memaparkan koleksi barang kemas yang paling berharga di dunia. 

 

Akhir sekali kita akan ke airport dan bersedia untuk pulang ke Malaysia.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Seperti kebiasaan, kita akan tinggal di Apartment dan ada kalanya kita akan tinggal di hotel. Untuk merasai tempat tinggal seperti penduduk tempatan, kita juga akan duduk di kawasan padang pasir yang lengkap dengan keperluan dan viewnya lebih hebat dari hotel lima bintang. 

Pengangkutan

Sebahagian besar perjalanan kita akan menaiki coaster yang selesa dan sesuai untuk

kapasiti peserta kembara kita. Ada sesetengah perjalanan kita akan menaiki Jeep

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 16 Oct  - 25 Oct 2019

  • 09 Apr - 17 Apr 2020

  • 16 Sep - 24 Sep 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (full-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Perbelanjaan peribadi

2. Tipping 20 Euro / pax

KATEGORI KEMBARA :

WELL DONE

Untuk mereka yang ingin mengembara bersama kami ke lokasi rare namun mempunyai sedikit masalah kesihatan atau ingin membawa anak kecil. Kembara kami dengan kategori WELL DONE adalah untuk anda. Kembara ini kita tidak lasak, perjalanan yang tidak begitu jauh dan aktiviti yang tidak terlalu padat. 

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 8,990 / pax

RM 8,690 / pax ( Sertai Berdua atau lebih)

RM 7,190 (2 - 11 tahun)

RM 2,000 (bayi)

WARGA SINGAPURA

***perlepasan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 3,150 /pax

SGD 3,050 / pax (sertai berdua atau lebih)

SGD 2,880 (2 - 11 tahun)

SGD 820 (bayi)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf