ICELAND

MENGEMBARA KE TANAH API & AIS

ATURCARA PERJALANAN

17 - 28 Oct 2019

12 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - London

Day 2 : London - Reykjavik

Day 3 : Golden Circle Tour

Day 4 : Kirkjubaejarklaustur

Day 5: Stykkisholmur

Day 6 : Jokursarlon - hofn

Day 7 : Waterfall Tours

Day 8 : Solheimasandur Plane Crash

Day 9 : Hella - Reykjavik

Day 10 : Reykjavik - London

Day 11 : London - Kuala Lumpur

Day 12 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - London & London - Iceland

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Homestay/Campsite)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

RM 11,570 / pax (single)

RM 11,270 (berdua atau lebih)

RM11,070 ( 2- 11 Tahun)

RM3,000 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

RM 8,570 / pax (single)

RM 8,270 (berdua atau lebih)

RM 8,070 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,500 ( 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,860 / pax (single)

SGD 3,760 (berdua atau lebih)

SGD 3,700 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,000 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

SGD 2,860 / pax (single)

SGD 2,760 (berdua atau lebih)

SGD 2,700 ( 2- 11 Tahun)

SGD 840 ( 0 - 23 bulan)

**Ground berjumpa di Rekyjavik, tidak termasuk flight Iceland - London

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - LONDON

Penerbangan kita menuju ke London dari Kuala Lumpur

Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 16-18 jam termasuk masa transit

HARI KEDUA

LONDON - REYKJAVIK

Hari ke 2 ini masih lagi dalam perjalanan. Kemudian transit tukar domestik flight untuk ke Keflavik airport, Iceland. Perjalanan dari London ke Iceland lebih kurang 3 jam 30 minit tanpa henti. Apabila sampai di Keflavik, kami akan dapatkan kenderaan untuk digunakan sepanjang pengembaraan kita di bumi Iceland. Kemudian kita akan bergerak ke penginapan yang ditempah awal oleh Rarecation. Segala pengurusan akan diselengarakan pada hari ini sebelum kembara bergerak lebih jauh dari bandar. Jadi, keperluan seperti bahan mentah untuk dimakan beberapa hari perlulah dibeli di sekitar bandar Reykjavik.

 

Macam biasa, apabila malam sesi taaruf (sesi perkenalan) setiap peserta untuk memantapkan lagi persahabatan sebelum perjalanan di teruskan keesokannya.

HARI KETIGA

GOLDEN CIRCLE TOUR

 

Golden Circle mempamerkan beberapa keajaiban semulajadi yang paling indah di Iceland. Sepanjang jalan anda dapat melihat glasier dan gunung berapi, belum lagi National Park Þingvellir yang luar biasa dan mempunyai sejarah parlimen negara Iceland di situ. Laluan ini telah menjadi kegemaran di kalangan pelancong selama bertahun-tahun.

 

Perhentian kegemaran di Golden Circle adalah Kawasan Geysir Hot Spring yang sangat aktif dengan lubang lumpur mendidih, geyser akan memancutkan air lebih 30 meter (100 kaki) ke udara setiap beberapa minit dapat di lihat di sini.

 

Gullfoss atau Golden Waterfalls yang menakjubkan dengan pemandangan air terjun yang besar dua tingkat dimana airnya kelihatan hijau kebiruan apabila terkena cahaya matahari. Kadangkala, pelangi juga akan muncul berlapis-lapis berpunca dari biasan cahaya matahari dan air terjun itu sendiri.

 

Thingvellir adalah perhentian kegemaran di kalangan pelancong sepanjang laluan Golden Circle. Ia juga telah menjadi Taman Negara di Iceland sejak 1928 dan dinamakan tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2004. Banyak acara penting yang melibatkan sejarah Iceland berlangsung di sini, antaranya penubuhan Parlimen sekitar 930 S.M, "adoption of Christianity" sekitar 1000 S.M, penubuhan Republic Iceland Moden pada 1944.

Selain daripada bersejarahnya, Thingvellir juga mempunyai daya tarikan khas untuk pencinta alam. Terletak di persimpangan dua lapisan tektonik plat  Amerika Utara dan Eurasia bertemu yang mana sangat mudah dilihat berbanding tempat lain di dunia. Jadi untuk sehari berada di Golden Circle ini sangatlah berbaloi. Tapi jangan lupa bawa baju hujan kerana cuaca disini susah nak dijangka. Jangan sampai kita pulak yang cipta sejarah di sini pulak.

HARI KEEMPAT

KIRKJUBAEJARKLAUSTUR

 

Macam mana nak sebut tu? Susah kan? Macam tu lah kami mula-mula sampai dibumi Iceland ini. Habis tergeliat lidah dan boleh buat orang Iceland ketawa berdekah-dekah. Jadi hari ini kita akan mulakan perjalanan yang agak jauh (350Km) untuk ke Kirkjubæjarklaustur. Sepanjang perjalanan kita akan dihiasi dengan pemandangan air terjun, gunung ganang dan rumah tradisional orang Iceland yang unik. Jangan risau, kita nampak je benda yang cantik, pasti kita akan berhenti untuk sesi fotografi walaupun 10 minit sahaja. Sepanjang hari ini kita akan berhenti di Reynisfjara Black Sand Beach, iaitu salah satu tempat pengambaran Dilwale. Di sini kita akan melihat keunikan “Formation Rock” tepi pantai. Tapi walaupun cantik pasti ada kelemahannya. Di sini ombak laut sangat tinggi dan anginnya yang sangat kuat. Jadi berhati-hatilah ketika menyusuri pantai ini, takut-takut terus hilang di lambung ombak.

 

Kita meneruskan perjalanan ke Fjadrargljufur Canyon. Laluan canyon ini dipercayai telah wujud lebih 2 juta tahun dahulu dan ia juga menjadi antara tempat laluan orang Viking. Boleh menyusuri dari bawah canyon atau dari atas dan keduanya mempunyai keunikan dan kecantikannya tersendiri.

HARI KELIMA

JOKURSARLON - HOFN

 

Perjalanan hari ini dari  Kirkjubæjarklaustur tempat mula-mula kita akan singgah ialah Svinafellsjokull Glasier yang terletak di sebahagian kawasan Taman Negara Vatnajokull, antara glasier terbesar di Eropah. Sekiranya pengembaraan pada musim sejuk, kita boleh melakukan aktiviti masuk gua ais di sini. Aktiviti ini akan disenggarakan oleh pakar-pakar yang kita lantik khas dari sana, jadi jangan risau ikut sahaja arahan mereka pasti semuanya selamat.

 

Kemudian kita teruskan perjalanan ke Jokursarlon Lagoon. Di sini juga adalah kawasan glasier yang terletak dari sebahagian Taman Negara Vanajokull. Seberang jalan sahaja anda dapat menyaksikan kawasan yang dinamakan Diamond Beach, iaitut ketul-ketul ais sebesar kereta kancil bergelimpangan tepi pantai hasil dari rekahan glasier dan dihanyutkan hingga ke tepi pantai.

 

Tempat terakhir dalam tentatif adalah Vestrahorn Mountain. Perjalanan dalam 1 jam 30 dari Jokursarlon untuk ke Hofn ini.

HARI KEENAM

WATERFALL TOURS

Apabila dengar air terjun sahaja semua akan terfikir boleh ke nak mandi air terjun. Sebenarnya boleh je kalau nak mandi disini tapi paham-paham jelah dengan suhu 2 - 8 degree, rasanya orang Iceland pun tidak mandi disini. Nanti keras jadi ais pulak.

Antara air terjun yang kita akan lawati ialah Selljalandsfoss, Skogafoss, Urridafoss dan sentiasanya kami akan mencari sesuatu yang “rare” dalam setiap trip. Jadi, kami ada menyediakan beberapa tempat yang rare yang jarang-jarang orang ke sini. Yang penting puas hati, bukan selalu boleh ke sini.

HARI KETUJUH

SOLHEIMASANDUR PLANE CRASH

 

Awal pagi kita akan bergerak ke parking kereta untuk ke Sólheimasandur Plane Crash di tengah-tengah dataran lapang di tepi laut. Perjalanan 4 km dari tempat parking kereta lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke kapal terbang ini. Al kisahnya, kapal terbang DC US Navy ni kehabisan minyak dan terhempas pada tahun 1973. Nasib baiklah, kesemua penumpang terselamat. Dengar desas desus, selepas post-mortem, barulah didapati kapal terbang itu sebenarnya terhempas bukan disebabkan kehabisan minyak tetapi pilot itu yang tersalah tekan suis tangki minyak menyebabkan kapal terbang itu terhempas. Macam mana dia buat kami pun tak tahu. Jadi, bersedialah untuk jalan kaki 8 km pergi balik dengan keadaan cuaca yang tak menentu disana. Di nasihatkan berjalan dalam kumpulan dan takut jalan sorang-sorang nanti diterbangkan angin pulak, nak pulak kalau tuan punya badan tu hanya 35kg sahaja.

HARI KELAPAN

REYKJAVIK - LONDON

Sesi terakhir kita di Iceland adalah bergambar lagi sepuas-puasnya di sekitar Reykjavik dan dalam perjalanan ke Keflavik. Seterusnya kita akan terbang ke London.

HARI KESEMBILAN

LONDON

Di London aktiviti hanyalah santai-santai sahaja sebab trip ini focusnya pada negara Iceland, London hanyalah transit rehatkan badan sambil membeli belah sebelum balik ke tanah air. Di London tidak ada tentatif yang khusus sekiranya anda berminat buat lawatan sendiri juga dibenarkan tapi apa-apa pun safety first, maklumlah tempat orang. Tapi sekiranya anda tidak ada tentatif perjalanan sendiri, bolehlah ikut kapten Rarecation punya perjalanan,  insyallah pasti terhibur. Beberapa lokasi terkenal di London akan menjadi tempat kita habiskan masa bersama

HARI KESEPULUH

LONDON

Di London aktiviti hanyalah santai-santai sahaja sebab trip ini focusnya pada negara Iceland, London hanyalah transit rehatkan badan sambil membeli belah sebelum balik ke tanah air. Di London tidak ada tentatif yang khusus sekiranya anda berminat buat lawatan sendiri juga dibenarkan tapi apa-apa pun safety first, maklumlah tempat orang. Tapi sekiranya anda tidak ada tentatif perjalanan sendiri, bolehlah ikut kapten Rarecation punya perjalanan,  insyallah pasti terhibur. Beberapa lokasi terkenal di London akan menjadi tempat kita habiskan masa bersama

HARI KESEBELAS

LONDON - KUALA LUMPUR

Hari ini adalah hari penghabisan perjalanan kembara bersama kami di Iceland dan London. Sepanjang tempoh beberapa hari ini pastinya menggamit banyak kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan. Apabila balik ke tanah air pastinya anda akan tersenyum seorang diri apabila teringat gelagat sahabat-sahabat sepanjang trip ini. Jadi, abadikan kenangan bersama dan semoga berjumpa lagi di lain pengembaraan.

 

Perjalanan dari London ke Kuala Lumpur

HARI DUA BELAS

KUALA LUMPUR

Tibanya kita semua ke tanah air, Malaysia tercinta. 

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Penginapan pilihan kita adalah antara Homestay (Apartment/Banglo/Cottage) atau Mobile home

Kebiasaan penginapan kita  mempunyai dapur dan ruang tamu. Lebih selesa berbanding di hotel

KENDERAAN

KENDERAAN

Kita akan menggunakan kereta untuk kembara ini. 1 kereta membawa 4 orang peserta

Pilihan kenderaan kita adalah antara MPV / SEDAN / SUV.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf