ICELAND

Seumpama mengembara ke Planet lain, ratusan waterfall, glacier, dan pastinya langit hijau aurora sedang menanti. Tiada kepastian aurora akan ada tapi kita pasti akan memburu Aurora. 

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
ICELAND 776.jpg

KUALA LUMPUR - LONDON

Hari Pertama - Kedua

 

Penerbangan kita menuju ke London dari Kuala Lumpur

Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 16-18 jam termasuk masa transit

Hari ke 2 ini masih lagi dalam perjalanan. Kemudian transit tukar domestik flight untuk ke Keflavik airport, Iceland. Perjalanan dari London ke Iceland lebih kurang 3 jam 30 minit tanpa henti. Apabila sampai di Keflavik, kami akan dapatkan kenderaan untuk digunakan sepanjang pengembaraan kita di bumi Iceland. Kemudian kita akan bergerak ke penginapan yang ditempah awal oleh Rarecation. Segala pengurusan akan diselengarakan pada hari ini sebelum kembara bergerak lebih jauh dari bandar. Jadi, keperluan seperti bahan mentah untuk dimakan beberapa hari perlulah dibeli di sekitar bandar Reykjavik.

 

Macam biasa, apabila malam sesi taaruf (sesi perkenalan) setiap peserta untuk memantapkan lagi persahabatan sebelum perjalanan di teruskan keesokannya.

ICELAND 465.jpg

GOLDEN CIRCLE

Hari Ketiga

Golden Circle mempamerkan beberapa keajaiban semulajadi yang paling indah di Iceland. Sepanjang jalan anda dapat melihat glasier dan gunung berapi, belum lagi National Park Þingvellir yang luar biasa dan mempunyai sejarah parlimen negara Iceland di situ. Laluan ini telah menjadi kegemaran di kalangan pelancong selama bertahun-tahun.

 

Perhentian kegemaran di Golden Circle adalah Kawasan Geysir Hot Spring yang sangat aktif dengan lubang lumpur mendidih, geyser akan memancutkan air lebih 30 meter (100 kaki) ke udara setiap beberapa minit dapat di lihat di sini.

 

Gullfoss atau Golden Waterfalls yang menakjubkan dengan pemandangan air terjun yang besar dua tingkat dimana airnya kelihatan hijau kebiruan apabila terkena cahaya matahari. Kadangkala, pelangi juga akan muncul berlapis-lapis berpunca dari biasan cahaya matahari dan air terjun itu sendiri.

 

Thingvellir adalah perhentian kegemaran di kalangan pelancong sepanjang laluan Golden Circle. Ia juga telah menjadi Taman Negara di Iceland sejak 1928 dan dinamakan tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2004. Banyak acara penting yang melibatkan sejarah Iceland berlangsung di sini, antaranya penubuhan Parlimen sekitar 930 S.M, "adoption of Christianity" sekitar 1000 S.M, penubuhan Republic Iceland Moden pada 1944.

Selain daripada bersejarahnya, Thingvellir juga mempunyai daya tarikan khas untuk pencinta alam. Terletak di persimpangan dua lapisan tektonik plat  Amerika Utara dan Eurasia bertemu yang mana sangat mudah dilihat berbanding tempat lain di dunia. Jadi untuk sehari berada di Golden Circle ini sangatlah berbaloi. Tapi jangan lupa bawa baju hujan kerana cuaca disini susah nak dijangka. Jangan sampai kita pulak yang cipta sejarah di sini pulak.

ICELAND 790.jpg

JOKURSOLUN

Hari Keempat

Macam mana nak sebut tu? Susah kan? Macam tu lah kami mula-mula sampai dibumi Iceland ini. Habis tergeliat lidah dan boleh buat orang Iceland ketawa berdekah-dekah.

 

Jadi hari ini kita akan mulakan perjalanan yang agak jauh ke Jokursolun. Sepanjang perjalanan kita akan dihiasi dengan pemandangan air terjun, gunung ganang dan rumah tradisional orang Iceland yang unik. Jangan risau, kita nampak je benda yang cantik, pasti kita akan berhenti untuk sesi fotografi walaupun 10 minit sahaja.

 

Sepanjang hari ini jika berksempatan kita akan berhenti di Reynisfjara Black Sand Beach, iaitu salah satu tempat pengambaran Dilwale. Di sini kita akan melihat keunikan “Formation Rock” tepi pantai. Tapi walaupun cantik pasti ada kelemahannya. Di sini ombak laut sangat tinggi dan anginnya yang sangat kuat. Jadi berhati-hatilah ketika menyusuri pantai ini, takut-takut terus hilang di lambung ombak.

Kita dijangka tiba sebelum malam di Jokursolun

Iceland-838.jpg

JOKURSOLUN ADVENTURE

Hari Kelima

Harini kita akan meneroka keunikan landskap Jokursolun. Boleh nak merasa ala-ala Shah Rukh Khan dan Kajol di tasik cermin di dalam lagu filem Dilwale. Tasik tenang dan terlihat seolah-olah kita terapung di atas air.

Kemudian kita ke Diamond Beach pula. Bukan berlian di cincin, tapi ribuan pecahan ais dari glacier yang tersadai di pantai membentuk pemandangan seumpama berlian,

Jika pada musim sejuk kita berpeluang untuk ke Ice Cave.

R103-812.jpg

HELLA - REYKJAVIK

Hari Kelapan

 

Dari Hella kita kembali ke bandar Reykjavik, tapi bukanlah bandar sangat. Di sini kita ambil masa untuk melawat saudara islam kita. Dan bagi yang mahu boleh melawat ke Blue Lagoon, yang sekadar mahu melihat kolam air panas buatan manusia ini kita boleh lihat dari luar sahaja. Yang teringin nak berendam perlu makluman awal kerana slot sentiasa penuh di sini.

Hari ini juga hari untuk mendapatkan sebarang cenderamata Iceland, kerana esok kita sudah pulang ke London.

R103-1168.jpg

LONDON - KUALA LUMPUR

Hari Kesebelas - Kedua Belas

 

Hari ini adalah hari penghabisan perjalanan kembara bersama kami di Iceland dan London. Sepanjang tempoh beberapa hari ini pastinya menggamit banyak kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan. Apabila balik ke tanah air pastinya anda akan tersenyum seorang diri apabila teringat gelagat sahabat-sahabat sepanjang trip ini. Jadi, abadikan kenangan bersama dan semoga berjumpa lagi di lain pengembaraan.

 

Perjalanan dari London ke Kuala Lumpur

R101-462.jpg

HELLA

Hari Keenam 

Hari ini kita kembali ke Hella, perjalanan santai dan jika masa mengizinkan kita akan lawati ialah Selljalandsfoss, Skogafoss, Urridafoss dan sentiasanya kami akan mencari sesuatu yang "rare" dalam setiap hari. Jadi, kami ada menyediakan beberapa tempat yang rare yang jarang - jarang orang ke sini. Yang penting puas hati, bukan selalu boleh ke sini.  

R103-61.jpg

REYKJAVIK - LONDON

Hari Kesembilan

 

Perjalanan pulang sudah bermula, tetapi kita tidak terus ke Malaysia. Kita ke London dahulu. Awas jangan beranak beg di Iceland kerana had luggage kita kecil sahaja. Jika nak beranak beg, sila lakukan di London. 

Penerbangan ke London mengambil masa sekitar 3 jam

R101-1513.jpg

SOLHEIMASANDUR PLANE CRASH
 

Hari Ketujuh

Awal pagi kita akan bergerak ke parking kereta untuk ke Sólheimasandur Plane Crash di tengah-tengah dataran lapang di tepi laut. Perjalanan 4 km dari tempat parking kereta lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke kapal terbang ini. Al kisahnya, kapal terbang DC US Navy ni kehabisan minyak dan terhempas pada tahun 1973.

 

Nasib baiklah, kesemua penumpang terselamat. Dengar desas desus, selepas post-mortem, barulah didapati kapal terbang itu sebenarnya terhempas bukan disebabkan kehabisan minyak tetapi pilot itu yang tersalah tekan suis tangki minyak menyebabkan kapal terbang itu terhempas. Macam mana dia buat kami pun tak tahu. Jadi, bersedialah untuk jalan kaki 8 km pergi balik dengan keadaan cuaca yang tak menentu disana. Di nasihatkan berjalan dalam kumpulan dan takut jalan sorang-sorang nanti diterbangkan angin pulak, nak pulak kalau tuan punya badan tu hanya 35kg sahaja.

R103-1069.jpg

LONDON

Hari Kesepuluh

 

Di London aktiviti hanyalah santai-santai sahaja sebab trip ini focusnya pada negara Iceland, London hanyalah transit rehatkan badan sambil membeli belah sebelum balik ke tanah air. Di London tidak ada tentatif yang khusus sekiranya anda berminat buat lawatan sendiri juga dibenarkan tapi apa-apa pun safety first, maklumlah tempat orang. Tapi sekiranya anda tidak ada tentatif perjalanan sendiri, bolehlah ikut kapten Rarecation punya perjalanan,  insyallah pasti terhibur. Beberapa lokasi terkenal di London akan menjadi tempat kita habiskan masa bersama

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Penginapan pilihan kita adalah antara Homestay (Apartment/Banglo/Cottage) atau Mobile home

Kebiasaan penginapan kita  mempunyai dapur dan ruang tamu. Lebih selesa berbanding di hotel

Pengangkutan

Kita akan menggunakan kereta untuk kembara ini. 1 kereta membawa 4 orang peserta

Pilihan kenderaan kita adalah antara MPV / SEDAN / SUV.

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 29 Oct - 09 Nov 2019

  • 11 Mar - 22 Mar 2020

  • 23 Mar - 03 Apr 2020

  • 04 Oct  - 15 Oct 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

PENYERTAAN MAKSIMA : 14 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 12,970 per pax (single)

RM 12, 670 per pax ( berdua atau lebih)

RM 12,470 (2 - 11 tahun)

RM 3,000 (0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 8,970 per pax (single)

RM 8,670 per pax (berdua atau lebih)

RM 8,470 (2 - 11 tahun)

RM 2,500 (0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA
***perlepasan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 4,480 per pax (single)

SGD 4,380 per pax (berdua atau lebih)

SGD 4,320 (2 - 11 tahun)

SGD 1,150 (0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 3,030 per pax (single)

SGD 2,930 per pax (berdua atau lebih)

SGD 2,870 (2 - 11 tahun)

SGD 840 (0 - 23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf