FRANCE

THE LEGENDARY AND ROMANTIC FRANCE

ATURCARA PERJALANAN

08 - 18 SEPTEMBER 2018

11 HARI 8 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Paris

Day 2 : Orleans - Tours

Day 3 : Rochecorbon - Chambord Castle - Parcar - Mesley

Day 4 : Fresnay - Sur - Sarthe - Velo Rail

Day 5 : Mon Dol - Cancale - Mont St Michel

Day 6 : Chateau Fougeres - Hede - Bazouges - Chateau De Combourg - Dinan

Day 7 : Clecygliss - Cider Route - Beuvron

Day 8 : Les Andelys - Chateau Gaillard - Seine River Bank - Monet Garden

Day 9 : Paris

Day 10 : Paris

Day 11 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Paris

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Homestay)

5. Insuran perjalanan

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makanan Halal (Kita akan masak sendiri)

2. Fruit & Vegetable Picking

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 10,500 / pax (single)

RM 10,200 (berdua atau lebih)

RM10,000 ( 2- 11 Tahun)

RM4,750 ( 0 - 23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

HARGA

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - PARIS

Kita akan berkumpul bersama-sama di KLIA sebelum memulakan pengalaman bersama Rarecation ke Perancis yang terkenal sebagai negara yang kaya dengan kisah legenda dan romantik.

HARI KEDUA

ORLEANS – TOURS

Pengembaraan kita akan bermula dengan pemanduan kereta secara beramai-ramai menghala ke Orleans sejurus tiba di Paris. Di Orleans, kita akan mencuba makanan orang Perancis di restoran halal yang terdapat di bandar ini. Agak dah dapat sikit aura ala-ala ‘local’, kita akan ke pasaraya berdekatan untuk mencari bahan mentah untuk acara masak berjemaah sepanjang kita berada di Perancis nanti. Selepas selesai acara membeli- belah, kita pusing-pusing Orleans dulu sebelum meneruskan perjalanan ke rumah penginapan kita di Tours.

 

Penginapan di Tours nanti, kita akan tinggal di dalam sebuah rumah yang menempatkan kesemua ahli keluarga besar kita ni. Acara rewang pertama akan bermula pada malam ini dan akan dibuat setiap hari bersama-sama. Barulah kita semua akan lebih mesra dan akrab sepanjang pengembaraan di Perancis ni.

 

Selesai makan, kita berehat supaya dapat kendurkan balik urat-urat yang tegang semasa dalam perjalanan tadi supaya bangun keesokan hari akan lebih segar dan bertenaga untuk pengembaraan yang ditunggu-tunggu.

HARI KETIGA

ROCHECORBON – CHAMBORD CASTLE – PARCAR-MESLEY

Berpagi-pagi selepas sarapan, kita akan memandu ke Rochecorbon untuk menaiki bot bagi menelusuri Sungai Loire. Sambil berada di atas bot, kita akan melihat keindahan alam dan tarikan-tarikan menarik di sepanjang sungai.

 

Selesai jalan-jalan naik bot, kita akan memandu ke Chambord Castle, salah sebuah istana lama yang dibuka untuk kunjungan pelancong. Di Chambord Castle ni, kita akan melihat koleksi barang-barang istana yang masih disimpan selain berjalan sekitar istana secara berjalan kaki atau berbasikal. Bagi kanak-kanak, boleh mencuba bermain pedang ala-ala Knight.

 

Untuk membuatkan acara rewang malam ni lebih meriah, kita akan ke ladang buah dan sayur di Parcar-Mesley untuk memetik sendiri sayur dan buah bagi acara rewang kita. Bukan selalu nak dapat pengalaman macam ni. Biasa makan epal yang dibeli di pasaraya. Tapi kali ni kita boleh makan epal yang dipetik sendiri segar dari ladang. Makan sedap la kita malam ni!

HARI KEEMPAT

FRESNAY-SUR-SARTHE – VELO RAIL

Satu keunikan di Perancis ni, terdapatnya anugerah untuk kampung-kampung tercantik. Selepas Check-Out dari rumah kita di Tours, kita akan memandu ke Fresnay-Sur-Sarthe. Fresnay-Sur-Sarthe ni merupakan salah sebuah kampung tercantik di Loire Valley. Terdapat 150 kampung yang cantik di seluruh Perancis. Setiap kampung mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Fresnay-Sur-Sarthe merupakan sebuah kampung kecil yang terletak di tebing sungai Sarthe dan dikelaskan sebagai ‘small city of character’.

 

Selepas kita berkelah di Fresnay-Sur-Sarthe, kita akan meneruskan perjalanan untuk melakukan aktiviti yang tiada di Malaysia iaitu berbasikal di atas landasan keretapi. Eh! Jangan panik dulu. Bukan landasan yang masih keretapinya lalu lalang lagi. Kita akan mengayuh basikal yang direka khas supaya rodanya sepadan dengan rel dan dikenali sebagai Velo Rail. Satu Velo Rail ni boleh dinaiki seramai 4 orang. Barulah tak letih untuk bergilir-gilir mengayuh di laluan sejauh 4km ni. Kita dapat lalu kawasan desa yang cantik sepanjang perjalanan berbasikal ni.

 

Reda sikit lelah berkayuh basikal, kita akan meneruskan pemanduan kita ke Rumah kedua kita di Perancis ni yang terletak di Pontorson. Perjalanan akan mengambil masa sekitar dua jam untuk sampai ke rumah baru.

HARI KELIMA

MONT DOL – CANCALE – MONT ST MICHEL

Pagi ini kita akan mendaki ke Mont Don. Eh! Tak perlu panik, mendaki kita dengan kereta sahaja. Mont Dol ialah sebuah perkampungan di atas bukit yang mempunyai kincir angin. Dari atas bukit, kita dapat melihat pemandangan yg indah kampung yang berada di bahagian bawah selain dari imbasan teluk Mont St Michel.

 

Rugi la kita kalau tidak ke Cancale yang berada tidak jauh dari Mont Dol. Tiram terkenal di Perancis datangnya dari Cancale. Kita akan pergi ke tepi pantai Cancale untuk melihat ladang menternak tiram. Kalau berani mencuba, boleh terus merasa tiram mentah yang banyak di jual di pasar berhampiran. Kita akan membeli tiram ni untuk acara rewang malam nanti. Emmmm!!! Sambal tumis tiram dengan nasi lemak atau tiram masak lemak cili padi? Jangan ada yang meleleh air liur pula, ya.

 

Sebelah tengahari pula kita akan mula menuju ke Mont St Michel. Kita akan pergi ke sana menaiki Maringote supaya tak lenguh kaki menapak. Mont St Michel terkenal juga sebagai sebuah tempat yang ala-ala dalam cerita Harry Potter. Bila air surut, kita boleh pergi ke tempat ni, tetapi bila air pasang, Mont St Michel ni seolah-seolah seperti sebuah pulau. Teluk Mont St Michel merupakan tempat air pasang tertinggi di Eropah dan diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu warisan dunia pada tahun 1979. Kita akan berada di sini sehingga tenggelamnya matahari untuk melihat sendiri fenomena air pasang surut ini.

HARI KEENAM

CHATEAU FOUGERES – HEDE-BAZOUGES – CHATEAU DE COMBOURG - DINAN

Pagi ini kita akan memulakan pengembaraan lebih awal sedikit memandangkan banyak tempat menarik yang akan dijelajah. Perjalanan kita dimulai dengan menuju ke Fougeres yang berada di Brittany. Kita akan menjelajah Chateau Fougeres yang besarnya hampir melingkupi dua pertiga kawasan Fougeres. Nak tau besar atau tidak nanti, kita akan berdiri depan salah sebuah pintu masuk ke Chateu Fougeres ni. Terbayang pula macam dalam movie Eropah zaman dulu-dulu.

 

Seterusnya kita akan ke Hede-Bazouges untuk menelusuri tebing Ille-et-Rance Canal. Ada 11 kunci air di sepanjang 2km sungai ini yang bertingkat ala-ala tangga gergasi. Tak terpikir rasanya macamana bot boleh melalui aras air dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi. Tapi kita boleh melihat sendiri sistem yang dibuat untuk membolehkan bot melepasi setiap kunci air ni. Jangan biarkan hidup anda dihantui misteri, ya.

 


Selesai berkelah di tebing Ille-et-Rance Canal, kita akan memandu ke Chateau de Combourg yang mempunyai sebuah tasik di hadapannya. Selepas merakamkan kenangan di Tasik Combourg ni, kita akan terus memandu ke Dinan, salah sebuah bandar terpelihara dan yang tercantik di Brittany. Kita akan menyelusuri lorong-lorong bangunan yang terdiri daripada bangunan yang separuh batu dan separuh kayu.

HARI KETUJUH

CLECYGLISS – CIDER ROUTE – BEUVRON

Pagi ini sekali lagi kita akan CHECK-OUT dan meneruskan pengembaraan kita ke tempat lain pula. Perjalanan kita hari ni akan diteruskan ke Clecy di mana kita akan menaiki Sled/ Toboggun. Kat sini ianya dikenali sebagai ClecyGliss.

 

Lepas hilang dah segala kecut perut dengan ClecyGliss tu, kita akan ke Cambremer untuk memandu di Cider Route. Di sini nanti kita akan singgah di salah sebuah ladang penghasilan Apple Cider untuk melihat cara pembuatan, merasa sendiri dan juga shopping sikit untuk bawa balik ke tanah air.

 

Dalam laluan ni, kita akan singgah sebentar di Beuvron, salah sebuah kampung tercantik di Normandy ni. Kita berkelah dulu di sini sebelum kita memandu ke Rumah ketiga kita di Perancis yang terletak di Rouen.

HARI KELAPAN

LES ANDELYS – CHATEAU GAILLARD – SEINE RIVER BANK – MONET GARDEN

Sejurus kita CHECK-OUT pagi ni, kita akan memandu ke Les Andelys bagi berkunjung ke Chateu Gaillard yang terletak di kawasan tinggi di Les Andelys dan menghadap ke Sungai Seine. Chateau Gaillard merupakan sebuah istana pertahanan yang dibina oleh Richard the Lion Heart, King of England and Duke of Normandy untuk melindungi Sungai Seine dan bandar Rouen daripada diserang oleh King of France, Philip Augustus.

 

Kita akan memandu ke tepi tebing Sungai Seine untuk berkelah sebelum menuju ke Giverny utk ke Monet Garden. Monet Garden merupakan rumah asal Monet yang dipelihara sehingga ke hari ini yang memiliki taman yang cantik. Ada yang mengatakan, gambar taman di Giverny antara yang terlaris untuk dijual. Sesuai untuk bergambar romantis-romantis ni.

Selesai berfoto romantis di Monet Garden, kita akan meneruskan pemanduan ke Rumah keempat kita iaitu di Paris.

HARI KESEMBILAN

PARIS

Selesai sarapan pagi kita akan ke airport untuk memulangkan kereta sewa. Pengembaraan di Paris akan menaiki tren sahaja.

 

Di Paris kita akan ke Arc de Triompe yang kata orang tak sah ke Paris kalau tak pergi ke tempat ni. Seterusnya kita ke Grand Palaise, Musee du Louvre, Eiffel Tower (tak France la kalau tak ke sini, kan?), Cathedrale Notre-Dame, Grand Mosque of Paris dan bersantai-santai di tebing Sungai Seine.

HARI KESEPULUH

PARIS

Kita akan membeli belah dan jalan-jalan di sekitar kota Paris sebelum menaiki tren ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.

HARI KESEBELAS

KUALA LUMPUR

Kita akan tiba di Kuala Lumpur selepas 20jam perjalanan membawa bersama kenangan dan pengalaman pengembaraan ke Perancis bersama Rarecation.

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Kita akan menyewa apartment atau guest house yang membolehkan kita merewang. Jika bersesuaian, kita mungkin akan menginap di rumah estet persendirian atau rumah ladang (bergantung kepada bilangan peserta). Kita tidak akan menginap di hotel yang tidak membolehkan aktiviti masak-masak tidak boleh dilakukan. Tak syok la kan balik aje dari jalan-jalan, semua bawa haluan masing-masing dalam bilik hotel.  

Walaubagaimanapun, keselesaan dan kebersihan lebih diutamakan.

KENDERAAN

KENDERAAN

Kita akan menggunakan kereta persendirian yang disewa sepanjang pengembaraan di luar Paris. Kita akan menyewa kereta yang boleh memuatkan 6 orang di dalam sebuah kereta. Okay kan untuk memandu Mercedes? Bagi perjalanan di dalam Paris. kita akan berjalan-jalan dengan menaiki keretapi.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf