EUROPE GOLDEN CIRCLE

Trip yang berkonsepkan pengalaman mengembara bersama dan bukan mencari destinasi semata-mata ke 8 negara Eropah.France, Belgium, Netherlands, Germany, Austria, Slovenia, Italy & Switzerland

ATURCARA PERJALANAN

13 - 27 Apr 2019
10 - 24 Aug 2019
09 - 23 Dec 2019

15 HARI 12 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Paris 

Day 2 : Paris - Brussels - Amsterdam

Day 3 : Amsterdam - Volemdam 

Day 4 : Amsterdam - Frankfurt - Nuremberg

Day 5 : Nuremberg - Munich - Salzburg

Day 6 : Salzburg - Bovec - Venice

Day 7 : Venice City

Day 8 : Venice -Pisa

Day 9 : Pisa - Lauterbrunnen

Day 10: Lauterbrunnen - Jungfraujoch

Day 11: Lauterbrunnen - Interlaken - Brienz

Day 12: Lauterbrunnen - Paris

Day 13: Paris City

Day 14: Paris - Kuala Lumpur

Day 15 : Kuala Lumpur

*Itinerari tertakluk kepada perubahan. Perjalanan boleh bermula dari mana-mana destinasi.

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Paris

2. Sewaan Pengangkutan

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Holiday Park/Apartment)

5. Sarapan dan Makan Malam

6. Insuran perjalanan**

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy


PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan Tengahari

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi


Tertakluk kepada terma dan syarat

** Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

RM 11,860 / pax (single)

RM 11,560 (berdua atau lebih)

RM 11,360( 2- 11 Tahun)

RM 3,880 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

RM 9,360 /pax (single)

RM 9,060 (berdua atau lebih)

RM 8,860 ( 2- 11 Tahun)

RM 3,380 ( 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,960 / pax (single)

SGD 3,860 (berdua atau lebih)

SGD 3,790  ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,290 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

SGD 3,120 /pax (single)

SGD 3,020 (berdua atau lebih)

SGD 2,950 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,130 ( 0 - 23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - PARIS (CDG)

Penerbangan kita menuju ke Paris dari Kuala Lumpur

Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 12-14 jam termasuk masa transit

HARI KEDUA

PARIS - BRUSSELS - AMSTERDAM

 

Kita tiba di Paris dari Malaysia pada harini dan meneruskan perjalanan ke Kota Amsterdam . Dalam Perjalanan kita akan singgah di Ibu negeri Belgium , Brussels untuk minum Kopi dan merehatkan diri sebentar sebelum menyambung perjalanan ke Amsterdam dan Daftar Masuk . Sepanjang perjalanan akan disajikan dgn pemandangan ladang-ladang canolla dan kincir angin moden.

HARI KETIGA

AMSTERDAM - VOLEMDAM

Hari ini kita memulakan perjalanan ke destinasi pertama kita ke Keukenhoff iaitu antara ladang tulip terbesar didunia (Hanya dalam musim bunga). Selepas itu kita akan meneruskan perjalanan menuju ke perkampungan Nelayan di Volemdam , Disini anda akan mengambil gambar bersama Kincir Angin Belanda traditional . Di pekan Volemdam anda juga boleh mencuba pakaian tradisional orang belanda sambil mencuba beberapa makanan laut sambil menikmati pemandangan di sini.

HARI KEEMPAT

AMSTERDAM - FRANKFURT - NUREMBERG

Kita meneruskan kembara kita hari ini dengan memasuki negara jerman , Kita akan singgah sebentar di kota frankfurt dan meneruskan perjalanan ke pekan Nuremberg. Rasai pengalaman melalui di lebuhraya tanpa had laju atau lebih dikenali Autobahn . Kita akan disaji kan dengan pemandangan hijau , rumah-rumah agam seperti istana dan juga istana lama semasa dalam perjalanan sebelum daftar masuk.

HARI KELIMA

NUREMBERG - MUNICH - SALZBURG

Sebelum memasuki negara Austria , Kita akan berjalan-jalan di Bandar Munich sebelum meneruskan perjalanan ke Salzburg,Austria. Keindahan salzburg tidak perlu kami uraikan ianya terlalu panjang , cukuplah anda sendiri merasainya semasa dalam kembara kita nanti. Kita akan dihidangkan pemandangan yang sungguh cantik.

HARI KEENAM

SALZBURG - BOVEC - VENICE

Perjalanan hari ini membawa kita ke kampung kecil di daerah bovec, Slovenia . ia juga di kenalai sebagai perkampungan pergunungan . Selepas bersiar-siar dan merakam kenagan, kita teruskan perjalanan ke kota atas air iaitu venice. Tahniah anda telah tiba di italy. 

HARI KETUJUH

VENICE CITY

Kita akan mula meneroka kota venice se awal pagi , terdapat beberapa monumen penting yang perlu di ambil kenangan antaranya "Canal Bridge" , jangan lupa untuk mencuba gondola yang terkenal disini , sambil mencuci mata dangan barangan kulit buatan tangan disini . Venice bandar atas air yang sungguh cantik. 

HARI KELAPAN

VENICE - PISA

Hari kelapan ini kita menuju ke Pekan Pisa , anda akan ditemani ladang gandum di sepanjang perjalanan . Setiba nya di Pisa, kita akan terus ke Monumen "7 Wonder " iaitu menara condong Pisa . jangan lupa ambil gambar pelbagai gaya disini yer...

HARI KESEMBILAN

PISA - LAUTERBRUNNEN

Hari ini kita akan meneruskan perjalanan ke Negara seterusnya , iaitu Switzerland. Kita akan bermalam di pekan Lauterbrunnen ataupun kawasan sekitarnya yang berhampiran. Sebuah pekan indah seperti "rivendel" di dalam cerita "The Lord of The Ring" . Perjalanan hari ini lebih berlanskap gunung ganang bersalji dan pemandangan yang mempesona, betapa indahnya ciptaan ilahi kepada hambanya. 

HARI KESEPULUH

LAUTERBRUNNEN - JUNGFRAU JOCH

Rasai pengembaraan hebat dengan menaiki keretapi tertinggi didunia. Keretapi ini akan mendaki sehingga ke puncak jungfraujoch ,anda tidak perlu bersusah payah untuk mendaki "Top Of Europe" . Perjalanan yang memukau dan rasai pengalaman rare ini . Jungfraujoch juga merupakan scene bagi pengambaran filem James Bond. Kita akan behenti di Kleine Scheidegg untuk penukaran gerabak sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.

PENGINAPAN

HARI KESEBELAS

INTERLAKEN - BRIENZ - GRINDAWALD

Kita akan bersiar-siar di bandar pertemuan antara dua tasik iaitu Interlaken, disini terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan sambil mencuci mata dengan pelbagai barangan buatan swizz. , selepas dari itu kita akan singgah di salah sebuah tasik iaitu di brienz . sebelum pulang semula ke penginapan kita akan mengambil gambar yang cantik di sekitar grindawald , perkampungan kecil di celahan gunung. 

HARI KEDUA BELAS

LAUTERBRUNNEN - PARIS

Setelah 3 hari beristirehat di Switzerland , hari ini kita akan menempuhi perjalanan sedikit panjang menuju ke kota Cinta Paris. Perjalanan akan ditemani dengan ladang-ladang canolla . Kita juga akan melalui beberapa pekan kecil di daerah Perancis. Setibanya di paris kita akan terus daftar masuk dan berehat , untuk pengembaraan keesokanya. 

HARI KETIGA BELAS

PARIS

Tidak sah jika tiada ,"Eiffel Tower" , "Arch de triomphe" , "Lurve Museum , Seine River" dan lain-lain jika kita menjejakkan kaki di bumi Paris. anda juga akan dibawa bersiar-siar di Chaamp Elsees. jangan lupa untuk ambil gambar di monumen sekita paris. 

HARI EMPAT BELAS

PARIS - KUALA LUMPUR

Hari ini kita akan pulang ke tanah air, setelah lebih kurang 14 hari kita mengembara di

8 Negara eropah , 8 bandaraya dan merentasi berpuluh daerah , Semoga kembara ini mebawa 1001 kenangan manis bersama anda. semoga berjumpa lagi di lain kembara.

PENGINAPAN

Penginapan pilihan kita adalah antara Homestay & Holiday Park (Apartment/Banglo) atau Mobile home

Mobile home seperti di dalam gambar ini. Rumah kecil dengan 2 bilik tidur dan 1 bilik air, setiap bilik boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai dapur dan ruang tamu. Lebih selesa berbanding di hotel

KENDERAAN

KENDERAAN

Kita akan menggunakan MPV besar dan selesa boleh memuatkan 6-7 orang dalam satu masa beserta muatan luggage.

Untuk kapasiti 20 orang, kita akan menggunakan 3 - 4 kenderaan dengan konsep self drive. Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan kecil kita ada flexibility  dan mudah masuk ke tempat yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa. 

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf