EUROPE GOLDEN CIRCLE

Perjalanan merentasi 8 negara dan destinasi tercantik di Eropah.It's a land travel experience, where destination just come 2nd

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
20181222_113003.jpg

KUALA LUMPUR - PARIS (CDG)

Hari Pertama 

 

​Penerbangan kita menuju ke Paris dari Kuala Lumpur

Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 12-14 jam termasuk masa transit

egc.png

PARIS - BRUSSEL - AMSTERDAM

Hari Kedua

Kita tiba di Paris dari Malaysia pada harini dan meneruskan perjalanan ke Kota Amsterdam . Dalam Perjalanan kita akan singgah di Ibu negeri Belgium , Brussels untuk minum Kopi dan merehatkan diri sebentar sebelum menyambung perjalanan ke Amsterdam dan Daftar Masuk . Sepanjang perjalanan akan disajikan dgn pemandangan ladang-ladang canolla dan kincir angin moden.

egc1.png

AMSTERDAM - VOLEMDAM

Hari Ketiga

Hari ini kita memulakan perjalanan ke destinasi pertama kita ke Keukenhoff iaitu antara ladang tulip terbesar didunia (Hanya dalam musim bunga). Selepas itu kita akan meneruskan perjalanan menuju ke perkampungan Nelayan di Volemdam , Disini anda akan mengambil gambar bersama Kincir Angin Belanda traditional . Di pekan Volemdam anda juga boleh mencuba pakaian tradisional orang belanda sambil mencuba beberapa makanan laut sambil menikmati pemandangan di sini.

egc2.png

AMSTERDAM - NUREMBERG

Hari Keempat

 

Kita meneruskan kembara kita hari ini dengan memasuki negara German. Kita akan terus ke pekan Nuremberg. Rasai pengalaman melalui di lebuhraya tanpa had laju atau lebih dikenali Autobahn . Kita akan disaji kan dengan pemandangan hijau , rumah-rumah agam seperti istana dan juga istana lama semasa dalam perjalanan sebelum daftar masuk.

egc4.png

HALLSTAT - BOVEC - VENICE

Hari Ketujuh 

 

Perjalanan hari ini membawa kita ke kampung kecil di daerah Bovec, Slovenia . ia juga di kenalai sebagai perkampungan pergunungan . Selepas bersiar-siar dan merakam kenagan, kita teruskan perjalanan ke kota atas air iaitu Venice. Tahniah anda telah tiba di itali.

egc7.png

PISA - LAUTERBRUNNEN

Hari Kesepuluh

 

Hari ini kita akan meneruskan perjalanan ke Negara seterusnya , iaitu Switzerland. Kita akan bermalam di pekan Lauterbrunnen ataupun kawasan sekitarnya yang berhampiran. Sebuah pekan indah seperti "rivendel" di dalam cerita "The Lord of The Ring" . Perjalanan hari ini lebih berlanskap gunung ganang bersalji dan pemandangan yang mempesona, betapa indahnya ciptaan ilahi kepada hambanya. 

egc10.png

LAUTERBRUNNEN - PARIS

Hari Ketiga belas

 

Setelah 3 hari beristirehat di Switzerland , hari ini kita akan menempuhi perjalanan sedikit panjang menuju ke kota Cinta Paris. Perjalanan akan ditemani dengan ladang-ladang canolla . Kita juga akan melalui beberapa pekan kecil di daerah Perancis. Setibanya di paris kita akan terus daftar masuk dan berehat , untuk pengembaraan keesokanya. 

egc3.png

NUREMBERG  - SALZBURG

Hari Kelima

 

Pagi ini sesudah sarapan, kita akan meronda-ronda bandar Nuremberg. Bandar medieval lama dengan kota istana lama yang menarik. Bab makan jangan risau, ramai org Turki yang membuka kedai kebab disini. Sebentar sahaja di sini, kita akan bergegas menuju ke Hallstatt. Rasanya tidak perlu kami huraikan keindahan kamung ini, nanti jadi terlalu panjang , cukuplah anda sendiri merasainya semasa dalam kembara kita nanti. Kita akan dihidangkan pemandangan yang sungguh cantik.

egc5.png

VENICE CITY

Hari Kelapan

 

Kita akan mula meneroka kota venice se awal pagi , terdapat beberapa monumen penting yang perlu di ambil kenangan antaranya "Canal Bridge" , jangan lupa untuk mencuba gondola yang terkenal disini , sambil mencuci mata dangan barangan kulit buatan tangan disini . Venice bandar atas air yang sungguh cantik. 

egc8.png

LAUTERBRUNNEN - JUNGFRAU JOCH

Hari Kesebelas

 

Rasai pengembaraan hebat dengan menaiki keretapi tertinggi didunia. Keretapi ini akan mendaki sehingga ke puncak jungfraujoch ,anda tidak perlu bersusah payah untuk mendaki "Top Of Europe" . Perjalanan yang memukau dan rasai pengalaman rare ini . Jungfraujoch juga merupakan scene bagi pengambaran filem James Bond. Kita akan behenti di Kleine Scheidegg untuk penukaran gerabak sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.

egc11.png

PARIS

Hari Keempat belas

 

Tidak sah jika tiada ,"Eiffel Tower" , "Arch de triomphe" , "Lurve Museum , Seine River" dan lain-lain jika kita menjejakkan kaki di bumi Paris. anda juga akan dibawa bersiar-siar di Chaamp Elsees. jangan lupa untuk ambil gambar di monumen sekita paris.

48763017936_0f8bdd9835_k.jpg

HALLSTAT

Hari Keenam

 

Di Austria ini, kampung tercantik dunia, Hallstatt sedang menanti, tiba di sini pasti akan terkedu dengan indahnya kampung yang tersimpan indah antara tasik dan gunung Salzkammergut. Asal-asalnya tempat kilang garam tapi sekarang jadi tumpuan kerana kecantikan. KIta seharian disini meneroka, boleh naik bukit tmpt org melombong garam dulu.

egc6.png

VENICE - PISA

Hari Kesembilan

 

Hari kelapan ini kita menuju ke Pekan Pisa , anda akan ditemani ladang gandum di sepanjang perjalanan . Setiba nya di Pisa, kita akan terus ke Monumen "7 Wonder " iaitu menara condong Pisa . jangan lupa ambil gambar pelbagai gaya disini yer...

egc9.png

INTERLAKEN - BRIENZ - GRINDAWALD

Hari Kedua belas

 

Kita akan bersiar-siar di bandar pertemuan antara dua tasik iaitu Interlaken, disini terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan sambil mencuci mata dengan pelbagai barangan buatan swizz. , selepas dari itu kita akan singgah di salah sebuah tasik iaitu di brienz . sebelum pulang semula ke penginapan kita akan mengambil gambar yang cantik di sekitar grindawald , perkampungan kecil di celahan gunung. 

egc12.png

PARIS - KUALA LUMPUR

Hari Kelima belas & Keenam belas

 

Hari ini kita akan pulang ke tanah air, setelah lebih kurang 14 hari kita mengembara di

8 Negara eropah , 8 bandaraya dan merentasi berpuluh daerah , Semoga kembara ini mebawa 1001 kenangan manis bersama anda. semoga berjumpa lagi di lain kembara.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Penginapan pilihan kita adalah antara Homestay & Holiday Park (Apartment/Banglo) atau Mobile home

Mobile home seperti di dalam gambar ini. Rumah kecil dengan 2 bilik tidur dan 1 bilik air, setiap bilik boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai dapur dan ruang tamu. Lebih selesa berbanding di hotel

Pengangkutan

Kita akan menggunakan MPV besar dan selesa boleh memuatkan 6-7 orang dalam satu masa beserta muatan luggage.

Untuk kapasiti 15 orang, kita akan menggunakan 2 kenderaan dengan konsep self drive.

Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan kecil kita ada flexibility  dan mudah masuk ke tempat yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa.

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 09 Dis - 23 Dis 2019

  • 16 Mar - 31 Mar 2020

  • 01 Apr - 16 Apr 2020

  • 03 Aug - 18 Aug 2020

  • 19 Aug - 03 Sep 2020

  • 04 Sep - 19 Sep 2020

  • 21 Sep - 06 Oct 2020

  • 25 Nov - 10 Dec 2020

  • 11 Dec - 26 Dec 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA : RARE

Perjalanan merentasi 8 negara bukan mudah. Perjalanan menaiki MPV yang selesa namun jarak perjalanan kita agak panjang. Maka perkara ini menjadi kategori RARE

PENYERTAAN MAKSIMA : 14 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 12,860 / pax (single)

RM 12,560 berdua atau lebih)

RM 12,360 (2 - 11 tahun)

RM 3,880 (0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 10,360 / pax (single)

RM 10,060 (berdua atau lebih)

RM 9,860 (2 - 11 tahun)

RM 3,380 (0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

***perlepasan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 4,460 / pax (single)

SGD 4,360 (berdua atau lebih)

SGD 4,290 (2 - 11 tahun)

SGD 1,440 (0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 3,670 / pax (single)

SGD 3,370 (berdua atau lebih)

SGD 3,300 (2 - 11 tahun)

SGD 1,130 (0 - 23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf