CENTRAL EUROPE

MUNICH - PRAGUE - VIENNA - SALZBURG

ATURCARA PERJALANAN

1 Oct - 12 Oct 2019

12 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur 

Day 2 : Munich / Vienna

Day 3 : Munich / Vienna - Prague

Day 4 : Prague

Day 5 : Prague - Munich / Vienna

Day 6 : Vienna / Munich

Day 7 : Vienna / Munich - Salzburg

Day 8 : Salzburg - Hallstatt

Day 9 : Salzburg - Berchtesgaden

Day 10 : Salzburg - Dachstein

Day 11 : Munich / Vienna - Kuala Lumpur
Day 12 : Kuala Lumpur

*tertakluk kepada perubahan. Hubungi kami untuk mengetahui itinerary terkini.

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Munich (Direct)

2. Kose pengangkutan darat

3. Penginapan Apartment 

4. Makan (half-board)

5. Insuran perjalanan

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar / tiket

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

HARGA

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

RM 9,830 / pax (single)

RM 9,530 (berdua atau lebih)

RM9,330 ( 2- 11 Tahun)

RM3,450 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

RM 7,330 /pax (single)

RM 7,030 / pax (berdua atau lebih)

RM 6,830 (2 - 11 tahun)

RM 2,950 ( 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,280 / pax (single)

SGD 3,180 (berdua atau lebih)

SGD 3,120 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,150 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

SGD 2,450 /pax (single)

SGD 2,350 / pax (berdua atau lebih)

SGD 2,290 (2 - 11 tahun)

SGD 990 ( 0 - 23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPURKita akan bersiap awal dan bersama-sama berkumpul di KLIA. Bersedia untuk melalui pengalaman 'rare' bersama kami di rarecation.

HARI KEDUA

MUNICH

Setibanya kita di Ibu negara Jerman, kita akan menghala ke Dachau, di mana sebuah perkampungan yang akan menjadi tempat penginapan kita sebagai satu 'keluarga' besar. . 

Setelah ketibaan semua peserta, pengembaraan kita akan di mulakan dengan menuju ke Munich. Sehingga lewat petang kita akan menjelajah sekitar Munich dan lewat petang kita akan pulang ke rumah. Kemudian kita bersama-sama menyediakan makan malam bersama-sama. Suasana keakraban ini lah yang akan kita bina sepanjang 13 hari kita bersama di Rarecation. Suasana kenduri Melayu, di bumi Eropah.

Selepas 'berkenduri' kita boleh berehat untuk persediaan pengembaraan yang akan bermula pada esok pagi. Sudah tentu kita rasa teruja dan tak sabar untuk memulakan jelajah Eropah Tengah kita.

HARI KETIGA

MUNICH-PRAGUE 

Pada pagi ini, kita akan bersiap-siap untuk memulakan perjalanan menjelajah Eropah Tengah kita. Selepas bersarapan pagi, kita akan menuju ke Prague, iaitu Ibukota Negara Republik Czech. Dalam perjalanan itu nanti, kita tidak akan menaiki bas pelancong seperti kebiasaan pakej pelancongan yang lain, tetapi kita akan sama2 berkonvoi.

 

Boleh anda bayangkan keseronokan berkonvoi bersama ahli keluarga dari Kuala Lumpur untuk balik ke kampung, tetapi untuk trip ini, kita berkonvoi dari kota Munich ke kota Prague, sudah tentu pengalaman dan pemandangan yang menyeronokkan. Perjalanan kira-kira 5-6 jam, dan kita akan singgah ke kawasan-kawasan menarik sepanjang perjalanan kita nanti. Sudah tentu kita cuba rakamkan gambar-gambar di tempat-tempat menarik, dan akan mendapat bimbingan Fotografi dari Saiful Nang Academy.

Setibanya di Prague, sampai di rumah penginapan dan telah berehat dan bersiap-siap, kita akan beraktiviti di sekitar Prague, dan melawat kota Istana-istana lama di zaman pertengahan seperti Prague Castle dan pelbagai lagi. Sudah hampir malam kita pulang ke rumah, bersiap-siap untuk makan malam bersama dan berehat. Keesokannya kita akan kembali menyusuri kota2 Prague dengan lebih dalam.

HARI KEEMPAT

PRAGUE

Pada hari ini, kita akan melakukan aktiviti Tour bandar Prague. Kita akan bermula menjelajah seluruh kota Prague seperti di Old Town Square & bangunan menara Jam Astronomi yang sememangnya terkenal di Republik Czech ini. Kemudian kita menyaksikan pemandangan indah Charles Bridge. Antara lain yang kita akan lawati adalah seperti House of the Black Madonna, View of Prague Castle dan banyak lagi. 

Pastinya pengalaman menjelajah ke pelusuk kota Prague akan menjadi antra pengalaman indah anda di Republik czech. Pada waktu ini, peluang untuk anda menghasilkan gambar2 street di sekitar Prague dan mampu membawa pulang gambar2 yang bernilai tinggi. Berlatarbelakangkan bangunan2 yang berekabentuk klasik sebelum zaman perang, mampu menghasilkan gambar2 romantik klasik untuk mereka yang menyertai kami secara berpasangan.

Bagi mereka yang suka shopping, kita pergi ke pasar-pasar untuk membeli belah atau untuk dapatkan sedikit cenderahati di Kota Prague. Setelah sehari suntuk kita menjelajah kota Prague, lewat petang atau malam kita akan berehat untuk persediaan menyambung perjalanan di esok hari. 

HARI KELIMA

PRAGUE-VIENNA

Selepas kita bersarapan dan selesai bersiap, kita akan memulakan perjalanan menuju ke Ibu Kota Austria yang terletak di sebelah Timur iaitu, Vienna. Vienna terkenal dengan seni bangunan klassik serta perkembangan Muzik Klassik Mozart.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 ke 6 jam termasuk waktu rehat. KIta akan memandu secara santai untuk sampai ke Vienna.

Dalam perjalanan kita akan singgah di sebuah taman yang indah terletak di tengah-tengah perjalanan antara Prague dan Vienna di Austria untuk menikmati Picnic Lunch. Setelah itu perjalanan akan di sambung semula menuju ke Vienna.

HARI KEENAM

VIENNA

Hari ini, kita akan menjelajah ke seluruh pelusuk Vienna. Ia adalah Ibukota negara Austria. Austria juga terkenal dengan bangunan senibina klasik yang cantik, serta keindahan landskap semulajadi.

Sepanjang hari kita akan menjelajah sekitar Vienna. Terdapat beberapa tempat menarik yang harus di lawati di Vienna seperti Vienna Town Hall serta menikmati keindahan senibina Stephan Church yang berusia beratusan tahun.

Jika kita bernasib baik, kita berpeluang menikmati Alunan Orkestra secara LIVE di Vienna atas kehendak peserta yang berminat.

HARI KETUJUH

VIENNA - SALZBURG

Hari ini, kita akan menikmati perjalanan indah yang panjang dari Vienna menuju ke Salzburg.

Dengan ini bermula la fasa pengembaraan kita tentang Alam Semulajadi di kawasan pergunungan Banjaran Bavaria di kawasan Austria.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam termasuk waktu rehat. Dalam perjalanan, kita akan singgah di sebuah tasik yang indah yang berlatar belakangkan pergunungan yang cantik sambil menikmati lunch picnic.

Setelah merakamkan sebanyak photo yang mungkin, perjalanan kita akan disambung menuju ke Salzburg.

HARI KELAPAN

SALZBURG - HALLSTATT

Pagi ini kita akan bersiap-siap untuk perjalanan ke Salzburg. Daripada sini, maka bermulalah pengembaraan kita untuk memburu pemandangan semulajadi yang indah. Salzburg adalah satu kota besar yang berhampiran dengan Banjaran Alps. Dari situ, kita berpeluang menikmati pemandangan-pemandangan indah dengan berlatarbelakangkan banjaran Alps.

Dalam perjalanan kita, kita akan singgah di Hallstatt. Hallstatt adalah perkampungan unik yang sangat cantik. Ia pernah dianugerahkan sebagai perkampungan yang tercantik di dunia dan kini di namakan sebagai salah satu tapak UNESCO. Kita akan menikmati pemandangan di sini selama beberapa jam, sebelum kita meneruskan perjalanan ke Kota Salzburg.Setibanya di Salzburg, kita akan masuk dan bersiap-siap dirumah dan kita akan terus ke Kota Salzburg.

HARI KESEMBILAN

SALZBURG - BERCHTESGADEN 

Hari ini, kita akan menikmati keindahan semulajadi dengan berlatarbelakangkan Alps. Kita bersiap-siap untuk ke Taman Negara, Berchtesgaden. Rasai pengalaman menaiki bot di tasik antara yang tercantik di dunia iaitu di Konigsee Lake. Anda bole saksikan sendiri betapa jernihnya air tasik itu, sehingga akan anda boleh melihat bot seolah-olah terapung di udara.

Di sini juga, kita akan bersama-sama menikmati kecantikan alam semulajadi dengan berlatarbelakangkan pergunungan Jenabahn. Keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata jika anda melihat sendiri pada gambar. Bayangkan saja jika anda berada di sana.

Kita juga akan melawat Hitler's Eagles Nest. Bangunan unik yang bersejarah ini siap dibina pada tahun 1939 adalah sempena ulangtahun Hitler yang ke-50 ketika eranya. Pemandangan yang menakjubkan, pasti anda tidak akan rasa kecewa bila berada di sana.

HARI KESEPULUH

SALZBURG - DACHSTEIN

Keindahan pemandangan di negara Austria adalah sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan. Melihat banjaran Alps dengan kesan salji di puncak, sudah pasti akan membuat anda terpukau dengan keindahan landskap semulajadinya. Setelah bersiap sedia bersarapan, kita akan bertolak ke Dachstein anggaran satu jam perjalanan dari rumah kita.

Hari ini, kita akan menikmati pemandangan Alps pada sudut yang berbeza. Saksikan dan alami sendiri keindahan banjaran Alps dari sisi atas apabila kita melalui jambatan gantung yang tertinggi di Austria. Pastinya pengalaman Wow yang akan kami berikan kepada anda.

HARI KE SEBELAS

MUNICH - KL

Hari ini adalah hari terakhir kita melalui pengalaman bersama sebagai satu keluarga besar di tengah-tengah eropah. Setelah bersiap sedia bersarapan, kita akan bertolak ke Kota Munich. Kita akan terus ke Lapangan Terbang Munich untuk menghantar anda pulang. Semoga pengalaman indah anda bersama Rarecation akan terus diabadikan dalam diri anda.

Kita akan ke tempat shopping sekiranya masa mengizinkan dan sekiranya anda mahu mencari beberapa cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia.

HARI KE DUABELAS

Ketibaan semua peserta di KLIA.

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Kita tidak menginap di hotel 5 bintang kerana pada Rarecation itu ialah anti-social. Kita akan menyewa beberapa unit apartment yang mencukupi untuk keluarga, pasangan dan solo traveler juga. Biasanya kami ambil apartment yang cozy seperti dalam foto ini, lengkap dengan kitchen dan dan pemandangan scenery yang sangat indah. Bayangkan anda bukak tingkap, nampak gunung ganng yang dihiasi salji. Cantik tak?=)

Keselesaan, kebersihan, privasi semua keutamaan dalam pemilihan apartment. 

*Gambar-gambar di bawah adalah Apartment yang pernah kita gunakan ketika trip-trip yang lepas. Setiap trip kemungkinan akan tinggal di kediaman yang berbeza, tetapi pada kualiti yang sama.

KENDERAAN

KENDERAAN

Kita akan menggunakan MPV besar dan selesa boleh memuatkan 6-7 orang dalam satu masa beserta muatan luggage.

Untuk kapasiti 20 orang, kita akan menggunakan 3 - 4 kenderaan dengan konsep self drive. Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan kecil kita ada flexibility  dan mudah masuk ke tempat yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa. 

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf