CANADA

Jelajah Alberta Canada

Kanada adalah negara terluas kedua di dunia setelah Rusia, dengan luas 3,855,103 mil persegi. Alberta adalah salah sebuah sebuah negeri di Canada. Anggaran populasi negeri ini ialah 3.6 juta pada tahun 2011, menjadikanya  paling padat penduduknya di Kanada. Nama Alberta diambil sempena nama Puteri Louise Caroline Alberta (1848–1939), anak perempuan ke-4 kepada Ratu Victoria, Ratu Kanada sehingga tahun 1901 dengan Putera Albert. Nama Gunung Alberta juga diambil daripada Puteri Louise sebagai tanda penghormatan.

ATURCARA PERJALANAN

27 Mac - 7 April 2019
3 - 14 Okt 2019
12 Hari 7 Malam 

Day 1 : Kuala Lumpur - Edmonton

Day 2 : Kuala Lumpur - Edmonton

Day 3 : Edmonton

Day 4 : Edmonton

Day 5 : Banff

Day 6 : Banff 

Day 7 : Jasper

Day 8 : Jasper

Day 9 : Jasper

Day 10: Jasper - Edmonton

Day 11 : Edmonton - Kuala Lumpur

Day 12 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik 

2. Pengangkutan

3. Penerbangan domestik

4. Penginapan 

5. Insuran perjalanan

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

8. Airport transfer

9.Antarctica Cruise

10. Makan minum ketika Cruise

 

TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi​


Tertakluk kepada terma dan syarat

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 17,150 / pax (single)

RM 16, 850 / pax (couple)

GROUND

RM 14,150 / pax (single)

RM 13, 850 / pax (couple)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, harga, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA - KETIGA 

KUALA LUMPUR - EDMONTON

Penerbangan merentas separuh globe ini akan mengambil masa sedikit. Namun penerbangan ini tak terasa panjang apabila membayangkan kawasan pergunungan Rocky dengan tasik berwarna Turqoise sedang menanti.

HARI KEEMPAT 

EDMONTON

Edmonton adalah salah satunya bandar kedua terbesar di negeri Alberta Kanada selain Calgary. Hari pertama kita di sini setelah penat lelah perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang 26 – 28 jam. Kita akan bermalam di sini untuk berehat dan membuat persiapan diri sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya.

HARI KELIMA 

BANFF

Kita akan menginap di Banff selama 2 malam kerana di Taman Negara Banff terdapat banyak tempat semula jadi yang menarik seperti tasik Moraine yang hijau kebiru-biruan berlatarbelakang gunung-gunung salji. Beberapa aktiviti menarik akan kita lakukan di Taman negara Banff seperti berkayak di Tasik Moraine dan kita akan menaiki Banff Gondola Cable Car untuk melihat sendiri pemandangan taman negara Banff dari atas udara. Di atas juga terdapat restoran yang menyediakan makanan ringan dan juga kopi panas untuk di nikmati oleh pengunjung yang datang.

 

HARI KEENAM

BANFF

 

Hari ini kita kita akan pergi ke beberapa lokasi tasik seperti Vermillion Lake, Bow Falls Banff, Two Jack lake dan BankHead di mana terdapat sejarah orang Kanada menggunakan keretapi wap untuk dijadikan pengangkutan mereka dahulunya. Dan pastinya beberapa tempat menarik lagi sekitar taman negara Banff akan menjadi destinasi seterusnya yang pastinya rarecation akan bawa anda ke sana.

HARI KETUJUH

JASPER

Bandar alpine Jasper terletak di tengah-tengah taman negara, yang terletak di tengah-tengah gunung besar. Ianya sangat mencabar sekiranya kita menggunakan jalan darat untuk meneroka setiap sudut Taman Negara Jasper ini. Tapi jangan risau kerana langkah keselamatan akan diambil dan kita akan pastikan keselamatan peserta diutamakan.

 

Perjalanan dari Banff ke Jasper adalah lebih kurang 300km sahaja tetapi perjalanan mungkin akan mengambil masa lebih kurang 6 jam kerana sepanjang perjalanan kita akan melalui kawasan Rockies Mountain atau dikenali juga sebagai banjaran Rockies di Alberta ini. Anda akan dapat menyaksikan alam semulajadi yang terpelihara baik oleh kerajaan Kanada.

HARI KELAPAN

JASPER

Berdekatan bandar Jasper terdapat Jasper SkyTram, yang akan membawa kita ke puncak Whistlers Mountain. Berdiri pada ketinggian 2,500 m (8,100 kaki), pemandangan di hadapan anda sangat indah, merangkumi bandar, pergunungan yang jauh yang kelihatan bersama-sama awan menghiasi pemandangan yang indah ini, dan tasik berkilauan biru dan perak di bawah sinar matahari. Kita tahu Rockies ini luas dan besar kawasannya, tetapi jika dapat melihat sedikit dari puncak ini, pasti dapat kepuasan yang tiada bandingan.

 

Taman Negara semula jadi ini terletak di dalam Maligne Valley, 15 minit ke barat laut bandar. Dengan memandu kita akan meneroka taman negara ini, Kita akan berhenti di Maligne Canyon, sebuah jurang sedalam 50 m (160 kaki) yang terukir oleh Sungai Maligne telah terjadi lebih 10,000 tahun. Ianya memerlukan kita untuk sedikit perjalanan hiking lebih kurang 1 – 2 jam untuk sampai ke Canyon tersebut, jadi sediakan tenaga yang cukup untuk melakukan pengembaraan ini. Sepanjang perjalanan akan di jamu dengan air terjun dan sungai yang jernih dan cantik yang pastinya tidak akan terasa jauh perjalanan ini sekiranya kita menghayatinya dengan baik. Kemudian kita akan berjalan kaki ke tebing canyon, anda akan dapat melihat sungai mengalir turun melalui air terjun yang menghala ke permukaan batu kapur yang cantik.  Seterusnya kita akan ke Medicine Lake yang diibentuk oleh meltwater membanjiri lembah pada musim bunga, ia menjadi kering sepenuhnya apabila suhu meningkat. Sekiranya sempat kita akan menyewa kayak atau bot kanu selama 90 minit di sekitar tasik melihat sendiri dengan lebih dekat keadaan tasik ini.

HARI KESEMBILAN

JASPER

Selain itu juga, kita akan melihat sendiri keunikan beberapa air terjun yg terdapat di sekitar Jasper ini sendiri seperti Athabasca Falls yang terletak 30 minit perjalanan keluar dari bandar Jasper. Anthabasca adalah air terjun semula jadi yang turun dari Rokies dan kadangkala percikan air terjun itu sendiri boleh menampakkan pelangi.

 

Glasier Skywalk juga akan menjadi salah satu destinasi kita sepanjang berada di jasper. Selain itu juga negara Kanada ini juga adalah salah satu negara di mana kita boleh melihat Aurora Borealis dengan mata kasar kita. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk kita memburu aurora setiap malam kita di Alberta ini. Sekiranya tidak dapat melihat aurora, satu kekurangan untuk trip yang kita jelajahi bersama di bumi Kanada ini.

 

Maligne Lake Cruise iaitu menyusuri tasik Maligne yang cantik dengan di beri sedikit penerangan oleh Local guide di sana pasti akan memberi lebih ilmu pengetahuan yang akan kita bawa pulang nanti.

 

HARI KESEPULUH

JASPER - EDMONTON
 

Daripada Jasper kita akan ke Edmonton untuk persiapan balik.

Kita akan menginap 1 malam berhampiran airport untuk berehat sebelum memulangkan kenderaan dan melakukan persediaan untuk pulang ke tanah air.

HARI KE SEBELAS - DUA BELAS

EDMONTON - KUALA LUMPUR
 

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan kita di Canada. Pastinya kenangan indah dan kecantikan landskap di sana bersama kita di dalamnya sudah di rakamkan oleh kapten kita. Sepanjang perjalanan pulang akan terus termimpi lagi pemandangan indah pagi di Tasik Moraine. 

PENGINAPAN

Penginapan di Canada kita akan menginap di Hotel atau Campsite yang selesa

KENDERAAN

Kita akan menaiki MPV, 4x4 atau minivan. Dengan menaiki kereta memudahkan kita untuk berhenti di mana-mana destinasi yang kita sukai

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf