BALKAN

Tasik yang bersambung dengan deretan air terjun bertingkat. Istana di tengah tasik seumpama cerita kayangan. Negara Islam indah bagaikan kota 1001 malam yang masih terluka akibat perang agama yang lalu. Semua pengalaman dan ilmu sejarah ini akan kita rasai serta pelajari dalam pengembaraan 13 hari ke EMPAT negara Balkan

Bosnia - Croatia - Slovenia - Montenegro

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
45601035044_cbc6fa7e24_z.jpg

Zagreb

Hari Pertama - Kedua

Perjalanan akan bermula dari Kuala Lumpur dengan penerbangan mengambil masa sekitar 16 - 22 jam bergantung kepada masa transit. Kita akan tiba di Zagreb pada awal pagi hari ke dua, dan bas akan menunggu kedatangan kita semua di Airport.

Jika masa mengizin kan, kita akan terus ke Masjid Zagreb untuk solat Zohor dan makan tengahari di Restoran halal di dalam Masjid Zagreb, kemudian kita akan "check-in" di penginapan untuk beristirehat menghilangkan letih, selepas mengembara jauh. Malam ini, kita akan makan malam pertama bersama, serta sesi ice breaking untuk mengenali kesemua ahli keluarga Balkan kita yang baru.

31376403327_1a24766cb0_z.jpg

Ljubjana, Slovenia

Hari Ketiga

Dari Zagreb kita akan terus ke sebuah negara jiran iaitu Slovenia.

 

Perjalanan lebih kurang 3 jam kita akan tiba di kota naga Ljubljana.

 

Ljubljana sangat terkenal dengan istana di atas bukit, Istana ini sering menjadi ilham untuk watak-watak cerita dongeng seperti Sleeping Beauty dan lain-lain kerana struktur istana di atas bukit dikelilingi dengan sungai.

 

Kita akan ke pekan Ljubljana, menaiki Funicular ke Ljubljana Castle, dan pasar tani di Ljubljana. 

DSC08789.jpg

Bled - Ljubjana, Slovenia

Hari Keempat

Bled, sebuah tasik simbolik kepada Slovenia. Pagi jom kita berpiknik di tepi tasik Bled, sambil melihat matahari terbit.

Siapa geng hiking? jangan lepaskan peluang untuk hiking mendapatkan view tercantik di Bled menaiki anak bukit lebih kurang 45 minit.

 

Yang tak hiking, boleh naik bot mengelilingi tasik Bled dan ke pulau kecil Bled mendapatkan view yang tidak kurang cantiknya.

BALKAN72-614.jpg

Bled - Plitvice Lake - Zadar

Hari Kelima

Hari ini kita akan berpindah negara dari Slovenia ke Croatia. pertengahan jalan, kita akan berhenti di taman negara Tasik Plitvice. Berada di sini, terasa seperti biasan syurga, bila setiap perjalanan kita di temani tasik berwarna zamrud yang sangat jernih sambil ikan trout menemani kita cuba untuk mendapat ehsan makanan dari kita.Dari jauh dah boleh mendengar bunyi puluhan air terjun menyambungkan tasik-tasik di sini. Sukar digambarkan dengan perkataan keindahan tasik ini

 

Kita akan menghabiskan keseluruhan hari ini trekking di Plitvice Lake yang mengambil masa lebih kurang 3 jam menikmati pemandangan seumpama biasan syurga, serta menaiki bot di sekitar taman negara ini.

 

Malam ini kita menginap di kota Zadar

BALKAN50-630.jpg

Zadar - Dubrovnik

Hari Keenam

Dari kota laut Zadar kita akan teruskan perjalanan sehingga ke kota yang seterusnya iaitu ke Kota perang Dubrovnik. Kota yang terkenal kerana rancangan Game of Thrones

Sekali sekala dalam perjalanan kita akan di sapa oleh lautan Adriatic, bersama ratusan pulau Croatia

Setibanya di Dubrovenik dan berdiri dihadapan tembok kedua terpanjang di Eropah (hampir 2km panjangnya), kita akan faham mengapa tembok ini tidak pernah dicerobohi dan masih kekal sehingga hari ini. 

5b02e3464c9ab91c008b531d.jpg

Kotor, Montenegro

Hari Ketujuh

Perjalanan hari ini tidak kotor walaupun namanya kotor

 

Kotor tidak kotor, tetapi sangat cantik. Deretan bangunan klassik eropah di antara laut dan gunung. Sekali sekala terasa macam berjalan di Venice pula, Tak hairan lah kerana senibina di sini hampir serupa dengan senibina di Venice kerana kawasan ini pernah menjadi kawasan jajahan pemerintah Venice selama 400 tahun.

Jika nak rasa keluar penuh di bumi Balkan kita hiking ke atas bukit untuk melihat kota Kotor dari pemandangan atas. Ada iras-iras Queenstown dan Interlaken bentuk muka bumi di Kota Kotor ini

BALKAN72-424.jpg

Mostar

Hari Kelapan

Mostar merupakan bandar yang terletak di Herzegovina, merupakan bandar Muslim yang telah ditawan hak untuk mengembangkan agama dan kedaulatan di atas pemerintahan Croatia. Malam ini kita akan makan di restoran di dalam bandar Mostar. Tak perlu risau, restoran di Mostar menghidangkan makanan yang halal dan menunya ala Arab dan Turki. Saiz hidangan pula? Hidangan seperti orang Arab!

 

Kita akan menginap di Mostar selama 3 malam, dan memberi peluang untuk mengenali dan mengetahui kisah-kisah disebalik peperangan dan perjuangan saudara semuslim kita di negara ini.

BALKAN72-288.jpg

Sarajevo

Hari Kesembilan

Hari ini kita akan ke Sarajevo, ibu negara Bosnia dan Herzegovina. Mostar terletak di Herzegovina, manakala Sarajevo pula terletak di Bosnia. Jangan tekejut apabila mereka tidak menggunakan nama Sarajevo tetapi menggunakan ganti nama Bosnia merujuk kepada ibu negara tersebut.

 

Kita akan menziarahi Tunnel of Hope (juga dikenali sebagai Tunnel of Life), sebuah laluan yang memberi harapan kepada bangsa Bosnia dan Herzegovina yang menyalurkan makanan dan bantuan sewaktu mereka tidak dibenarkan menentang tentera Serbia oleh United Nation sewaktu tempoh perperangan.

Blagaj-tekija-1.jpg

Kravice Falls - Pocitlj - Mostar

Hari Kesepuluh

Kita akan mengambil peluang pagi ini untuk ke Air Terjun Kravice yang terletak lebih kurang 30 minit daripada bandar Mostar. Keluarkan kamera dan tripod masing-masing, kita akan mempraktikkan teknik mengambil gambar dengan jaminan lebih 20 like satu gambar!

 

Kemudian kita akan berhenti seketika di Pocitelj (Pocitely), sebuah kota yang ditawan sewaktu kejatuhan pemerintahan Khalifah di muka bumi ini. Kita akan solat dua rakaat di sini serta menawan menara tinjauan Pocitelj dengan pemandangan yang super cantik.

 

Kita akan makan tengahari di Blagaj, sebuah lokasi terletaknya Rumah Tekki (Rumah Sufi) pendakwah Islam pertama yang menyebarkan Islam di negara Bosnia.

 
BALKAN72-242.jpg

Mostar - Banja Luka

Hari Kesebelas

Selamat tinggal Mostar, harini perjalanan pulang sudah bermula. Kita ke Banja Luka, kota yang masih terluka.

 

Sebelum tiba di Banja Luka, kita ke Masjid Malaysia di Turbe yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu peperangan di Bosnia

 

Setibanya di Banja Luka, jika dizinkan kita akan melawat Masjid Banja Luka, antara masjid yang dimusnahkan oleh pemberontak Serbia, yang kini dilindungi oleh UNESCO.

 

IMG_2423.jpg

Banja Luka - Kuala Lumpur

Hari Dua Belas - Tiga Belas

Malam berganti siang, siang berganti malam, akhirnya perjalanan kita di bumi Eropah akan berakhir pada hari ini, kita akan bertolak ke Zagreb pada pagi ini dan menaiki penerbangan pada belah petang.

 

Semestinya kembara kali ini pasti pengalaman yang manis mengembara bersama kami akan anda ingati. Bonus setiap kembara kami akan kami berikan soft copy foto-foto yang di ambil oleh kapten kita di sana!

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

Penginapan pilihan kita adalah antara apartment, banglo atau hotel. Penginapan kita, kita akan khusukan pada penginapan yang mempunyai, dapur dan ruang tamu, mudah untuk memasak dan makan beramai-ramai.

Menginap di apartment sangat selesa tetapi kita perlu berkompromi untuk tandas kerana kebanyakkan apartment tandas di luar bilik tetapi masih di dalam rumah. 

Pengangkutan

Bagi kumpulan kembara melebihi 10 orang kita akan menggunakan coaster yang selesa.

Jika kumpulan kembara kita kurang dari 10 orang, pengangkutan mungkin akan ditukar kepada kereta biasa dengan konsep self drive. 

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk   

TARIKH PERLEPASAN

  • 28 Nov - 10 Dec 2019

  • 07 - 29 Mar 2020

  • 30 Mar - 11 Apr 2020

  • 09 - 21 Jul 2020

  • 02 - 14 Oct 2020

  • 15 - 27 Oct 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Pengangkutan (coaster/kereta)

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA 

MEDIUM RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan. Kembara MEDIUM RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare. Jadual lebih padat namun kebiasaannya malam adalah Free n Easy. Pengembaraan pula dengan kereta atau pun Coaster.

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

HARGA PENUH

RM9,420 / pax (single)

RM 9,120 (berdua atau lebih)

RM 8,920 ( 2- 11 Tahun)

RM 3,290 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 6,420 / pax (single)

RM 6,120 (berdua atau lebih)

RM 5,920 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,790 (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

***Perlepasan dari Singapura​

HARGA PENUH

SGD 3,290 / pax (single)

SGD 3,190 (berdua atau lebih)

SGD 3,130 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,250 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 2,140 / pax (single)

SGD 2,040 (berdua atau lebih)

SGD 1,980 ( 2- 11 Tahun)

SGD 940 (0-23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf