ANTARCTICA

Pengembaraan ke pengujung dunia, "land of the gentle giant". Ikan paus dan ribuaan penguin comel sedang menanti kita di Antarctica. Namun peluang untuk ke sini amat terhad kerana hanya dibuka setahun sekali sahaja iaitu pada musim panas. Kerana itu perjalanan ini perlu di tempah seawal 1-2 tahun sebelum pergi. 

PERJALANAN ANTARCTICA

Perjalanan ke Antarctica terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama perjalanan adalah antara Kuala Lumpur sehingga ke Punta Arenas. Manakala bahagian kedua pula bermula dari Punta Arenas sehingga ke Antarctica.

 

SANTIAGO - PUNTA ARENAS

HARI KEEMPAT

Perjalanan pertama kita akan bermula dari Punta Arenas, sebelum perlepasan kita ke Antartica esok, harini kita akan diberikan taklimat khas tentang perjalanan kita ke penghujung dunia.

 

Sangat penting untuk kita hadiri taklimat ini  kerana keselamatan tersangat diutaman didalam ekspedisi ini

KUALA LUMPUR - SANTIAGO

HARI PERTAMA - KETIGA

 Ini bukan perjalanan biasa dan bukan semua mampu melaluinya. Cabaran pertama adalah penerbangan yang panjang menuju ke Santiago Chile. Perjalanan kita akan melalui 2 perhentian dan mengambil masa sekitar 30 - 40 jam.

Setibanya di Santiago kita akan berehat dan bermalam dahulu sebelum perjalanan ke Punta Arenas diteruskan esok. 

Punta Arenas - King George Island

HARI KELIMA

Hati semakin berdebar-debar, harini penerbangan selama 2 jam akan membawa kita ke King George Island. Kita akan merentas "Drake Passage" laluan laut yang menghubungkan 2 laut terbesar di dunia iaitu South Atlantic Ocean dan South Pasific Ocean. Tiba sahaja di Antartica, keluar dari kapal terbang, menjejakkan kaki di Antarctica kita akan terkesima melihat landskap yang ada. Jangan terlalu gembira kerana kita perlu berjalan sejauh 2km ke Kapal kita. 

EXPLORASI

ANTARCTICA

HARI KEENAM - KESEMBILAN

Tiada aturcara tetap,  pengembaraan kita di Antarctica sudah bermula. Sepanjang 4 hari 3 malam ini kita meneroka keajaiban kawasan pergunungan yang dipenuhi ais sambil ditemani "seabird", penguin , anjing laut dan the gentle giant iaitu ikan paus

Setiap hari akan ada sesi untuk membawa kita menaiki kapal kecil meneroka kawasan Antarctica bersama pakar kawasan tersebut. Bagi yang mahu boleh alami pengalaman untuk berkayak di Antarctica dan jika ada rezeki ada ikan paus yang akan menemani kita

Kelonggaran aturcara perjalanan sangat penting ketika berada di sini kerana kebanyakkan aktiviti akan pengaruhi oleh cuaca. Selain aktiviti luar kita juga boleh menikmati secawan kopi panas sambil mendengar penerangan tentang landskap luar biasa Antartica

Antara pengalaman paling tak boleh dilupakan apabila kita dikunjungi oleh "The Gentle Giant", ikan paus

Salah satu aktiviti menarik tetapi sangat terhad iaitu berkayak di Antartica. Kalau nak merasa pengalaman ini, pastikan kita menempah tempat lebih awal.

Bagi yang lebih berani, boleh mencuba untuk berenang di lautan Antartica. Ada yang berani ?

KEMBALI KE PUNTA ARENAS

HARI KESEPULUH 

Sedar tidak sedar pengembaraan penuh keajaiban di penghujung dunia berakhir pada hari ini. Kita kembali ke King George Island untuk mengambil penerbangan pulang ke Punta Arenas . Tiba di Punta Arenas pastinya masih terbayang teringat lagi keajaiban landskap Antartica dalam mimpi malam ini. 

EXPLORASI

TORRES DEL PAINE

HARI KESEBELAS - EMPAT BELAS

Perlu kita fahami perjalanan ke Antartica menggunakan kapal terbang sangat bergantung kepada keadaan cuaca. Maka perjalanan pergi dan pulang kita boleh bila-bila masa di tunda ke hari yang lain. Oleh itu perlu untuk kita mempunyai "Buffer day"

Jika perjalanan ke Antarctica kita berjalan dengan lancar maka hari yang berbaki ini boleh kita gunakan untuk meneroka keajaiban  landskap Torres Del Paine.

Pada hari ke empat belas kita kembali ke Santiago, sebelum pulang ke Malaysia ke esokkan harinya. Kita habiskan masa sebentar di Santiago meneroka kota Latin paling moden di Amerika utara. Ambil kesempatan bergambar dengan bangunan Gran Torre, bangunan tertinggi di Chile.

SANTIAGO- KUALA LUMPUR

HARI KELIMA BELAS - TUJUH BELAS

Perjalanan pulang ke Malaysia sudah bermula. Santai sahaja sambil melihat semula foto landskap Antarctica yang tidak akan kita lupakan selama lamanya

 

INFO LANJUT

KONSEP KEMBARA

BUKAN KEMBARA BIASA

Pengembaraan ke Antarctica, penhujung dunia ini tidak seperti kembara biasa kerana ianya hanya dibuka setahun sekali, bergantungan pada cuaca dan melibatkan 2 perjalanan utama. Pertama dari Kuala Lumpur ke Punta Arenas dan Punta Arenas ke Antarctica

TARIKH KEMBARA : DEC 2020 - FEB 2021

Harga kembara bermula dari 14,595 USD/ seorang

Bagi yang berminat kami jemput untuk menghubungi kami terus di talian 013 249 5462 untuk kami berikan sesi konsultansi.

ATAU

Isikan maklumat anda di bawah untuk kami hubungi semula

HOTLINE 013 249 5462

SAYA BERMINAT 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf