TURKI JEJAK AL FATEH

Menjejak kisah Al Fateh sehingga ke perkampungan yang tidak dilawati oleh kebanyakkan orang Malaysia
12H
9M
PILIH TARIKH ANDA SENDIRI
 

Jika anda mempunyai peserta seramai 15 orang, anda boleh memilih untuk pergi pada tarikh yang anda pilih sendiri. Jika anda mempunyai kurang dari 15 peserta kami akan membantu anda untuk mencari peserta pada tarikh yang anda pilih. 

4 - 15 Dec 2018

ATURCARA PERJALANAN

HARI PERTAMA
 

KUALA LUMPUR - ISTANBUL

Penerbangan kita dari Kuala lumpur ke Istanbul sekitar 13 - 16 jam sahaja mengikut pilihan penerbangan. Berehat dahulu  di dalam penerbangan ke Istanbul.

HARI KEDUA
 

ISTANBUL

Kembara kali ini adalah bertemakan pencarian Kisah Benar seorang Wira Agung yang Terkenal iaitu Sultan Muhammad Al Fateh. Kita akan mengkaji serta melihat dengan mata sendiri kisah pendidikan dari kecil sehingga beliau berjaya menakhluki Kota Konstatinople.

 

Hari pertama ini kita akan tiba di Istanbul dan terus ke tempat penginapan. Selesai berehat, esoknya kita semua akan bergerak ke Cappadocia dengan menggunakan penerbangan domestik. Meskipun kita sampai dahulu di Istanbul, kita peram dahulu keasyikan eksplorasi kota Istanbul yang akan kita lakukan pada 5 hari yang terakhir. Kita akan berangkat dahulu ke Cappadocia yang terkenal dengan Hot Air Balloon dan struktur muka buminya yang unik dan cantik. 

DAFTAR SEGERA

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan sepanjang perjalanan

3. Penginapan 

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

7. Makan Pagi & Malam

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan Tengah Hari

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

RM 6,800 / Pax

Single
(pakej tanpa promosi RM7,200)

_____

RM 6,500 / Pax

Penyertaan 2 orang ke atas
(pakej tanpa promosi RM6,900)

_____

RM 6,300 / Pax

2-11 Tahun

(pakej tanpa promosi RM6,700)

_____

HARI KETIGA

ISTANBUL - CAPPADOCIA

Jika perjalanan kita sebelum ini menggunakan bus, kali ini kita buat kelainan sedikit dengan menggunakan penerbangan domestik. Lebih jimat masa, tidak letih dan paling penting masa yang lebih kita manfaatkan dengan aktiviti di sekitar Cappadocia. 

Bergantung kepada keadaan cuaca yang baik, kita boleh merasa bermain aktiviti Paragliding dan juga ATV di Cappadocia yang mana struktur muka buminya yang unik dan 'rare'! (Aktiviti ini tidak termasuk dalam pakej namun boleh diuruskan oleh Kapten Rarecation)

RM 1,500 / Pax

(1-23 Bulan)

NOTA PENTING

(Semua harga telah diberi diskaun RM400)

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

WELL DONE

HARI KEEMPAT
 

CAPPADOCIA

Hari ketiga kita masih lagi di Cappadocia untuk melawat beberapa tempat seperti Uchisar Citadel, Avanos, Ortahisar dan kawasan sekitarnya. Memang terpaku kita melihat keindahan sejarah penempatan yang ada di Cappadocia ini.

 

Jika cuaca mengizinkan, kita boleh menaiki belon udara panas ketika waktu matahari terbit.

HARI KELIMA
 

CAPPADOCIA - AMASYA

Perjalanan hari ini agak panjang  dan membawa kita ke tempat yang paling Rare iaitu ke Amasya, tempat di mana Sultan Muhamad Al Fateh menerima pendidikan awalnya. Di sepanjang perjalanan kita akan melalui kawasan tengah Anatolia merentasi daerah seperti Corum, Yozgat dan Hacibektas menghala ke Amasya di temani pemandangan indah di negeri yang terletak di antara dua benua Asia dan Eropah ini.

HARI KEENAM
 

AMASYA

Kita mulakan hari ke Lima kita dengan melawat ke kawasan pergunungan yang begitu cantik di Amasya d imana di sinilah tempat putera-putera Raja dibesarkan termasuklah Sultan Muhamad Al Fateh. Juga kita akan bukakan rahsia pendidikan yang diterima oleh beliau sehingga berjaya mencipta sejarah dengan kejayaan membebaskan Kubu Kuat di Konstatinople. Selain itu kita akan melawat ke Masjid Jamek Bayezid dan kawasan sekitarnya juga melihat suasana kota yang berada di antara gunung dan sungai. Sangat cantik dan menarik.

HARI KETUJUH

AMASYA - ISTANBUL

Perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam dengan menggunakan bas ini disingkatkan dengan penerbangan domestik yang hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Jadi ia memberi kita lebih masa untuk merasai pengalaman di Turki. Jika berkesempatan kita boleh meluangkan masa di Istanbul untuk membeli-belah

HARI KELAPAN


ISTANBUL

Kita akan terus ke Istanbul semula untuk melihat sendiri tempat di mana sebanyak 70 buah Kapal Perang tentera Sultan Muhamad AL Fateh ditolak hingga ke atas Bukit Tanduk Emas semasa percubaan untuk menembusi benteng Constatinople. Menaiki Bosphorus Cruise sambil menghirup angin laut yang penuh dengan burung Selat Bosphorus pasti mendamaikan yang membuatkan kita akan lebih merasai peristiwa-peristiwa bersejarah yang ada di bumi Turki ini.

HARI KESEMBILAN


BURSA

Selain menyelongkar keunikan budaya dan khazanah lama di Istanbul, kita sempat untuk merasai kesejukan di atas gunung untuk melihat keindahan pekan salji Uludag yang mana kita akan pergi balik hari dari Istanbul. Siapkan sahaja baju sejuk yang sesuai dan jangan lupa bawa sirap dan susu supaya kita boleh buat ABC ketika di sana nanti.

HARI KESEPULUH

ISTANBUL

ita akan berikan masa kepada semua untuk acara bebas di mana peserta boleh ke mana sahaja di Istanbul. Biasanya kita akan ke Grand Bazar mencari makanan unik seperti Turkish Delight, Saffran, segala jenis herba dan banyak lagi untuk kita cuba. Tidak lupa juga aiskrim Turki dengan aksi menarik si penjualnya. Jangan lupa untuk bergambar dengan mereka manalah tahu dapat diskaun lebih!

HARI KESEBELAS

 

ISTANBUL - KUALA LUMPUR

Hari lebih santai kerana ini hari perpisahan kita dari Kota Istanbul. Pastinya banyak pelajaran dan pengalaman indah menjadi iktibar untuk dibawa bekal pulang ke Tanah Air. Bukan setakat penambahan beg tetapi lebih kepada penambahan ilmu di dada dari pengalaman dan pembelajaran yang dikutip dari kembara ini

HARI KEDUA BELAS

 

KUALA LUMPUR

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

MAKLUMAT PERJALANAN

KENDERAAN

Kita akan menggunakan Bas yang selesa untuk seisi keluarga sepanjang perjalanan ketika di Cappadocia dan juga Amasya. Perjalanan dari Istanbul - Cappadocia dan Amasya - Istanbul akan menggunakan penerbangan domestik. Peserta tidak perlu lagi untuk berhadapan perjalanan yang panjang yang memakan masa sehingga 12 jam! 'Mode transport' di Turki pula kita akan menggunakan 'public transport' seperti bas dan juga tram untuk merasai pengalaman kembara sebagai 'local people'!

PENGINAPAN

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan mengginap di dalam hotel bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah twin atau triple sharing

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf