JEPUN SAKURA

Mengejar Sakura di negara matahari terbit

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA
 

KUALA LUMPUR - OSAKA
 

Penerbangan kita dari Kuala lumpur seawal 8.00AM dan dijangka tiba di Lapangan terbang Osaka, sekitar 3.30PM. Penerbangan pagi dari Kuala Lumpur memberi kelebihan untuk kita tiba lebih kurang jam 4.00PM di bandar kedua terbesar di Jepun iaitu Osaka. Walaupun tiba pada jam 4.00PM, cahaya matahari kian menyusup terbenam.

Setiba sahaja di Osaka, kita perlu menguruskan JR Pass, pastikan semua passport tersedia dan Kapten akan membantu semua untuk menyelesaikan JR Pass masing-masing. Jepun kini mengamalkan dasar terbuka untuk pelancong Islam, jadi di airport Osaka, kita akan berpeluang untuk menikmati makanan Jepun Halal pertama! Udon, Sashimi, dan macam-macam lagi, sementara menunggu JR Pass masing-masing.

JR Pass, sebuah pas yang khas ditempah dan dikeluarkan untuk pelancong dari luar negara sahaja. Pastikan jaga JR Pass seperti menjaga Passport masing-masing disepanjang perjalanan.

DAFTAR SEGERA

JADUAL PERJALANAN

HARI PERTAMA

Kuala Lumpur - Osaka

HARI KEDUA

Osaka 

HARI KETIGA

Osaka - Kyoto - Osaka

HARI KEEMPAT

Osaka - Tokyo

HARI KELIMA

Tokyo

HARI KEENAM

Tokyo - Kawaguchiko - Tokyo

HARI KETUJUH

Tokyo - Kuala Lumpur

PILIH TARIKH ANDA SENDIRI
 

Jika anda mempunyai peserta seramai 15 orang, anda boleh memilih untuk pergi pada tarikh yang anda pilih sendiri. Jika anda mempunyai kurang dari 15 peserta kami akan membantu anda untuk mencari peserta pada tarikh yang anda pilih. 

03 Apr - 09 April 2019
7H
6M

HARI KEDUA
 

OSAKA

 

Hari kedua di Osaka, kita akan menyusuri bandar Osaka, berhanami di bawah pohon sakura berdekatan dengan Osaka Castle. Cuaca yang sejuk dan kepadatan pelancong menyebabkan kita akan merasai pengalaman berasak seperti orang tempatan di Jepun ini. Kepada yang kurang berupaya berjalan seperti orang Jepun, di Osaka Castle, boleh kita menaiki tram mengelilingi Istana ini. Ada kesempatan, boleh kita menyamar menjadi puteri atau samurai Jepun!

Malam itu, kita akan singgah di Dotonbouri, ala-ala Petaling Street di Jepun! Pelbagai macam dan ragam boleh kita lihat di sini, makanan? Di Jepun makanan muslim ada dua kategori, Halal dan Muslim Friendly. Cari makanan yang terunik dan halal di sini untuk pengalaman paling bermakna!

HARI KETIGA
 

OSAKA - KYOTO

Kalau berjalan di Jusco, pernah nampak tak hutan buluh? Arashiyama tempatnya, terletak di Kyoto. Hari ini kita akan bertolak ke Kyoto menaiki Shinkasen Nozomi, Shinkasen, apa tu? Kereta Api laju lah. Kalau kereta api biasa mengambil masa 45 minit, Shinkasen hanya mengambil masa 15 minit ke Kyoto.

Jangan lupa bersama-sama kapten nanti, ambil masa sedikit di stesen keretapi untuk booking tempat duduk ke Kyoto. Kawasan yang cantik dan pemandangan yang sangat cantik di Kyoto, ambil masa kita untuk berhanami di Kyoto. Aik, semalam berhanami, hari ni berhanami? Eh, kena lah berhanami, kata mengejar sakura!

Hari ini pasti penat, perjalanan jauh sedikit ke Kyoto pasti memakan tenaga sedikit. Kita ambil peluang untuk ke pasar berdekatan mencari lauk dan bahan untuk makan malam terakhir di Osaka!

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Osaka, Tokyo - Kuala Lumpur

2. JR PASS untuk 7 hari

3. Penginapan (Local House)

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

RM 6860 / Pax

(SINGLE)

RM 6560 / Pax

(2 ORANG ATAU LEBIH)

RM 5960 / Pax

(2 - 11 TAHUN)

RM 2750 / Pax

(1-23 BULAN)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

RARE

HARI KEEMPAT
 

OSAKA - TOKYO

Hari ini pastikan semua kena janji Jepun,  kerana tak mahu kita terlepas Shinkasen! Kapasiti penumpang yang penuh boleh menyebabkan kita tak dapat tempat duduk, dan perlu tunda kereta api kepada yang seterusnya!

Kalau semalam 15 minit menaiki Shinkasen, hari ini kita akan menaiki Shinkasen sejauh 500km dalam masa 2 jam 30 minit sahaja, 
45 minit sebelum tiba di Tokyo, kita akan disajikan dengan pemandangan alam yang sangat indah, dengan pemandangan Gunung Fuji.

Setiba sahaja kita di Tokyo, kita akan terus check in penginapan, dan masa tidak boleh dibeli, jom explore Tokyo dimalam hari!

HARI KELIMA
 

TOKYO

Kalau kena pada tarikhnya, pagi ini kita akan ke Tsukiji Fish market. Bangun awal dan terus beratur ke Tsukiji Fish Market untuk menjadi 60 yang pertama setiap hari menyaksikan acara lelong Tuna termeriah di dunia!

Hari ini kita akan menyusuri bandar Tokyo, mencari hanami-hanami yang tersembunyi sehingga petang di Akihabara. Ada sesiapa yang berminat untuk memandu go-kart di atas jalan raya? Pastikan kita menyediakan lesen antarabangsa di Malaysia dan boleh kita memandu di sekitar bandar Tokyo! Yang tidak bergo-kart, akibahara tempat yang sangat cool nak berjiwa Jepun, dan mencari barang-barang elektronik.

Pastikan semua tidur awal hari ini, kerana kita perlu keluar awal pagi esok untuk ke Kawaguchiko!

HARI KEENAM
 

TOKYO - KAWAGUCHIKO

Hari ke enam kita di Jepun, kita akan bertolak awal pagi, berperang sama dengan penduduk tempatan didalam kereta api. Kapten akan ambil gambar muka yang penyet-penyet di dalam kereta api, sementara ke Kawaguchiko.

Kita kemudiannya akan mengambil bas di dalam taman Kawaguchiko, beberapa lokasi yang cantik kita wajib berhenti, dan berhanami berlanskapkan Gunung Fuji.

Makanan yang biasa-biasa boleh jadi super sedap bila ada di sini. Esok merupakan hari terakhir kita di Jepun. Macam biasa, malam ni kita akan makan besar-besar-BESAR! Jom cari King Crab untuk masakan malam ni.

HARI KETUJUH
 

TOKYO - KUALA LUMPUR

Sedar tak sedar, selesai sudah pengembaraan kita di Jepun, flight akan berangkat lewat petang. Jadi pagi ini kita akan hantar beg direct ke airport menggunakan servis di Shinjuku, pastikan kita siap packing awal dan ke stesen awal sebelum mereka bertolak! hari terakhir ini kita akan ambil ruang masa kita berhanami kali terakhir di sekitar Menara Tokyo.

Kita akan terus ke airport dan tiba sebelum jam 6.00PM untuk mengambil masa sebelum check-in, dan mengucapkan selamat tinggal kepada negara terbit matahari ini.

MAKLUMAT PERJALANAN

KENDERAAN

Kenderaan utama kita adalah kereta api. Japan Railway pass akan di berikan untuk perjalanan kita ini. Jangan risau Japan Railway pass kita sah untuk penggunaan selama 7 hari, sesuai untuk kembara kita

PENGINAPAN

Penginapan di Jepun, kita akan menginap di Homestay. Rasakan pengalaman unik menginap di rumah Jepun, seperti rumah Nobita dan Doraemon.  

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf