JEPUN HOKKAIDO

Mengembara ke utara Jepun 
15 -22 April 2017
7H
6M
PILIH TARIKH ANDA SENDIRI
 

Jika anda mempunyai peserta seramai 15 orang, anda boleh memilih untuk pergi pada tarikh yang anda pilih sendiri. Jika anda mempunyai kurang dari 15 peserta kami akan membantu anda untuk mencari peserta pada tarikh yang anda pilih. 

ATURCARA PERJALANAN

HARI PERTAMA
 

KUALA LUMPUR - HOKKAIDO

Penerbangan kita dari Kuala lumpur pada 11.30 malam dan dijangka tiba di Hokkaido sekitar 8.05 pagi. Sengaja kami memilih penerbangan pagi agar pada hari pertama lagi kita mempunyai masa untuk meneroka Hokkaido

HARI KEDUA
 

HOKKAIDO 

Hokkaido amat terkenal dengan "Saefood", kerana itu seawal pagi kita akan ke Sapporo Centrale Wholesale Market dan merasakan pengalaman bagaimana oang Jepun membida Tuna yang masih segar dari laut. Destinasi seterusnya kita ke Shitkotsu-Toya National Park, di sini kita boleh melihat kolam air panas, dan kawasan pergunngan gunung berapi.

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Hokkaido, Tokyo - Kuala Lumpur

2. JR PASS untuk 7 hari

3. Penginapan (Homestay/Campsite)

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

RM 6560 / Pax

(SINGLE)

RM 6260 / Pax

(COUPLE)

RM 6060 / Pax

(2 - 11 TAHUN)

RM 3760 / Pax

(0-1 TAHUN)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

HARI KETIGA
 

HOKKAIDO - FUKUSHIMA

Perjalanan kita agak jauh juga pada hari ini, kita akan mengembara sejauh 876km ke Fukushima. Perjalanan cuma mengambil masa sekitar 5-6 jam sahaja dengan kereta api. Jangan tidur terlalu banyak kita akan melalui kawasan yang cantk dan pemandangan yang hanya boleh di lihat melalui kereta api. Kita juga akan melalui Seikan tunnel, laluan keretapi di bawah laut. 

HARI KEEMPAT
 

FUKUSHIMA

Misi sakura kita bermula, InsyaAllah ada rezeki, pada waktu kita di sini, sakura sedang berkembang. Rasakan pengalaman berpiknik di bawah pohon sakura, menikmati sandwich tuna yang di beli di Sapporo bersama kopi 434 di bawah pokok sakura. Lokasi kita di Shinobuyama Park, salah satu lokasi terbaik untuk kita menikmati sakura di Fukushima

HARI KELIMA
 

FUKUSHIMA - TOKYO

Dari Fukushima kita ke Tokyo Pula, perjalanan cuma sekitar 3 jam 30 minit sahaja walaupun perjalanan sejauh 499 km. Ini lah kehebatan "Shinkansen", kita boleh mengembara ke pelbagai destinasi di Jepun tanpa perlu membuang masa yang banyak di perjalanan.

HARI KEENAM
 

TOKYO

Kota metropolitan terbesar di dunia, alami pengalaman meneroka kota ini yang tersimpan pelbagai keunikan. Dari temple yang menarik, taman-taman (seperti Ueno park &  dan kota yang serba moden. Peluang baik juga bagi mereka yang ingin mencari "gadget" yang terbaru dengan harga yang menarik di Hakiabara. 

HARI KETUJUH
 

TOKYO - KUALA LUMPUR

Sedar tak sedar, selesai sudah pengembaraan kita di Jepun, flight akan berangkat lewat petang. Jadi awal pagi kita ada ruang masa untuk kita menghabiskan baki duit yen yang ada. Mungkin untuk membeli sedikit cenderahati sebagai kenangan kembara kita. Pastinya cenderamata terbaik adalah kenangan manis yang di abadikan didalam foto-foto perjalanan ini. Jangan risau setiap foto yang di ambil oleh kapten kami akan kami berikan anda. Cenderamata teristimewa dari Rarecation

MAKLUMAT PERJALANAN

KENDERAAN

Kenderaan utama kita adalah kereta api. Japan Railway pass akan di berikan untuk perjalanan kita ini. Jangan risau Japan Railway pass kita sah untuk penggunaan selama 7 hari, sesuai untuk kembara kita

PENGINAPAN

Penginapan di Jepun, kita akan menginap di Homestay. Rasakan pengalaman unik menginap di rumah Jepun, seperti rumah Nobita dan Doraemon.  

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf