UMRAH 

Menelusuri Ibrah Disebalik Ibadah

ATURCARA PERJALANAN

20 Nov - 1 Dis 2019

4 - 15 Dis 2019

18 - 29 Dis 2019

15 - 26 Jan 2020

5 - 16 Feb 2020
18 - 29 Mac 2020

 

12 HARI 10 MALAM

Harga yang di tawarkan merangkumi harga tiket penerbangan, pengangkutan, penginapan, dan mutawif dari Rarecation yang akan membawa jemaah semua dalam perjalanan ini.

HARGA SETARA DENGAN BIASA TETAPI BAGI SETIAP 8 JEMAAH, KAMI TUKARKAN KEUNTUNGAN KESELURUHANNYA MENJADI TIKET DAN PAKEJ UNTUK SEORANG ANAK YATIM/ASNAF DAI RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN

Terhad kepada 40pax sahaja.

PAKEJ

1. Penerbangan pergi Kuala Lumpur - Jeddah dan balik Madinah - Kuala Lumpur
2. Tiket penerbangan kelas ekonomi

(Saudi Airlines)

3. Hotel Mekah: Mira Saha @ setara

    Hotel Madinah: Fairoz Syattah @ setara

    dalam jarak kurang 350m dari masjid

4. Visa Umrah (kali pertama)

5. Kain ihram (sepasang) dan telekung
6. Takaful Berkelompok

7. 4 Jenis Beg

(Beg Troli 24", Beg kanvas, beg selipar & Beg Sandang)

8. Buku panduan umrah

9. Makan di hotel

10. Khidmat jurugambar profesional

11. Bimbingan sepanjang umrah

12. Khidmat mutawif dan krew pembantu

13. 3 kali umrah

14. Ziarah dalam dan luar

15. Pengangkutan disediakan

16. Air zam-zam 5 liter seorang

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

4. Caj Tambahan Bagasi

5. Lain-Lain Kos Lawatan Yang Tiada Di Dalam Aturcara

Tertakluk kepada terma dan syarat

harga

HARGA UMRAH

LOW SEASON (SEPT, OCT, JAN, FEB)


RM 7,050 / pax (4 Sebilik)
RM 7,650 / pax (3 Sebilik)
RM 7,950 / pax (2 Sebilik)

KANAK-KANAK (2-12 TAHUN)

RM 6,550 / pax

INFANT (0-1 TAHUN)

RM 1500 / pax

PEAK SEASON (NOV, DEC, MAC, APR)


RM 7,950 / pax (4 Sebilik)
RM 8,550 / pax (3 Sebilik)
RM 8,950 / pax (2 Sebilik)

KANAK-KANAK (2-12 TAHUN)

RM 7,450 / pax

INFANT (0-1 TAHUN)

RM 1500 / pax

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej, hotel dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan.

Kelulusan visa adalah tertakluk kepada kedutaan Arab Saudi, sila semak info terkini bersama pegawai kami.

MAKLUMAT PERJALANAN

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

Jemaah berkumpul di KLIA

- group check in dan bagasi.
- urusan tag bagasi
- semua beg jemaah disusun di kaunter K13 

 

 

Kita akan berlepas ke Madinah dari KLIA.

HARI KEDUA

Pada sebelah pagi kita akan adakan perkongsian Dhuha dan sesi taaruf di antara peserta. Di sinilah keakraban dan keserasian seluruh Jemaah diikat dengan kasih sayang kerana Allah dan Rasulullah.

Sesi Taaruf adalah program WAJIB untuk mengeratkan lagi hubungan sesama jemaah. Percayalah inilah kunci kepada ukhuwah kita. Dari sinilah bermulanya ikatan kekeluargaan untuk kita pulang nanti sebagai sebuah keluarga besar.

Jangan lupa tips parenting yang bakal kita kongsikan.

HARI KETIGA

MADINAH
Hari ini kita akan keluar menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Bazaar kurma.

Antara lokasi yang bersejarah untuk kita ambil pelajaran adalah lawatan ke Muzium keretapi Sultan Abdul Hamid II, dibina ketika kerajaan Uthmaniyyah. Landasan kereta api ini bersambung terus hingga ke Istanbul, tapak kerajaan Turki berpusat.

JABAL UHUD

Jabal Uhud adalah Jabal yang terpanjang di madinah, memiliki banyak bukit, letaknya didalam batas tanah Madinah sebelah utara yang membentang dari timur hingga barat.

Jabal Uhud ini menjadi saksi para Syuhada Uhud yang syahid di peperangan Uhud. Nabi saw memerintahkan agar para syuhada’ Uhud dimakamkan di lapangan tempat terjadinya pertempuran, dimana dua atau tiga orang dikubur dalam satu liang. Kuburan ini dekat dengan jabal Rumat, dan menziarahinya adalah sunnah.

Para Syuhada Uhud diantaranya adalah:

 
  1. Hamzah bin Abdul Mutholib r.a

  2. Abdullah bin Jahsy r.a

  3. Mushab bin Umair r.a

  4. Handzolah bin Abi Amir r.a

MASJID QUBA'

Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina di dunia dalam sejarah Islam Syariat Nabi Muhammad SAW . Ia dibina oleh Baginda Nabi SAW sendiri bersama-sama para sahabat sebaik Nabi Muhammad SAW tiba, ini bermakna sehingga hari ini bersamaan usia masjid berkenaan 1439 tahun Hijrah.

Masjid Quba dengan persekitaran terpencil di Madinah, merupakan masjid tertua di dunia. Batu asas pertamanya yang di laksanakan oleh Nabi Muhammad SAW pada waktu tiba Hijrah dari Kota Mekah ke Madinah,.

 

Nabi Muhammad SAW dipercayai berada di masjid Quba lebih dari 20 malam selepas tiba dari berhijrah dan sambil menunggu ketibaan Khalifah Ali RA dari Makkah membawa berita dari sana

STESEN KERETAPI HIJJAZ

Tempat yang mungkin jarang diziarahi jemaah umrah Malaysia. Padahal letaknya hanya sekitar 1 km ke selatan Masjid Nabawi. Tepatnya di jalan masuk al Anbariyah. 

Tempat ini merupakan salah satu peninggalan khalifah Turki Usmani ketika menguasai Hijjaz (1517-1915). 

 

Bangunan dengan gaya arkitek Uthmaniah, sebelumnya merupakan stesen kereta api, sebelum beralih fungsi menjadi muzium Al Madinah Al Munawwarah. 

HARI KEEMPAT

Hari terakhir kita di Madinah, sebelum check out kita membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Masjid Bir Ali untuk miqat.

Perjalanan menaiki bas ke kota Mekah mengambil masa dalam 5-6 jam. Jemaah akan diberikan tausiah dan sentiasa diperingatkan supaya fokus kepada ibadah umrah yang bakal ditunaikan.

Lafaz talbiah dilaungkan bersama penuh syahdu.

HARI KELIMA

MEKAH – UMRAH PERTAMA
Selesai check in hotel Mira Ajyad dan urus diri, kita menunaikan umrah pertama dibimbing mutawif bersama seluruh jemaah. Kebiasaannya kita akan sampai pukul 9.00 malam dan akan pergi Masjidil Haram untuk tunaikan ibadah wajib pada pukul 11.00 malam dan selesai sekitar jam 2.00 pagi.
 
Selesai umrah jika akan pergi bertahulul berjemaah bersama kumpulan lelaki. Jemaah wanita boleh bergerak pulang ke Hotel untuk berehat dan bersiap untuk bersahur.

HARI KEENAM

Selesai perkongsian dhuha, kita akan bersiap-siap untuk mendapat tempat untuk solat Jumaat. Kena masuk awal sekurangnya 2 jam sebelum azan Zohor kita sudah mengambil tempat untuk berada di depan mimbar.

Sambil menunggu waktu solat, kita boleh berkongsi perasaan dan pengalaman umrah di depan Kabaah, Biasanya keadaan di depan kaabah sudah padat kerana penuh dengan masyarakat Arab tempatan yang tidak mahu melepaskan peluang menunaikan solat Jumaat dan tawaf sunat.

CSR DI PUNCAK JABAL NUR

Malamnya selepas terawih kita akan keluar mendaki Jabal Nur bagi yang mahu melihat sendiri tempat Nabi Muhammad bertahanut di Gua Hirak. Rasai sendiri pengalaman dan perasaan bagaimana mendaki bukit sebagaimana Rasulullah dan Siti Khadijah mengalaminya. Satu pelajaran besar bagi yang mahu mencari ibrah di sebalik turunnya wahyu Iqra’.

INI ADALAH ZIARAH PILIHAN bagi jemaah yang berhajat untuk pergi merasai sendiri pengalaman di puncak Jabal Nur dan bersama-sama kami dalam program CSR Gua Hirak.

Sampah yang berjaya dikutip sepanjang kami menuruni dari puncak Jabal Nur hingga ke kaki bukit.

Selesai ziarah di Jabal Nur, kita akan pulang ke hotel untuk sahur dan bersiap menunaikan solat subuh di Masjid.

HARI KETUJUH

Selepas solat subuh kita akan berkumpul di masjid untuk sesi perkongsian dhuha. Disampaikan oleh kalangan warga prihatin yang akan berkongsi tentang sejarah dan jatuh bangun  Islam. Bagaimana sirah nabawi menjadi satu pendidikan penting di dalam pembangunan sebuah keluarga dan hubungannya dengan sejarah pembinaan Baitullah oleh Nabi Ibrahim.



Perkongsian tips parenting ini akan memberikan penekanan kepada kefahaman al-quran dan sunnah. Hari ini acara bebas bagi Jemaah untuk menunaikan ibadah sunat. Bagi yang mahu menunaikan umrah sendiri, maklumkan saja pada pembimbing kami.

 

Hari ini Jemaah diberikan kebebasan untuk beribadah dan beriadah sekitar Mekah. Tetapi taqwim kuliah dhuha tetap berjalan seperti biasa. Pengisian kuliah dhuha merupakan satu pendidikan wajib dengan perkongsian ilmu diterapkan supaya ibadah umrah kita difahami dengan jelas antara ritual dan actual.

HARI KELAPAN

Pada hari ini akan mulakan ekspedisi ziarah luar pertama dengan melawat lokasi bersejarah dan sekitar tempat-tempat ibadah manasik haji. Bermula dengan lawatan ke Jabal Tsur melihat kesan sejarah Rasulullah meninggalkan kota Mekah bersama Abu Bakar dan bersembunyi di Gua Tsur.

 

Seterusnya kita akan ziarah Jabal Rahmah di Arafah. satu tempat penuh sejarah menggamit saat Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir baginda. Juga akan melawat lokasi manasik haji untuk kita melihat sekitar kawasan Muzdalifah dan Mina, pastinya mendorong semangat kita untuk menunaikan ibadah haji suatu hari nanti.Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah

GUA TSUR

Tempat bersejarah ini ialah sebuah gunung di yang terletak di tanah rendah Makkah yang menjulur ke selatan daerah Misfalah.

Gunung ini juga terletak kira-kira 4 km kesebelah selatan Masjidil Haram. Tinggi gunung dari aras laut adalah 748 meter, manakala dari aras bumi tingginya 458 meter.

Gua Thur banyak menyimpan sejarah pahit getir Rasullullah dalam menyebarkan dakwah Islam ke seluruh umat manusia. Dalam kisah Hijrah Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah.

HARI KESEMBILAN

ZIARAH PILIHAN

Kira-kira 1,400 tahun lalu, Taif telah mencatatkan episod duka terhadap usaha dakwah Nabi Muhamad (SAW) apabila Baginda dan sahabatnya Zaid bin Harithah menerima layanan buruk apabila berkunjung ke kota ini dari Mekah. Bukan sahaja usaha dakwah Baginda ditolak, malah Baginda telah dihina dan disakiti iaitu dilontar dengan batu oleh penduduk Taif sehingga cedera.

Ikuti pengembaraan ke Kota Taif bersama kami.

HARI KESEPULUH

Selepas solat subuh kita akan berkumpul di masjid untuk sesi perkongsian dhuha. Disampaikan oleh kalangan warga prihatin yang akan berkongsi tentang sejarah dan jatuh bangun  Islam. Bagaimana sirah nabawi menjadi satu pendidikan penting di dalam pembangunan sebuah keluarga dan hubungannya dengan sejarah pembinaan Baitullah oleh Nabi Ibrahim.

Perkongsian tips parenting ini akan memberikan penekanan kepada kefahaman al-quran dan sunnah. Hari ini acara bebas bagi Jemaah untuk menunaikan ibadah sunat. Bagi yang mahu menunaikan umrah sendiri, maklumkan saja pada pembimbing kami.

HARI KESEBELAS

Bukan semua travel Umrah dari Malaysia yang mengadakan program ini. Dan jika adapun, penganjur hanya membawa jemaah ziarah ke Masjid Hudaibiyah untuk mengambil miqat Umrah yang sebelum itu jemaah dibawa singgah terlebih dahulu ke ladang Unta. Ini kerana lawatan ke Muzium Haramain memerlukan permit khas dan ianya sukar diperolehi. 

 

Hudaibiyah ialah lokasi penting dalam sejarah Islam yang mencatatkan kemenangan Islam dengan Pembukaan Semula Kota Suci Makkah bertitik tolak dari berlakunya peristiwa Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum kafir Quraish di Makkah

HARI KEDUA BELAS

Hari terakhir kita di Mekah, sebelum check out kita membuat tawaf wada’ kemudian berangkat ke Airport Jeddah.

Dalam perjalanan kita akan singgah sebentar di bersiar-siar di sekitar kota Jeddah bagi melakukan ziarah terakhir.

Perjalanan hanya mengambil masa sekitar sejam setengah dari Masjidil Haram untuk sampai ke Airport Jeddah.

Kita dijangka sampai KLIA keesokkan harinya.

Untuk mendapat maklumat lanjut sila hubungi kami melalui whatsapp/telegram/call talian
 
019-2536474 (Ustaz Shauqi) / 013-249 5462.(Syibli)

Itinerari ini mungkin berubah untuk kebaikan semua. 
 
Umrah anda kebajikan kami.

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf