Pengalaman seminggu hidup sebagai Londoner bersama Saiful Nang (HANYA 20 ORANG SAHAJA)

LONDON 

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - LONDON

Penerbangan kita menuju ke London dari Kuala Lumpur

Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 16-18 jam termasuk masa transit. InsyaAllah jika tiada aral kita akan melalui transit yang menarik di Istanbul. Cuma untuk perjalanan pergi, kita akan rancang untuk terus ke London tanpa transit yang panjang. Bukan apa, kita tak mahu traveler semua dah shopping sampai tergolek di Istanbul dan nak bawa barang-barang shopping ke London pula ampai excess baggage. On the way balik, insyaAllah kita menyinggah lama. InsyaAllah dari pagi sampai ke malam kita boleh merayau di Istanbul. 

Setibanya di London kita akan terus ke apartment kita dengan menaiki underground transport yang terkenal di London. Nikmati bau London bagi mereka yang pertama kali tiba di kota 7 juta manusia ini. InsyaAllah selepas check-in kita dah boleh bertaaruf berkenalan antara satu sama lain. Kalau ada yang masih tidak mengantuk bolehlah jalan-jalan ambil angin luar apartment melihat Kota London. Nak masak, belum ada apa lagi bahan nak dimasak kecuali yang ada bawa stok Maggi atau Ramen. 

  • Facebook Basic Black
  • Black Instagram Icon

RM 2490 / Pax

(1-23 BULAN)

RM 7388 / Pax

(2 - 11 TAHUN)

RM 7490 / Pax

(COUPLE)

RM 7790 / Pax

(SINGLE)

10H
9M
PILIH TARIKH ANDA SENDIRI
 

Jika anda mempunyai peserta seramai 15 orang, anda boleh memilih untuk pergi pada tarikh yang anda pilih sendiri. Jika anda mempunyai kurang dari 15 peserta kami akan membantu anda untuk mencari peserta pada tarikh yang anda pilih. Kami berupaya menguruskan pelbagai trip dari yang bajet sehingga ke sewaan jet mewah. 

10 - 19 May 2017

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - London pergi balik (transit)

2. Kose pengangkutan darat

3. Penginapan Apartment 

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan (kita masak, lebih menarik yang meyakinkan)

2. Lokasi berbayar / tiket

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

ATURCARA PERJALANAN

HARI KEDUA

LONDON 

Pagi ini mesti kebanyakan kita akan terjaga awal dari tidur kerana masih jetlag. Jangan buang masa, seawal jam 5 pagi kita bertolak ke Billinggate Market di kawasan berhampiran Canary Wharf. Kita beli ikan, ketam yang teringin nak menggulai salmon juga tak mahal di pasar ini. Pasar ini banyak menjual ikan segar. Setakat ikan lobster boleh senyum sahaja dia jual 5 pound. Balik ke apartment kita sambil-sambil makan angin di London. Tapi selepas hantar ikan, ayam semua ke apartment kita lunch sama-sama kemudian akan bersiar-siar di Westminster Abbey, Parliament House, Big Ben sambil menikmati sunset di Tower Bridge sambil kita menghirup kopi panas di kedinginan cuaca mendung London. 

Ya London ada 4 musim yang luarbiasa. Musim panas, mendung, hujan dan selepas hujan. Ini joke mereka, yang tak faham it sokay :) Selepas itu, kita pulang ke apartment untuk masak makan malam sambil yang tidak penat boleh menyembang dengan Saiful Nang. He got stories to tell and you may ask anything to him or he will ask you with a lot of questions. Tidur cepat malam ini kerana esok ada tempat menarik nak pergi. 

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

HARI KETIGA

CAMBDRIDGE

Kita akan bertolak awal pagi dari Stesyen Victoria coach terminal menaiki bas National Express untuk ke Cambridge. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam sehinggalah kita ke tempat paling nostalgic Kapten kita Saiful Nang iaitu di Drummer Street Bus Stop. Inilah tempat kali pertama beliau bertentang mata dengan isteri beliau Dr. Intan yang pada ketika itu tiba-tiba ada macam effect angin sepoi-sepoi dan siap backlight macam filem Hindustan dengan daun maple berguguran tak tahu datang dari mana. 

Dari Drummer street kita memulakan perjalanan dengan kaki. Ya, Cambridge ini selesa untuk kita explore dengan berjalan kaki. Kita akan jelajas masuk ke pekan paling membuatkan kita terasa macam Professor sahaja. Jika bernasib baik, kita boleh jumpa Sir Stephan Hawking semasa dia minum kopi setiap tengahari di cafe yang Kapten tahu di mana. Banyak yang menarik di Cambridge termasuk punting seperti gambar di atas melalui Sungai Cam yang cantik dan bersih melalui kolej-kolej klasik ratusan tahun umurnya seperti St. John, Trinity, King's dan banyak lagi. Kalau nak tengok pokok Apple terkenal Sir Isaac Newton juga boleh tengok. Walaupun orangnya dah tak ada, pokok tu juga lanjut usia. Tahukah anda, rumput di kolej ini dipantangkan untuk dipijak kecuali semasa convocation. Kita nikmati aiskrim sedap tepi Sungai Cam sambil memerhati pemandangan yang sangat cantik.

Puas berjalan, kita ke Drummer Street semula untuk ambil bas pulang ke London. Sampai di London kita siapkan dinner dan terus tidur. Esok kita sambung untuk jadi orang London. 

HARI KEEMPAT

LONDON

Jika tiada perubahan dalam perancangan, insyaAllah hari ini jatuh pada hari Jumaat. Kita akan solat di kawasan berhampiran Regeant Park. Yang avid fan Princess Diana di sini ada kenangan mendiang. Makan tengahari di Malaysian Hall, shopping di Trafalgar, Mayfair, Covent Garden, Harrod's, Oxford Street bolehlah dibuat di sini. Hari ni hari kita betul-betul jadi orang London. Dah penat kita menapak turun dan naik train kita pulang ke apartment untuk sessi perkongsian dan makan malam. Sessi makan malam biasanya sessi paling meriah sekali kerana itulah dimana bonding terhasil antara rakan-rakan baru yang sebelum ini berlaga bahupun rasa nak tumbuk. Tapi bila dah kenal, jadi lain macam pula bonding dia.  

HARI KELIMA

LONDON

Pagi ini kita kena bangun awal. Jika bangun lambat memang banyak melepas. Tapi hari ini semua bergantung kepada nasib kerana kita akan ke CAR BOOT SALES. Setakat kasut Ben Sharman boleh dapat harga GBP5 dan jacket kulit Hugo Boss boleh dapat GBP10 dan t-shirt dan banyak barang-barang terpakai termasuk koleksi komik yang rare boleh selamba dijual dengan harga GBP1. Tapi ikut nasib kerana carboot sales ini ialah cara orang UK nak dispose barang-barang lama mereka yang masih berguna. Rumah mereka kecil walaupun kaya, so semasa carboot sales ini kita boleh nampak ada yang kereta mewah juga buka boot jual barang murah-murah setakat nak letgo taknak menyemak rumah. TAPI KENA DATANG AWAL. Carboot di UK bukan macam di MAEPS Serdang tau yang cadar koyak pun orang nak jual juga. Kebanyakan barang di Carboot sales London mint condition (Nora Danish)

Kemudian selesai menangkap di Carboot Sales. Pulang semula ke apartment untuk makan tengahari sebelum kita keluar jalan-jalan di London pula. Kali ini kita bawa bagi yang berminat nak ambil gambar dengan Queen Elizabeth, Barrack Obama (kemungkinan Trump pun ada) kita akan ke Madam Tussod juga merasa terbang di awan London dengan ride London Eyes (ada entrance fees). Selain itu kita explore lagi London dan yang businessman ikut saya kita explore peluang perniagaan dan idea perniagaan. Yang nak bersiar-siar kita boleh juga jika sempat ke Abbey Road dan bergambar di situ ala-ala The Beatles. 

HARI KEENAM

OXFORD OR SURPRISE!

Hari ini hari yang secara tentative kita akan ke Oxford University. Apapun, kita mungkin akan tukar plan kerana antara Cambridge dan Oxford banyak persamaan. Jom kita cari sesuatu yang lebih rare. Macammana dengan idea ke Isle of Wight? Tapi jika pergi sini, bukan sekadar kena turun ke Southampton di jetty Jack Dowson dan Rose bertemu semasa pelayaran Titanic. Tetapi kita juga akan belayar dengan ferry ke Island itu. Island ini cantik dan ramai orang tua yang stay sini. Macam kampung jugalah. Apapun, since Rarecation ialah trip yang sangat dinamik, kita akan bincangkan beberapa pilihan untuk mengisi hari ini. Menarik kan

HARI KETUJUH

Hari ini hari akhir kita jadi orang London. Last kepada sesiapa nak tengok teater, nak shopping, nak jalan-jalan di Chinatown, nak golek-golek di Hyde Park yang dah tumbuh macam-macam bunga. Hari akhir ini kita santai-santai dan jangan lupa hari akhir di London, biasanya Kapten akan buat "Captain's Night". Kita tunggu sahaja dahulu apa yang Kapten akan buat. Biasanya jika di Europe tempohari, dia memasak special. Di West Australia ada tangkap ketam dan gulai lobster juga speech beliau yang buat orang teringat-ingat dengan pelbagai pepatah baru seperti "In every trip there must be an asshole, deal with it as we will die soon if we live without an asshole. Asshole is good". Bagi yang faham akan faham, yang tak faham akan join juga orang yang faham gelak guling-guling. Yes true. Tak tipu. 

Berkumpul semula untuk makan malam terakhir kita di London. Packing esok boleh lagi kalau nak jalan-jalan lagi. Flight juga kita akan ambil esoknya flight yang sedikit lewat kerana akan bajet untuk tiba di Istanbul awal pagi supaya ada masa untuk transit 15 jam supaya kita boleh bersiar-siar di Istanbul pula. 

HARI KELAPAN

LONDON - ISTANBUL 

Farewell London kita akan jumpa lagi. Thank you for being nice to us. InsyaAllah kita akan berlepas dengan penerbangan Turkish dan transit kita di Istanbul. Kita mungkin berlepas lewat petang atau awal malam untuk tiba di IStanbul pada awal pagi. 

HARI KESEMBILAN 

ISTANBUL

Awal bagi kita bangun dari penerbangan London Istanbul, kita dah berada di bumi Turkey. Kita tidak check-out luggage kita yang besar-besar sebaliknya kita keluar berlenggang untuk merasai nikmat berjalan-jalan di Istanbul. Bagi yang nak merasa naik cruise Bosphorus, yang shopping di Grand Bazaar, ke Sultanahmet Mosque, Galata, atau nak shopping di Taksim. Kita akan membawa haluan masing-masing. Jika tiada haluan masing-masing, ikutilah haluan ke mana kapten akan pergi. Biasa kapten akan pergi tempat cantik yang tak perlu bayar tiket dan tempat MAKAN! 

Menarik kan? Let's get lost in Istanbul kerana kita akan balik semula ke airport untuk penerbangan malamnya terus ke Kuala Lumpur. 

HARI KESEPULUH

KLIA

Hari ini kita kembali ke realiti kehidupan semula sebagai orang Malaysia dan bukan orang London lagi. 10 hari berlalu dengan pantas dan ketika ini kita akan rasa bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia dengan negara yang aman pimpinan perdana menteri yang sangat zuhud, jujur, bersih, cekap dan amanah. Apapun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik bawa emas negeri orang itu ke negeri sendiri. 

Semoga bertemu kembali seperti majoriti peserta-peserta Rarecation sebelum-sebelum anda. 

MAKLUMAT PERJALANAN

KENDERAAN

Di London kita akan menggunakan pengangkutan awam seperti underground (tube) dan juga above ground train. Untuk intercity kita menggunakan bas serta untuk seberang laut tiada pilihan untuk kita menggunakan ferry. Di Istanbul juga seluruh perjalanan menggunakan pengangkutan awam. Jika mahu feel macam local, kenalah ride macam local juga. 

PENGINAPAN

Kita tidak menginap di hotel 5 bintang kerana pada Rarecation itu ialah anti-social. Kita akan menyewa beberapa unit apartment yang mencukupi untuk keluarga, pasangan dan solo traveler juga. Biasanya kami ambil apartment yang cozy seperti dalam foto ini, lengkap dengan kitchen dan berhampiran dengan train station bagi memudahkan kita untuk bersiar-siar di seluruh London. Orang London tak macam kita, bila ditanya jarak mereka jawab dalam ukuran masa. Anggap sahaja jika dia cakap 5 minit itu bermakna untuk kita 15 minit kerana mereka jalan kaki dah biasa, kita ni bangsa yang nak pergi kedai depan rumahpun kita start kereta. Kan?

Keselesaan, kebersihan, privasi semua keutamaan dalam pemilihan apartment. 

SPECIAL APPEARANCE : KAPTEN SAIFUL NANG
 

Satu lagi yang menarik dalam trip kali ini SAHAJA ialah kapten yang akan mengepalai trip ini ialah Kapten Saiful Nang. Tidak asing lagi dengan pengalaman yang luas dalam pengembaraan cara orang muda atau cara yang lebih menarik lagi. 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf