LOMBOK

Pulau yang masih terpelihara
26 - 30 Ogos 2017
13 - 17 Sept 2017
5H
4M
PILIH TARIKH ANDA SENDIRI
 

Jika anda mempunyai peserta seramai 15 orang, anda boleh memilih untuk pergi pada tarikh yang anda pilih sendiri. Jika anda mempunyai kurang dari 15 peserta kami akan membantu anda untuk mencari peserta pada tarikh yang anda pilih. 

ATURCARA PERJALANAN

HARI PERTAMA
 

KUALA LUMPUR - LOMBOK - TANJUNG ANN

Penerbangan kita dari Kuala lumpur ke Lombok tidak lama, cuma sekitar 3 jam sahaja. Destinasi pertama kita pada hari ini adalah Tanjung Ann. Pantai dengan pasir putih di selatan lombok. Hari pertama ini kita menikmati keindahan matahari terbenam di pantai indah ini. Ada rezeki kita boleh melihat nelayan dan anak anak kecil bermain di pantai. Jangan terkejut jika kita sahaja yang berada di sini, pantai ini belum lagi di komersialkan

HARI KEDUA
 

TANJUNG ANN - PANTAI AWANG - PANTAI SEMETI

Seawal pagi kita nikmati dahulu keindahan matahari terbit di pantai tanjung ann, sebelum kita ke kampung nelayan di pantai awang. Di kampung nelayan ini kita boleh melihat kehidupan nelayan yang masih terpelihara, kelihatan anak-anak kecil berenang seperti ikan di bot nelayan. Petang pula kita meneroka sebuah pantai yang menjanjikan pemandangan ala-ala Iceland. Pantai Semeti yang tersorok dan terpelihara, pasti menjadi igauan buat anda

HARI KETIGA


KAMPUNG GEROPOK - TANJUNG ANN - SENGIGI - PANTAI NIPAH

Pagi ini kita ke kampung Geropok, kampung ini merupakan tempat penternakan Lobster juga menjadi lokasi surfer untuk ke tengah laut melayan laut. Jika berminat kita boleh ke tengah laut menaiki bot nelayan dan mendapatkan Lobster dengan harga yang sangat berpatutan. Petang kita menuju ke Sengigi, lokasi penginapan kedua untuk kembara kita di lombok. Petang kita nikmati seafood di tepi laut bersama kelapa segar sambil menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam di pantai nipah

JADUAL PERJALANAN

HARI PERTAMA

Kuala Lumpur - Lombok - Tanjung Ann

HARI KEDUA

Tanjung Ann - Pantai Awang - Pantai Semeti 

HARI KETIGA

Kampung Geropok - Tanjung Ann - 

Sengigi - Pantai Nipah

HARI KEEMPAT

Sengigi - Air Terjun Sendeng Gile -

Air Terjun Tiu Kelep

HARI KELIMA

Lombok - Kuala Lumpur

DAFTAR SEGERA

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

Kuala Lumpur - Lombok

2. Pengangkutan untuk 5 hari

3. Penginapan (Hotel 3 bintang)

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

RM 2850 / Pax

(SINGLE)

RM 2500 / Pax

(2 - 11 TAHUN)

RM 1500 / Pax

(0-1 TAHUN)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

RARE
KATEGORI TRIP

HARI KEEMPAT
 

SENGIGI - AIR TERJUN SENDENG GILE - AIR TERJUN TIU KELEP

Kemuncak kembara kita, rasakan derusan air terjun setinggi bangunan 5 tingkat, kejernihan air bukit. Peluang baik bagi yang berminat untuk membuat selfie di dalam air. Jangan lupa bawa handphone kalis air dan go pro. Sediakan pakaian yang sesuai, kita akan mandi di sini. Perjalanan agak mencabar sikit, trekking dalam 1 km ke dalam. Air terjun ini datang dari puncang gunung berapi Rinjani

HARI KELIMA
 

LOMBOK - KUALA LUMPUR 

Sedar tak sedar, selesai sudah pengembaraan kita di Lombok, flight kita dijangka berangkat lewat petang. pagi kita boleh berjalan ke gili trawangan berbasikal di sekeliling pulau kecil ini. Tetapi ini pilihan, berbincang sahaja dengan kapten kami, kita boleh berjalan mengikut kesesuaian masa kita. Pastinya cenderamata terbaik adalah kenangan manis yang di abadikan di dalam foto-foto perjalanan ini. Jangan risau setiap foto yang di ambil oleh kapten kami akan kami berikan anda. Cenderamata teristimewa dari Rarecation

MAKLUMAT PERJALANAN

KENDERAAN

Di sana kita akan menaiki coaster (van kecil) atau kereta mengikut kesesuaian kumpulan kita. Kos sewaan, pemandu dan minyak sudah termasuk di dalam pakej kami

PENGINAPAN

Penginapan di Lombok, kita akan mengginap di dalam hotel bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk 2 orang

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf