KONSEP KEMBARA RARECATION

BUKAN TRIP 5 BINTANG TETAPI PENGALAMANNYA LAGI BEST DARI 5 BINTANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Setiap Pengembaraan bersama Rarecation, akan ditemani oleh seorang Kapten yang akan mengetuai trip. Setiap daripada kapten mempunyai pengalaman mengembara yang tinggi, TEGAS, FUN, KACAK dan akan memastikan setiap peserta pulang dengan semangat kembara RARECATION

Show More
Show More

Rarecation di tubuhkan sebagai satu program kembara berkonsepkan TRAVEL BUDDIES, ianya bukanlah 1 pakej pelancongan yang hanya menghantar peserta ke destinasi dan kemudian menjual pakej tempatan. Kapten bukan terdiri dari orang tempatan yang akan bawa kita ke spot tourist tetapi kapten kita ialah EXPLORER yang tahu bagaimana untuk GET LOST dan tahu juga bagaimana nak DISCOVER NEW THINGS. Obviously bukan get lost suka-suka hati nak sesat-sesat, tetapi itu nama konsep bagaimana kita discover sebuah tempat asing dengan cara kita sendiri.

Rareation menghantar KAPTEN & KREW KHAS DARI MALAYSIA. Bukan menggunakan guide tempatan. Mengapa ? Kerana hanya orang Malaysia tahu apa yang orang malaysia mahu apabila mengembara. Ada setback bila kita hantar Kapten dan krew dari Malaysia. Kos tinggi berbanding ambil local guide yang memang sudah ada di tempat itu. Travel company biasa akan adakan 1 guide dari origin country untuk nisbah 40 orang biasanya. Jika kurang akan jadi lebih mahal. Namun kami masih tetap mahu membawa kapten kami dari Malaysia kerana kami percaya, bak kata mat salleh "From Malaysian to Malaysian"

Lokasi, aturcara perjalanan dan destinasi pilihan kami juga berkonsepkan pengembaraan dan fotografi melalui laluan yang jarang dilalui namun mempunyai keindahan yang tersimpan rapi bukan keindahan yang selalu ada dalam postcard.

 

 

Jarang sekali kita memilih untuk menginap di Hotel kerana kebiasaannya kita akan menginap di Villa, chalet, apartment , campsite atau homestay.

Mengapa ? kerana penginapan kita juga kebiasaannya di lokasi yang tersorok namun menghidangkan pemandangan yang sangat cantik dan sukar di dapati dengan pakej pelancongan biasa.

Dan yang terpenting, kerana penginapan seperti ini memberikan kita lebih banyak ruang untuk melakukan aktiviti bersama. MEMASAK ialah aktiviti berkumpulan yang FUN. Yang tangan bangku juga boleh memasak bersama sama, sedap atau tidak itu nombor 19. Nombor satu utamanya adalah KEBERSAAMAAN. Telah termaktub di dalam sejara kita akan menjadi rapat apabila kita bekerja bersama. Siapa yang kurang mahir memasak boleh masuk team memandu, team basuh pinggan dan team basuh jamban

Tidak diggalakkan untuk menyertai Rarecation jika anda tidak mahu bertoleransi, hanya mahu melancong dan tidak boleh bekerjasama. Juga tidak sesuai dengan diva yang kena layan dengan SPA, Sauna dan tak boleh kena panas dan gigitan nyamuk mahupun kene siku dengan kangaroo

Seperti Kapten Kapal terbang, kapten Rarecation juga sama kuasanya, walaupun kita bayar tiket kapa terbang business class, tapu jika kapten tidak suka dengan penumpang tersebut, kapten boleh arahkan penumpang itu keluar dari Kapal Terbang. Sama juga Rarecation, maka di sarankan janganlah terlalu diva. Kapten kita pernah menghalau Diva Da Vaas Azwani Hali (bukan nama sebenar) sebelum masuk Rarecation. Namun Kapten juga seorang yang berbudi bicara sangat tinggi dan kacak juga. Maka sentiasa berbincang berdepan tentang keinginan kita. Contoh jika ada yang teringin nak makan steak ekor Kangaroo, jika ada kuasa Kapten akan cuba cari juga

KEKUATAN KEMBARA RARECATION BUKAN TERLETAK PADA DESTINASI , "It's about the Journey not the Destination" and the best journey is when "WE STARTED AS STRANGERS, WE COME HOME AS FAMILY"

Semenjak trip pertama lagi di Hulu Langat (betul yang pertama di Hulu Langat sahaja pada 2008) sehingga kini sentiasa memfokuskan kepada KEBERSAAMAAN / PERSAUDARAAN & PERSAHABATAN

 

Kami tidak menjanjikan kembara yang sempurna. Jika di dalam pakej pelancongan biasa pun ada kelemahan, apatah lagi di dalam konsep pengembaraan seperti kami. Namun imperfection in a trip which could be perfected apabila kita semua bersatu hati. We create a great bond with each other. Ingat pesanan Prinsipal SN semasa sebelum trip ini berjalan "There are no perfect trip, but there are a lot of imperfection which we have to put together to create big beautiful pictures" no one ever seen.

THIS IS RARECATION IS ALL ABOUT, TOGETHERNESS THAT  MAKE THE JOURNEY GREAT 

Show More
Show More
Show More
Show More
Show More

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf