GREECE

Santorini - Mykonos - Aigina - Athens

ATURCARA PERJALANAN

11 - 19 Oct 2017
9H
6M
PILIH TARIKH ANDA SENDIRI
 

Jika anda mempunyai peserta seramai 15 orang, anda boleh memilih untuk pergi pada tarikh yang anda pilih sendiri. Jika anda mempunyai kurang dari 15 peserta kami akan membantu anda untuk mencari peserta pada tarikh yang anda pilih. 

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - ATHENS 

Penerbangan kita menuju ke Athens dari Kuala Lumpur bermula. Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 19-21 jam termasuk masa transit.

JADUAL PERJALANAN

HARI PERTAMA

Kuala Lumpur - Athens

HARI KEDUA

Athens - Santorini

HARI KETIGA

Santorini

HARI KEEMPAT

Santorini - Mykonos

HARI KELIMA

Mykonos - Athens

HARI KEENAM

Athens - Aigina Island

HARI KETUJUH

Athens

HARI KELAPAN

Athens - Kuala Lumpur

HARI KESEMBILAN

Kuala Lumpur

HARI KEDUA

 

ATHENS - SANTORINI

Tiba pagi di lapangan terbang antarabangsa Athens. Sesudah selesai urusan ketibaan, kita akan bersarapan dan menunggu penerbangan seterusnya ke Santorini.

 

Penerbangan dari Athens ke Santorini pada waktu petang menggunakan penerbangan dalam negeri yang memakan masa sekitar sejam dan tiba pada waktu yang tepat untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam ditelan laut Mediterranean.

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Athens - Santorini

2. Sewaan Kereta di Santorini

3. Pas pelancong untuk pengangkutan awam Athens

3. Minyak & tol sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Homestay/Hotel)

5. Insuran perjalanan

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

HARI KETIGA

SANTORINI

Kembara bermula dengan keindahan matahari pagi  di Pantai Perissa. Bersarapan pagi dengan kopi o dihembus tiupan Laut Aegean. Kita akan terus ke pantai Kamari yang hitam pasirnya dari kawah gunung berapi. Pilihan ditangan anda untuk berenang atau menyelam atau hanya menikmati teh o ais limau di pantai. Dari situ kita akan bergerak ke pekan Emborio, menyelusuri lorong-lorong kecil putih beratapkan biru yang terkenal dengan jolokan "supermodel Greece".

 

Setelah makan tengahhari, kita akan ke pekan Oia di utara Santorini. Kita akan singgah di Skaros Rock, melihat istana yang dibina diatas puncak tertinggi untuk menghindari serangan lanun (mungkin Kapten Jack Sparrow pernah singgah disini). Di Oia kita akan menikmati hembusan angin petang laut Mediteranean dan laut Aegean sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang dikatakan tercantik didunia. Malam dihabiskan dengan fish n chip serta teh tarik di tepi laut Aegean.

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

HARI KEEMPAT

SANTORINI - MYKONOS

Pagi ini kita santai sambil mencari cenderahati untuk teman yang ditinggalkan di Malaysia. Dengan berselipar merayau di kawasan pelabuhan Fira, mungkin sempat untuk menaiki tunggangan keldai turun ke pantai. Setelah check-out, kita akan bergerak ke pelabuhan Thira untuk menaiki bot ke Mykonos. Kita tiba diwaktu petang, berkesempatan menyaksikan pemandangan matahari terbenam di Lautan Aegean. Setelah makan malam, kita akan menelusuri lorong-lorong kecil dan tangga Mykonos di bawah sinaran rembulan dan limpahan cahaya bintang ditengah lautan Aegean.

RM 9280 / Pax

(SINGLE)

RM 8980 / Pax

(COUPLE)

RM 8780 / Pax

(2 - 11 TAHUN)

RM 3290 / Pax

(1-23 BULAN)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

KATEGORI TRIP
RARE

HARI KELIMA

MYKONOS - ATHENS

Menikmati cekodok sambil menikmati matahari terbit dari laut Aegean sebelum mengucapkan selamat tinggal Mykonos. Jangan dilupakan cenderahati buat yang tersayang. Selepas checkout dan makan tengahhari, kita akan bergerak ke pelabuhan Mykonos untuk menaiki cruise ferry ke Athens. Tiba di Athens pada awal malam kita terus ke penginapan untuk berehat setelah menikmati perjalanan dalam cruise ferry yang ada dek terbuka, menikmati tamparan angin laut  Aegean yang nyaman dan matahari  tenggelam di ufuk Mediterranean.

DAFTAR SEGERA

HARI KEENAM

 

ATHENS - AIGINA ISLAND

Pagi-pagi kita akan bergerak kepelabuhan untuk menaiki kapal. Kita akan belayar seharian ke Pulau Aigina, Jangan lupakan sut mandi atau terjun dengan jeans dan t-shirt. Tak ada yang peduli kerana hanya kita yang ada (kapten bot adalah, kalau tak nanti tak belayar bot tu….). Boleh bersnorkelling, mandi-manda dan berkanu seharian. Di bot pula kita akan barbeque makanan laut untuk makan tengahhari. Santai dan tenang ditengah lautan. Pulang ke Athens pada petang untuk makan malam dan berehat.

HARI KETUJUH

ATHENS 

Kita akan menyelusuri Athens dengan pengangkutan awam seperti Metro dan tram. Berkelana di Athens melawat runtuhan dan tinggalan bermitoskan Zeus, Apollo dan separa tuhan Perseus yang mengalahkan Titans seharian dan melawat asal usul tempat sukan Olimpik diasaskan dimana dikatakan Zeus beradu tenaga serta dewan asal demokrasi Akropolis yang diasaskan oleh Cleisthenes, pemimpin Athens pada tahun 507BC. Malam terakhir dihabiskan menikmati asam pedas berlatarkan Akropolis yang bercahaya indah.

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI KESEMBILAN

KUALA LUMPUR

Sedar tak sedar, selesai sudah pengembaraan kita di Greece. Tiba di KLIA pastinya kita masih termimpikan Hera dan atap biru Santorini. Cenderamata terbaik adalah kenangan manis yang di abadikan didalam foto-foto perjalanan ini. Jangan risau setiap foto yang di ambil oleh kapten kami akan kami berikan anda. Cenderamata teristimewa dari Rarecation

HARI KELAPAN

ATHENS - KUALA LUMPUR

Menikmati sarapan pagi terakhir di tanah penuh mitos sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. Masih sempat untuk meronda untuk cenderahati untuk keluarga tersayang. Setelah selaesai makan tengahhari kita akan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia yang dirindui.
 

KENDERAAN

Kita akan menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam untuk kembara di Santorini dan Mykonos. Manakala di Athens dengan tourist pass yg khas untuk pelancong asing dan kita akan menikmati akses tanpa had untuk pengangkutan awam.

Untuk ke pulau-pulau di gugusan Cyclades pula kita akan menggunakan penerbangan domestik dan juga ferry cruise yang selamat dan stabil.

PENGINAPAN

Penginapan pilihan kita adalah Homestay (Apartment/Banglo) yang dilengkapi dengan dapur yang lengkap untuk kemudahan memasak atau hotel yang bersamaan.

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf