SAFARI DI MUSIM THE GREAT MIGRATION

EDISI TANZANIA

Pengembaraan menyaksikan migrasi haiwan di benua Afrika teragung di dunia.

ATURCARA PERJALANAN

20 Aug - 31 Aug 2019

11 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Kilimanjaro

Day 2 : Kilimanjaro - Arusha

Day 3 : Arusha - Tarangire

Day 4 : Tarangire - Seregeti

Day 5 : Serengeti

Day 6 : Serengeti

Day 7 : Serengeti - Ngorongoro

Day 8 : Ngorongoro Crater

Day 9 : Lake Manyara - Arusha

Day 10 : Arusha - Zanzibar Island
Day 11 : Zanzibar Island
Day 12 : Zanzibar - KL

PAKEJ

PAKEJ FULL BOARD TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Kilimanjaro
2. Penerbangan Kilimanjaro - Zanzibar Island

2. Kenderaan 4x4 Land Cruiser

3. Penginapan (Lodge / Campsite)

4. Insuran perjalanan**

5. Vest Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

8. Makanan Halal sepanjang perjalanan


PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Belon panas di Serengeti

2. Lokasi berbayar
3. Vaksin
4. Makanan Tambahan
5. Tips / Token untuk local Guide

6. Perbelanjaan peribadi


Tertakluk kepada terma dan syarat

**Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

PENYERTAAN MAKSIMA : 13 ORANG

 

RM 32,500 / pax ( Single)

RM 32,200 / pax ( Couple )

GROUND

RM 27,500 / pax (Single)

RM 27,200 / pax (Couple)

WARGA SINGAPURA

SGD 10,850 / pax ( Single)

SGD 10,750 / pax ( Couple )

GROUND

SGD 9,200 / pax (Single)

SGD 9,100 / pax (Couple)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

harga

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - KILIMANJARO

Pengembaraan akan bermula menuju ke Kilimanjaro Int Airport, Tanzania dari Kuala Lumpur.

Keseluruhan perjalanan akan mengambil masa 16 jam termasuk transit.

HARI KEDUA

ARUSHA

Setiba sahaja kita di Arusha, kita akan dijemput oleh pemandu pelancong dan bergerak ke bandar Arusha.

 

Bandar Arusha merupakan bandar kedua terbesar di Tanzania yang menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kilimanjaro.

 

Bandar ni betul-betul di bawah Gunung Meru, yang juga sebahagian daripada Great Rift Valley.

Hari ini menginap di Arusha, dan malam ini kita akan bersuai kenal dengan semua peserta, briefing keselamatan sebelum memulakan ekspedisi hari esok.

ARUSHA - TARANGIRE

Selepas sarapan pagi, kita akan check-out dan meneruskan perjalanan ke Tarangire National Park.

Musim pada bulan ini panas dan kering pastinya sangat menakjubkan dari segi haiwan liar dan juga pemandangan. Pancaran ke atas tanah Tanzania menghasilkan pemandangan seakan-akan kemerah-merahan seperti yang selalu kita nampak di dalam tv, ada pula silhouette pokok-pokok akasia dan haiwan-haiwan liar, semestinya mempersona.

Tarangire mempunyai pelbagai diversiti haiwan liar dalam kelompok, macam Wildebeest, Zebra, Buffalo, Impalas, Gazelle, Heart Beast dan Eland. Semua berkumpul di punca air yang semakin surut.

Ada juga gajah, dan haiwan pemangsa seperti Singa, Leopards, Cheetah dan Hyena.

Hari ini kita akan menjelajah seharian di Tarangire, selagi boleh kita cuba untuk tick checklist Big 5 kita dalam satu hari!

Malam ini kita akan menginap di kawasan Taragire National Park.

HARI KETIGA

HARI KEEMPAT

TARANGIRE - SERENGETI

Selepas sarapan pagi, kita akan ke Serengeti National Park melalui Olduvai Gorge.

Semestinya Park ini sangat terkenal dengan migration Wildebeest. Sambil-sambil tu, boleh juga kita lihat pemangsa macam Singa dan Hyena mengambil kesempatan untuk isi perut mereka.

Haiwan lain macam Zirafah, Zebra, Impala, Heart Beast, Buffalo, dan Baboon banyak di Taman Negara ni, sampai dah jadi mainstream. Kalau minat dengan burung pun sangat sesuai menjelajah di Serengeti ni.

 

Kalau nak cakap Big 5, petik jari je InsyaAllah ada rezeki kita dalam masa 3 malam di sini.

Makan tengahari kita dalam perjalanan, dan makan malam serta menginap di kawasan utara Serengeti National Park.

HARI KELIMA

SERENGETI

 

Pagi ini kita akan melakukan full-day game drive di Serengeti. Misi utama mencari Big-5 dan Big Cats yang lain macam Singa, Leopards, dan Cheetah.

InsyaAllah hari ini kita doa banyak-banyak supaya kita dapat menyaksikan the Greatest Wildlife Show on Earth ataupun dikenali sebagai The Great Wildebeest Migration sepanjang Mara River.

Hari ini kita akan makan tengahari di Mara River sambil relaks, relaks tengok migration.

Malam ni kita akan tidur di penginapan yang sama di utara Serengeti

HARI KEENAM

SERENGETI

Pagi ni kita perlu packing, kita akan check out untuk ke penginapan di bahagian Central Serengeti National Park.

Tanpa perlu berlengah, kita akan teruskan game drive dalam misi ke bahagian Central Serengeti, kawasan ini dipanggil sebagai Seronera Area, di mana tempat ni sangat famous dengan Big Cats.

Malam ini kita hire beberapa orang Renger, jom kita ambil gambar bintang-bintang di angkasa.

HARI KETUJUH

SERENGETI - NGORONGORO

Hari ini, kita bangun pagi untuk morning game drive sebelum bertolak keluar dari Serengeti National Park.

Pagi-pagi merupakan waktu terbaik nak tengok haiwan-haiwan pemangsa ni breakfast.


Tengahari sikit, kita akan check out sambil berbekalkan bento, menghala ke Ngorongoro Conservation Area.

Jangkanya kita akan tiba lewat petang di Ngorongoro dan kemudiannya kita dinner dan rehat.

HARI KELAPAN

NGORONGORO
 

Pagi ini kita akan turun ke dalam lembah Ngorongoro Crater, sedalam 2000 kaki melalui laluan klasik Caldera sambil mencari haiwan-haiwan liar.

Pemandangan? Semestinya awesome.
Kalau tengok haiwan je, boleh tengok kat zoo, kat Ngorongoro pula ada haiwan dan pemandangan. Tempat ni sampai jadi faktor utama pelancong datang ke Serengeti.

InsyaAllah kalau ada rezeki kita akan dapat bertemu dengan RARE Black Rhino. Bigs Cats pun ada di Ngorongoro, dan juga yang unik berbanding tempat lain, kita boleh tengok Flamingo di sini.

Malam ni kita akan makan malam dan menginap di Karatu.

HARI KESEMBILAN 

NGORONGORO - LAKE MANYARA

Selepas breakfast pagi ni, kita akan ke Lake Manyara. Lake Manyara ni berbeza dengan tempat lain pasal kawasannya lebih kepada hutan rimba.

Ratusan Baboon kat sini beratur dari atas ke bawah, sambil blue-monkey menyorok-nyorok di celahan pokok Mahogany.

Park ni panjangnya sejauh 50km sejajar dengan Great Rift Valley. Tasik Alkali menjadi tempat teduhan ribuan flamingo.

Bufallo, Wildebeest dan Zebra boleh kita jumpa di sini, termasuk Singa yang boleh panjat pokok dan gajah bergading besar.

Selesai sahaja game drive, kita akan ke Arusha untuk makan malam dan menginap pada malam ini.

HARI KESEPULUH

KILIMANJARO - ZANZIBAR ISLAND

Pagi ni, kita akan menaiki kapal terbang ke Zanzibar Island, sebuah pulau yang cantik pernah ditakluk oleh pedagang Arab.

Makanan di sini, halal-halal belaka dan sedap-sedap belaka.

Pagi ni kita akan ke penginapan kita untuk dua malam ini di Stone Town. Selepas selesai check in, kita akan menaiki bot laju ke Prison Island. Prison Island ni dulu dimiliki oleh Arab secara peribadi. Mereka meletakkan hamba-hamba mereka di sini sebagai denda.

Malam ni kita akan kembali ke penginapan di Stone Town dan makan malam. 

HARI KESEBELAS

ZANZIBAR ISLAND

Pagi ini selepas sarapan pagi, kita akan menjelajah 3 jam ke Stone City. Pertama kita akan ke City Market, Old Slave Market, Fruit Market, Spice Market, Zanzibar Doors, dan Shangani-Old British Consulate, Arab Fort, House of Wonder, dan laluan sempit Stone Town.

Tengahari kita akan kembali ke penginapan untuk rehat dan makan tengahari. Selepas makan tengahari kita akan check out dan ke East-Coast Zanzibar.

Kawasan East-Coast ni lebih terkenal dengan pasar ikan, boleh kita tengok orang lelong ikan sekali di sana.

Lagi yang power, sunset di kawasan ni dengan pantai pasir putih tercantik di Zanzibar sambil enjoy jus delima tepi pantai ni.

 

HARI DUA BELAS

ZANZIBAR ISLAND - KUALA LUMPUR

Sedar tak sedar dah dua belas hari kita kat Tanzania. Selepas sarapan pagi, kita akan ke Abeid Amani Karume International Airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.



 

PENGINAPAN

Penginapan kita adalah kawasan kem yang selamat untuk didiami.

Set mind kita, penginapan di Tanzania jauh berbeza dari penginapan di Malaysia. Bersedia untuk tidur dalam kelambu, duduk di kerusi rotan, dan bunyi alam semulajadi macam buffalo, burung-burung pada waktu malam.

KENDERAAN

Kita akan menggunakan jeep untuk kembara ini.

Satu kenderaan memuatkan 7 orang peserta, dan semua akan berpeluang duduk di tepi tingkap, manakala bumbung kenderaan boleh dibuka untuk semua mendapatkan pemandangan terbaik.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf