UZBEKISTAN            & KAZAKHSTAN

Menjejaki keindahan laluan sutera tempat kelahiran dan persemadian Imam Al Bukhari.

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
uz1.png

KUALA LUMPUR - ALMATY, KAZAKHSTAN

Hari Pertama

Perjalanan pengembaraan kita untuk dua negara-negara ‘Tan’ bermula dari KLIA dikala mentari tinggi segalah menuju ke Kazakhstan dengan persinggahan di ibu kota lama era Kesatuan Soviet, Almaty. Negara ‘Tan’ terbesar ini adalah yang terakhir merdeka dari USSR pada 1991 dan merupakan kuasa ekonomi terbesar di Asia Tengah. Tanpa memerlukan visa, kita akan menjejak kaki di negera kesembilan terbesar di dunia ini sekitar lewat petang dan terus menuju ke hotel untuk berehat selepas terbang hampir 6,000 km dan makan malam serta taaruf di restoran sekitar penginapan.

uz2.png

ALMATY

Hari Kedua

​Perhentian selama 3 hari membolehkan kita meneroka tanah tinggi pergunungan Kazakhstan. Bermula dengan Medeo, kita akan menuju ke Shymbulak yang berada diketinggian lebih 7,000 kaki dari aras laut dan merupakan resort ski terbesar di benua Asia Tengah. Walaupun tidak bersalji pada musim panas, cuacanya adalah sederhana dan sangat selesa. Destinasi terakhir adalah Kok Tobe untuk kita menikmati pemandangan pergunungan yang sangat cantik dan menawan.

uz3.png

ALMATY - TASHKENT

Hari Ketiga

​Sesuai sarapan pagi, kta akan menuju ke lapangan terbang antarabangsa Almaty bagi meneruskan perjalanan ke Uzbekistan. Penerbangan pada waktu tengahhari dan dijangka sampai sekitar tengahhari di Tashkent. Kita akan terus ke hotel untuk check in dan berehat. Petang ini adalah waktu santai dan bebas untuk samada mahu berehat ataupun meneroka sekitar penginapan untuk melihat budaya dan gaya hidup Uzbekistan. Malam berehat awal kerana kita akan mula pengembaraan diawal pagi ke Bukhara.

uz4.png

TASHKENT - BUKHARA

Hari Keempat

​Selepas sarapan awal pagi, kita akan ke stesen keretapi Tashkent untuk menaiki keretapi laju “Afrosiab” buatan Sepanyol, berkelajuan maksima 250km/j akan membawa kita ke Bukhara dalam masa sekitar 2 jam setengah. Kita akan sampai sekitar pukul 11.30pagi dan akan terus ke hotel untuk penyimpanan bagasi. Kemudian kita akan terus meneroka Bukhara, kota kelahiran Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Imam Bukhari, penulis hadis2 sahih Bukhari dan juga guru kepada Imam Muslim, penulis sahih Muslim. Kedua-dua kitab ini merupakan sumber rujukan terbesar mengenai hadis-hadis sahih untuk umat islam diseluruh dunia hari ini.

Kita akan melawat banyak tinggalan sejarah kegemilangan Islam di kota Bukhara dengan meneroka masjid-masjid dan madrasah-madrasah. Bagaimanapun, hanya sebilangan kecil yang masih digunakan untuk tujuan pembelajaran islam akibat tekanan dari penjajahan Kesatuan Soviet yang tidak mahukan ideologi selain komunisma.

uz7.png

SAMARKAND

Hari Ketujuh

​Meneroka kota Samarkand, salah satu kota di laluan sutera yang terkenal di Uzbekistan selain Bukhara dan Kiva. Ia adalah salah satu kota yang tertua yang terus didiami di benua Asia Tengah. Samarkand telah melalui pelbagai penjajahan dari Iskandar Zulkarnain, waktu itu Samarkand dikenali sebagai Marakanda ke Genghis Khan, kemudian pemberontakan dari pahlawan Uzbekistan sendiri, Tamerlane ke penjajahan Soviet Union hingga ke kemerdekan dari kesatuan Soviet pada 1991.

Kita juga akan melawat Ulugbek Observatory, tempat astronomer terkenal yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap ilmu astronomy pada waktu itu. Juga ke Dataran Registan, contoh kehebatan perancang bandar ilmuwan islam pada abad 15 hingga 17. Melihat masjid Bibi Khanom, bukti cinta Tamerlane untuk isterinya, yang ingin membina masjid terbesar didunia pada waktu itu.

uz10.png

TASHKENT - KUALA LUMPUR

Hari Kesepuluh

Pagi yang santai untuk kita bersiar-siar disekitar penginapan sebelum kita check out dan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

uz5.png

BUKHARA

Hari Kelima

​Kita akan memulakan lawatan ke kawasan luar Kota Bukhara dengan menaiki bas, melihat tinggalan istana, yang mana istana ini adalah saksi zaman kegemilangan dan kejatuhan Amir Bukhara. Kita juga akan melihat beberapa lagi tinggalan sejarah kegemilangan Islam pada masa dahulu yang boleh kita jadikan pedoman dan mengambil iktibar kejatuhan Islam semoga dapat menjadi panduan hidup kita. Kita akan pulang semula ke Bukhara pada waktu petang dan kesempatan ini boleh kita gunakan untuk membeli cenderahati buat keluarga di Malaysia.

uz8.png

SAMARKAND - TASHKENT

Hari Kelapan

 

​Hari ini, selepas sarapan pagi, kita akan bertolak pulang ke Tashkent dengan menaiki bas. Jarak perjalanan adalah sekitar 300km dan mengambil masa sekitar 6 - 7 jam. Kita akan sampai ke Tashkent pada awal petang dan terus check in hotel untuk berehat.​

uz11.png

KUALA LUMPUR

Hari Kesebelas

 

​InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Sebagai satu peringatan, ya benar, saya sudah membuat perjalanan pengembaraan ke Kazakhstan dan Uzbekistan, dua negara dari beberapa negara ‘Tan’ yang masih misteri dan eksotik.

uz6.png

BUKHARA - SAMARKAND

Hari Keenam

 

​Pagi itu selepas sarapan, kita akan bertolak ke Kota Samarkand dengan menaiki bas. Samarkand terletak kira-kira 270km timur dari Bukhara. Dalam perjalanan kita akan melawat makam Imam Bukhari yang meninggal di luar kota Samarkand akibat diusir dari kota Bukhara oleh pemerintah ketika itu. Kita akan sampai sekitar awal petang dan terus ke hotel untuk check in dan berehat selepas setengah hari di dalam bas.

uz9.png

TASHKENT

Hari Kesembilan

 

​Pagi selepas sarapan, kita akan meneroka Tashkent secara santai. Kita juga ada masa untuk menambah koleksi cenderahati untuk keluarga dan rakan taulan serta barangan peribadi untuk diri sendiri. Malam akan diadakan makan malam terakhir kita di Uzbekistan serta sesi perkongsian tentang pengembaraan yang telah dilalui selama sepuluh hari yang lepas.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan mengginap di hotel yang bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk twin atau triple sharing.

Pengangkutan

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan mengginap di hotel yang bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk twin atau triple sharing.

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 10 Sept - 20 Sep 2019

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 9,820 / pax (single)

RM 9,520 berdua atau lebih)

RM 9,320 (2 - 11 tahun)

RM 3,280 (Bayi)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 7,320 / pax (single)

RM 7,020 (berdua atau lebih)

RM 6,820 (2 - 11 tahun)

RM 2,780 (Bayi)

WARGA SINGAPURA

***perlepasan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 3,420 / pax (single)

SGD 3,320 (berdua atau lebih)

SGD 3,260 (2 - 11 tahun)

SGD 1,240 (Bayi)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 2,440 / pax (single)

SGD 2,340 (berdua atau lebih)

SGD 2,280 (2 - 11 tahun)

SGD 930 (Bayi)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf