Canopy Walk di tengah Hutan di Kuala Lumpur

Canopy Walk di tengah Hutan di Kuala Lumpur

Semasa PKPB aktiviti kesihatan yang tidak melibatkan sentuhan dibenarkan seperti berjogging. Selain dari Tasik Perdana, Tasik Titiwangsa antara lokasi jogging yang menarik di tengah Kuala Lumpur adalah di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.

 
Keunikan tempat ini kerana ada Canopy Walk yang memberikan kita pemandangan hutan dan landskap kota digabungkan dengan indah sekali
 
Salah satu pintu masuk ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur
 

Menariknya di Taman Eko Rimba ini sebab dia ada Canopy Walk dan berjogging di tengah tengah Hutan. Siapa sangka di tengah bandaraya Kuala Lumpur, dibawah Menara KL ada hutan yang cantik siap canopy walk lagi. Sambil jogging boleh ambil foto yang cantik. Total Walk tanpa berhenti ambil gambar boleh selesai dalam 15-20 minit. Tapi kalau campur dengan masa ambil gambar adalah dalam 45-60 minit baru habis

 

Tips kami, sebaiknya pergi seawal pagi sebelum jam 8, waktu ni tak panas sangat, udara sangat segar, orang tak ramai dan cahaya sangat cantik untuk kita ambil gambar.

 

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur ini terletak di Bukit Nanas, di bawah Menara Kuala Lumpur. Ada banyak pintu masuk, boleh masuk di kawasan parking Menara Kuala Lumpur, tapi parking di Menara Kuala Lumpur Mahal, boleh juga parking berdekatan kawasan parking Station LRT Dang Wangi atau di parking Bursa Malaysia berhad.

 
Berjalan di bawah canopy walk juga cantik
 

Bagi yang ingin ke sini hujung minggu ini, jangan lupa untuk patuhi panduan PKPB seperti :

  1. Pastikan jarak sosial 10 meter ketika berjogging

  2. Dilarang berkumpul dan melakukan aktiviti sosial (berbual)

  3. Aktiviti Riadah di taman tasik terbuka adalah dibenarkan dengan kapasiti muatan kenderaan yang dibenarkan.

Untuk info lanjut panduan beriadah boleh membacanya di sini : SOALAN LAZIM PKPB DARI KEMENTERIAN BELIA

 
 
Lokasi wajib untuk mengambil foto di sini
Back to blog

Featured collection

1 of 4