Kita akan bermusafir selama 12 hari 9 malam dengan satu pengalaman yang pasti berbeza. Satu pengembaraan mencari sejarah agama yang sebenar.

 

Pengisiannya nanti kami akan lebihkan tentang sejarah, sirah dan bagaimana perjalanan Islam melalui fasa jatuh bangunnya dari Nabi terdahulu sehingga kepada Rasulullah di Baitullah. Kita ambil kesinambungannya dari hari kewafatan Baginda Nabi hinggalah sampai kepada kita di Nusantara.

 

Palestine hari ini dihambat dengan situasi peperangan. Tetapi realitinya masih ada wilayah yang masih aman dan sangat selamat untuk kita lawati. Itulah misi kita ke sana, melihat sisi lain kebenaran tentang Baitulmaqdis dari kaca mata kita, bukan dari pandangan MEDIA.

 

Nak ikut? 

BAITULMAQDIS

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
45732420845_a6e118bcab_k.jpg

Kuala Lumpur - Amman

Hari Pertama - Kedua

Penerbangan kita menuju ke Amman Jordan. Perjalanan sekitar 16 - 22 jam bergantung pada masa transit. Kita akan tiba pada keesokkan harinya

Setibanya kita di Amman, kita akan mula melawat makam-makam pejuang Islam dimulai dengan makam Ashab Alkahfi, yang dalam bahasa melayu bermaksud orang-orang gua.
 

Seterusnya kita akan sambung lawatan ke Laut Mati, laut ini airnya sangat masin sehinggakan anda boleh terapung, bukan terapung buat-buat, sememangnya air laut ini sendiri yang akan mengangkat anda ke atas paras air.

 

Kalau tak percaya nanti kita cubalah tekan badan ke dalam air ini, pasti sia-sia sahaja, airnya orang cakap macam tekstur slime. Dan untuk hari ini kita akan spend time bermalam di ibu kota Jordan ini setelah seharian berjalan.
 

Hari ini kita akan bermalam di ibu kota Jordan ini setelah seharian berjalan. Kita akan manfaatkan masa dengan sesi taaruf bersama seluruh peserta. Ini adalah aktiviti wajib agar setiap peserta saling kenal mengenal.

 

Kita bermula sebagai orang asing tetapi akan kembali ke tanah air sebagai sebuah keluarga besar!

46619351292_765848de7f_k.jpg

Jericho

Hari Ketiga

Hari ini kita akan bertolak ke Jericho dimana untuk ke sana kita akan transfer ke sempadan untuk masuk ke Jerusalam, almaklumlah sekarangkan Jerusalam sudah ditawan oleh Israel. Tapi semua itu tidak menghalang kita untuk memasuki kawasan ini, asalkan ada visa Israel dan bayar departure tax, teruk betul Israel ini, dah la jajah negara orang then kenakan tax pula, tapi tidak mengapa, itu semua kita akan uruskan untuk anda sebelum trip bermula.

 

Di Jericho, kita akan kunjungi 3 makam pejuang Islam iaitu Makam Nabi Musa dan Mount of Temptation. Ada kisah menarik yang kita kena ambil tahu tentang cerita Nabi Musa.

Kisah mereka disebut-sebut dalam sejarah. Kita akan kongsikan apa yang belum pernah kita dengar dari kisah yang jarang diceritakan. Kena ikut trip ini kalau nak tahu apa ksiahnya.

 

Untuk rehatkan diri setelah penat berjalan, kita akan bermalam di Jerusalem selama empat malam berturut-turut. Pastinya sebelah malam ini kita akan adakan sesi sembang-sembang tentang sejarah. Siapa yang berminat nak tahu tentang al-quran dan hubungannya dengan sejarah, waktu inilah masa paling syok untuk kita semua duduk bersembang dan bercerita.

 

Mutawif anda sedia untuk lapangkan masanya bersama anda.

46824327025_83f83e19fc_k.jpg

Hebron - Bethlehem

Hari Keempat

Hebron dan Bethlehem ini kalau nak tahu adalah dua bandar Palestin terbesar di bahagian selatan Tebing Barat. Disinilah kita akan melawat empat makam iaitu Makam Nabi Ibraham, Makam Nabi Ishak, Makam Siti Sarah dan Makam Isteri Nabi Ishak-Rifqah. 

 

Dalam perjalanan ke kawasan-kawasan ini kita dapat melihat kesan penjajahan Israel di Hebron. Kita dapat mempelajari penghancuran yang dilakukan oleh pasukan rejim Israel ini terhadap rumah dan sekatan jalan yang dibuat oleh mereka bagi menakluki kawasan besar ini. 

Sekatan yang diadakan juga bagi menghalang penduduk Palestin memasuki Jerusalem yang kini merupakan ibu kota Israel.

 

Selepas itu, kita akan menziarah tempat kelahiran Nabi Isa. Jika anda masih ingat kisah kelahiran Nabi Isa, Isa dilahirkan semasa ibunya Maryam beristirahat di sebuah pohon kurma. 

 

Ada cerita pokok yang kita kena belajar dari kisah ini di dalam al-quran. Trip ini akan memasukkan elemen pendidikan jiwa melalui kisah dari al-quran dan sejarah sebagai satu modul di sepanjang perjalanan kita di bumi Baitulmaqdis ini.

 

Pasti seronok belajar di luar kelas dengan al-quran dan sejarah sebagai guru yang akan mengajar kita maksud sebenar tujuan hidup seorang insan.

47649960322_9e5cb4c0a7_k.jpg

Jurusalem

Hari Kelima

Kita akan mulai hari kelima kita dengan bergerak ke Jerusalem, ibukota Israel. Disini kita dapat melihat tapak di mana Nabi Ibrahim cuba mengorbankan anaknya Nabi Ishak sebagai bukti keimanannya iaitu di Dome of the Rock.

Kubah batu ini untuk pengetahuan merupakan salah satu karya seni tertua yang masih tertua dan kekal di dunia. 

 

Untuk menyambut hari Jumaat yang mulia ini, kita berpeluang menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat ketiga yang paling suci dalam Islam dan merupakan lokasi Nabi Muhammad S.A.W diangkat semasa perjalanan Israk dan Mikraaj. 

Dalam masjid ini bukan ada satu masjid sahaja tapi ada juga masjid lain yang akan kita lawati iaitu Masjid Umar, Masjid Buraq dan Masjid Al-Qibli.

Masjid Al-Qibli ini dikenali juga dengan nama Al-Jami’ Al-Qibli, sebenarnya masjid ini lebih disebut sebagai Masjid Al-Aqsa tetapi kerana bangunannya terpisah dari Masjid Al-Aqsa, ianya diberi nama tersendiri yang bermaksud “sebelah selatan atau arah kiblat”.

47650142262_96f89177a6_k.jpg

Jaffa

Hari Keenam

Seterusnya akan kita terokai bandar Tel Aviv, bandar ini kalau nak digambarkan seperti bandar Kuala Lumpur di Malaysia yang padat dengan penduduk dan bangunan-bangunan pencakar langit. Namun bandar ini kekal cantik kerana sudah ditakluk oleh Israel dan kini menjadi pusat kewangan dan teknologi negara. 

Kita sambung perjalanan kita ke Selatan Jerusalem dan Makam Nabi Daud yang terletak di kawasan Bukit Zion. Jika berdasarkan sejarah, kisah Nabi Daud termasuklah peperangan melawan Jalut dan memiliki mukjizat mampu melunakkan besi hanya dengan menggunakan tangannya. Nama Nabi Daud juga ada disebut dalam Al-Quran iaitu sebanyak 16 kali. 

 

Nabi Daud dikenali dengan kehebatannya melembutkan besi dan menguasai Zabur. Apa itu Zabur?

 

Kena terus menggali di bumi Baitulmaqdis. Ingat ini bukan trip melancong biasa, ada perkongsian malam yang padat dengan pendidikan jiwa dan rohani.

32796944168_2705cc0811_k.jpg

Jurusalem

Hari Ketujuh

Untuk hari ini kita bagi peserta bergerak bebas , tapi tiada guide dan bas, jadi kalau anda nak berjalan, siap-siap la makan dan minum awal-awal, takut penat pula. Aktiviti yang anda boleh lakukan seperti bergambar, kunjungi restoran dan berjalan sekitar kota. Ikutlah kepada anda nak spend time dengan peserta lain atau pasangan macam mana. 

 

Kalau nak duduk dengan mutawif Rare, dipersilakan. Sememangnya sejarah dan kefahaman al-quran mesti kta seiringkan. Tujuan kita bagi free and easy adalah supaya jemaah semua dapat santai di sana tetapi masih boleh bersama mutawif untuk panduan dan perkongsian.

Bawa baju Melayu, Baju Raya atau Baju Pengantin siapn-siap dalam bagasi. Kita akan bergambar kenang-kenangan di Masjidil Aqsa.

Lepas selesai bergambar, kita boleh melawat The Wailing Wall pula. Tempat suci bagi Yahudi Ortodok ini adalah lokasi ziarah pilihan. Siapa nak ikut maklumkan saja pada kami. Dinding ini juga adalah sebahagian daripada bangunan Masjidil Aqsa.

 

47740897611_1347d4079c_k.jpg

Nazareth - Amman

Hari Kelapan

Anda mesti pernah dengar bahawa salah satu petanda Dajjal akan keluar adalah jika kering kontangnya sesebuah tasik dan tasik itu disebut-sebut adalah Tasik Galilie atau nama lainnya Tasik Tiberia di Israel di mana kita akan terokai lagi nanti sejarahnya di sana. 

 

Namun yang perlu kita tahu, tasik ini merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah tetapi adalah yang terendah di Bumi dan menduduki tempat kedua terendah di dunia selepas Laut Mati di Amman yang kita kunjungi pada hari kedua. 

Di bandar Nazareth ini juga akan kita kunjungi Makam Abu Ubaidah, siapa yang tidak tahu sahabat Nabi yang satu ini, Abu Ubaidah yang merupakan golongan pertama masuk Islam dan juga termasuk satu di antara sepuluh sahabat Nabi yang dijanjikan masuk syurga dari Rasulullah. 

 

Perjalanan kita seterusnya disambung ke Makam Nabi Yousha bin Noon yang terletak di atas sebuah bukit yang tingginya 1130 meter di atas permukaan laut dan dikenali sebagai Bukit Yousha. Selesai menziarah kawasan-kawasan pejuang Islam ini, akan kita berangkat ke Amman untuk bermalam di sana. 

46634287682_373e8147a7_k (1).jpg

Amman - Kuala Lumpur

Hari Kesebelas - Dua belas

Di hari terakhir kita berada di sini, kami akan berikan aktiviti bebas untuk peserta sehingga waktu daftar keluar. Sesuai sangat kepada sesiapa yang tak sempat nak pergi ke kawasan yang anda ingin kunjung sebelum-sebelum ini

 

Selepas itu kita  bertolak ke airport untuk penerbangan pulang ke tanah air tercinta. Jadi sebagai nasihat pakar, manfaatkanlah hari-hari terakhir ini dengan aktiviti yang anda teringin sangat nak buat, maklumlah mana nak dapat peluang lagi untuk menziarah ke negara yang memperjuangkan tanah airnya sejak berpuluh-puluh tahun ini.

 

Sama-samalah kita sebagai sesama Islam mendoakan keamanan rakyat Palestin. 

Kita akan tiba di KLIA pada keesokkan harinya

32812248847_21e603f174_k.jpg

Amman - Petra

Hari Sembilan

Pada hari kesembilan ini, akan kita ziarah makam pejuang aqidah Islam paling terkenal iaitu Belal Bin Rabbah yang terletak di atas kawasan bukit menghadap kota Amman, Jordan.

 

Seterusnya kita akan melihat makam abang ipar kepada Belal pula iaitu Abd Alrahman Bin Auf. Baginda juga merupakan salah seorang daripada sepuluh sahabat Rasul S.A.W yang dijamin masuk syurga selain Abu Ubaidah, baginda dikebumikan di atas bukit ke utara-timur Amman. 

Alang-alang dah berada di Amman ini, kita akan berjalan menikmati panorama indah bandar ini yang terdapat banyak runtuhan dan bangunan kuno. Selepas itu akan kita lakukan lawatan Muta. Untuk mengakhiri hari kesembilan kita, kita akan bergerak ke Petra dan bermalam di sana. 

33864187738_591260b112_k.jpg

Petra - Amman 

Hari Kesepuluh

Pejam celik pejam celik, tak sangka sudah sepuluh hari kita berada di kota Palestin ini, walaupun kebanyakkan kawasan di negara Islam ini sudah ditawan oleh Zionis Israel tetapi muslim seluruh dunia tahu bahawa tiada negara yang bernama Israel!, semuanya tetap milik Palestin. 

 

Untuk hari ini kita akan melawat sepenuhnya bandar Petra iaitu sebuah bandar bersejarah dan arkeologi. Sudah puas mengelilingi bandar ini, kita akan berangkat balik semula ke Amman.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Kita akan menginap di hotel dengan bilik twin atau triple sharing. Bagi yang ingin mengambil bilik single ada bayaran tambahan, tetapi ianya masih bergantung pada kekosongan pada waktu tempahan

 

Hotel kita selesa namun di Jurusalem, kita perlu memahami situasi di sana. Hotelnya tidak mewah tetapi ianya milik orang Palestine. 

Pengangkutan

Sepanjang perjalanan kita akan menaiki bas yang selesa

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk   

TARIKH PERLEPASAN

27 Mar - 08 Apr 2020
26 Sep - 07 Oct 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan

3. Penginapan

4. Visa (Warganegara Malaysia)

5. Makan di Hotel Full Board

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Ziarah dalam dan luar

Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar lokasi persinggahan

2. Lokasi berbayar bagi lawatan tertentu

3. Perbelanjaan peribadi

4. Caj Tambahan Bagasi

5. Tips kepada pemandu pelancong dan bas

6. Lain lain kos lawatan yang tiada di dalam aturcara

KATEGORI KEMBARA 

WELLDONE

Untuk mereka yang ingin mengembara bersama kami ke lokasi rare namun mempunyai sedikit masalah kesihatan atau ingin membawa anak kecil. Kembara kami dengan kategori WELL DONE adalah untuk anda. Kembara ini kita tidak lasak, perjalanan yang tidak begitu jauh dan aktiviti yang tidak terlalu padat. 

PENYERTAAN MAKSIMA : 40 ORANG

 

HARGA PENUH 

RM 9,520/pax (single)

RM 9,220/pax 

(berdua atau lebih)

RM 9,020/pax ( 7 -11 tahun)

RM 7,890/pax ( 2 - 6 tahun)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 7,020 /pax (single)

RM 6,720 (berdua atau lebih)

RM 6,520 ( 7 - 11 tahun)

RM 5,390 ( 2 - 6 tahun)

WARGA SINGAPURA

***Perlepasan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 3,530 / pax (single)

SGD 3,430/pax (berdua atau lebih)

SGD 3,360/pax ( 2 - 11 Tahun)

SGD 2,980/pax ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 2,340 /pax (single)

SGD 2,240 (berdua atau lebih)

SGD 2,170 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,780 ( 0 - 23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman,perang dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf