APA ITU RARECATION?

Memberikan anda kelainan dalam percutian dan mengembara dengan cara yang LUAR dari kebiasaan. Ia lebih kepada eksplorasi secara flexible tanpa sekatan masa.
1/2
 
 
Bila anda mengembara sepatutnya anda mempunyai kebebasan untuk menikmati keseluruhan perjalanan dan bukannya pergi ke tempat-tempat yang telah ditetapkan seperti dalam pakej travel biasa. Biasanya tempat-tempat itu mestilah melalui tempat beli belah dan kita akan berbelanja besar dan hotelnya mestilah berbintang bintang.
Kami berbeza. RARE
Kelainan yang dibawa dalam setiap pengembaraan adalah unik yang mana setiap perjalanan kami kendalikan dengan gaya dan sentuhan berlainan walaupun destinasinya sama. Bila mengembara berdasarkan tema dan mempunyai misi yang berlainan barulah hati setiap pengembara hidup dan ternanti nanti kejutan yang bakal tiba.
Setiap kapten Rarecation ialah jurugambar. Maka pemilihan lokasi hentian juga mengambil berat kepada nilai estetika sejati pada pandangan jurugambar walaupun ia tiada dalam senarai destinasi pelancongan. Kadangkala, kita lebih terasa nikmat bermain kocakan air jernih jeram di celahan kampung tempatan di pergunungan Alps berbanding kawasan yang telah dipenuhi dengan pelancong. 
Itulah kelebihan mengembara dengan kami, Jurugambar. Kita akan dapat ratusan gambar perkongisan kegembiraan dalam setiap perjalanan trip dengan kami. Tak perlu gundah gulana jika terlupa bawa kamera atau kamera dicuri orang ataupun terlupa bawa selfie stick.
Dengan kami anda juga akan dapat merasa memandu kereta, motorhome, naik unta, kereta kabel, keretapi berkelajuan tinggi, panjat gunung, guling guling main salji, menjerit di gaung, berjalan di laluan pejalan kaki yang sangat ramai di dunia, masak kari ikan salmon, mee bandung tasik garda, minum kopi di banjaran alps dan banyak lagi aktiviti luar biasa yang kami adakan disepanjang trip kami.
Untuk makluman juga yang terbaik setiap keuntungan yang  kita perolehi dari kembara ini akan di bawa sepenuhnya ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sebuah rumah untuk Asnaf & Anak Yatim
Saiful Nang, pengasas Rarecation telah memulakan sejarah Rarecation dari pengembaraan fotografik merentas benua ke tempat-tempat kurang dilawati orang. Dahulu dikenali sebagai Photocamp tetapi setelah Photocamp mendapat permintaan tinggi dari kalangan bukan fotografer atau peminat fotografi, Saiful Nang bersama rakannya Syibli Fakih meneruskan Photocamp dengan mode pengembaraan komersil atas nama Rarecation. 

"MENGEMBARA BUKAN SEKADAR MELIHAT TEMPAT TETAPI IA ADALAH SEBUAH PERJALANAN"

 

SAIFUL NANG
CEO 

Rarecation Travel Sdn Bhd

7-49, Jalan Medan Pusat Bandar 8A Bangi Sentral, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi Selangor

Hubungi kami: 

03 8751 9089

010 222 9089

Sekalipun Rarecation ini pengasasnya ialah Saiful Nang & Syibli Fakih, tetapi jentera pengurusannya serta seluruh keuntungan 100% telah diwakafkan untuk pembangunan kehidupan komuniti & pendidikan anak-anak yatim dan asnaf Rumah Pengasih Warga Prihatin. 

Ini bermakna, jika mengembara bersama kami, kita akan dapat mengembara dan beramal jariah dalam satu tindakan yang sama dan masih mengekalkan pada kadar bayaran yang menjimatkan. 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf